Kapal Layar

10 Kapal Layar Mewah Termahal Di Dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

Memiliki kapal layar adalah suatu nikmat yang mahal. Kapal layar mungkin mahal harganya, sangat mahal atau terlalu mahal. Kapal layar yang unik dibina untuk orang kaya dan memiliki perbelanjaan yang tiada penghujungnya. Ada 10 kapal layar mewah termahal di dunia yang anda boleh lihat untuk membayangkan betapa besarnya kos untuk menjaganya.

Kapal layar mewah ini menjadi simbol kemewahan kepada mereka yang kaya dan yang mampu memilikinya. Kos penyelenggaraan kapal layar mewah ini sahaja sudah mengambil jumlah yang besar. Berikut ialah senarai 10 kapal layar mewah termahal di dunia :

10. Lady Moura. Bernilai USD210 juta dan dibina pada tahun 1990 untuk Nasser Al-Rashid, seorang ahli bisnes Arab Saudi. Tulisan Lady Moura di bahagian luar dihasilkan dari emas 24 karat. Kapal layar sepanjang 344 kaki ini mempunyai kolam renang berbumbung, ruang helikopter dan ruang makan.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

Lady Moura boleh menempatkan 30 orang tetamu dengan 60 orang krew. Apa yang mengkagumkan, ia mempunyai platform hidraulik yang dilitupi pasir untuk meluncur dari dari sisi kapal layar dan ia boleh dilaraskan supaya selari dengan permukaan air.

Oasis terapung ini mempunyai pokok palma di dalamnya. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan bot Mangusta dan bot Sant Juan bersama Helikopter S76B.

 

9. Al Mirqab. Bernilai USD250 juta, ia selesai dibina pada tahun 2008 oleh Peter Schiffbau Wewelsfleth dari Jerman untuk Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Qatar, Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani. Al Mirqab boleh memuatkan 24 tetamu dengan kemudahan bilik air, ruang tamu dan bilik tidur berkembar.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

Ada 2 bilik VIP dan 55 bilik untuk krew, wayang gambar, kolam renang dan ruang helikopter, bar, jakuzi dan peralatan sukan air.

 

8. Dilbar. Bernilai USD256 juta hasil kerja Lurssen Yacths yang dibina pada tahun 2015 oleh sebuah syarikat dari Russia. Ia adalah kapal layar sepanjang 360.89 kaki yang digunakan oleh pemiliknya, seorang bilionair untuk melawat pulau persendiriannya. Dilengkapi dengan kolam renang dan ruang helikopter beserta hiasan mewah, Dilbar boleh memuatkan 20 tetamu dan 48 krew.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

 

7. Al Said. Kapal layar yang bernilai USD300 juta ini dimiliki oleh Qaboos bin Said Al Said, Sultan Oman. Kapal layar ini dibina pada tahun 2006 dan boleh menempatkan 70 orang tetamu dengan 154 orang krew. Dewan konsert di dalam Al Said boleh menempatkan 50 orang ahli orkestra.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

 

6. Motor Yacht A. Kapal layar sepanjang 400 kaki ini dibina pada tahun 2004. Tiada yang unik melainkan senirekanya yang asli. Ia direka untuk Andrey dan Aleksandra Melnichenko, seorang bilionair Rusia dan isterinya yang mempunyai pengaruh kapal seram atau kapal perang bercirikan masa hadapan. Ruang dalaman Motor Yacht A seluas 24,000 kaki persegi dengan keluasan bilik utama dan kelab malam 2,500 kaki.

6 bilik tamu di dalamnya boleh dijadikan 4 bilik besar dengan adanya fungsi dinding boleh ubah. Ia turut diserikan dengan permukaan bercermin dengan barangan kaca yang diperbuat dari kristal Perancis.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

Ada ruang helikopter dan 30 kaki bot laju di bahagian atas dengan 3 kolam renang yang salah satunya dihasilkan dari kaca dan satu kelab malam terletak di bawahnya. Motor Yacht A boleh memuatkan 14 orang tetamu dan 42 orang krew.

 

5. Dubai. Kapal layar yang bernilai USD350 juta ini dimiliki oleh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, pemerintah Dubai Emiriah dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu. Ia dibina pada tahun 1995. Mempunyai panjang 531 kaki, ia dilengkapi dengan ruang untuk berjemur dan jakuzi serta kolam renang dengan mozek buatan tangan dan tangga kaca yang berubah-ubah warnanya dengan cahaya yang memasuki bahagian atas.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

Dubai mempunyai ruang sosial yang luas, ruang VIP dan ruang tamu serta memuatkan 115 orang krew. Ruang helikopternya boleh menampung berat sehingga 9.5 tan.

 

4. Azzam. Kapal layar ini dibina dengan nilai USD650 juta dan dimiliki oleh Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nayan, Presiden kepada Emiriah Arab Bersatu dan Emir Abu Dhabi. Dengan panjang 590 kaki, kapal yang dibina pada tahun 2013 ini boleh bergerak dengan kelajuan 30 knots atau 35 batu sejam. Ruang dalamannya direka oleh Christophe Leoni dari Perancis.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

 

3. Streets of Monaco. Kapal layar ini adalah replika bandar Monaco yang bernilai USD1.1 bilion. Ia dibina pada tahun 2011 dengan mengambil model dari seksyen Monte Carlo dengan panjang 500 kaki yang dibina oleh Yacht Island Design dari England. Ia turut mempunyai taman permainan bilionair, kasino dan trek lumba bagaikan Hotel de Paris.

Kapal layar Streets of Monaco memiliki kolam renang dan padang tenis sebagai tambahan kepada tempat tinggal mewah untuk memaparkan hotel terbaik di Monaco. Ini termasuklah 7 bilik tamu yang boleh memuatkan 16 orang bilik penyambut tetamu, bilik air, bilik solek dan balkoni. Di rumah Atrium adalah apartment utama untuk pemilik bilionair yang sama saiz dengan rumah mewah, yang mempunyai 3 tingkat dengan keluasan 4,800 kaki persegi.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

Di bahagian luar, kapal layar Streets of Monaco mempunyai kemudahan barbeku, air terjun mini, bar kafe dengan pemandangan bawah air, ruang helikopter dan kapal selam. Persoalan yang tinggal sekarang ialah, siapakah bilionair yang mampu menukarkan bot impian ini kepada realiti?

 

2. Eclipse. Bilionair dari Rusia, Roman Abramovich memiliki kapal layar yang bernilai USD1.5 bilion ini. Dengan panjang 536 kaki, Eclipse boleh memuatkan 70 orang krew, 24 orang tetamu, 2 kolam renang, tab mandi air panas, dewan kelab malam, 2 ruang helikopter, 3 bot peluncur dan kapal selam mini yang boleh tenggelam 50 meter ke bawah air.

Bagi perlindungan keselamatan yang maksimum, Eclipse dilengkapi dengan sistem pengesan penceroboh dan peluru berpandu berhampiran bilik utama dan jambatan kapal yang menempatkan plat perisai serta tingkap kalis peluru.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

Akhir sekali, Eclipse memiliki perisai anti paparazi yang memancarkan sinaran laser. Sebaik sahaja pengesan mendapati ada jurugambar wujud di kawasan yang berhampiran, sinaran cahaya akan dipancarkan tepat ke arah kamera untuk menghalang daripada gambar dirakam.

 

1. History Supreme. Dengan nilai USD4.5 bilion, kapal layar termahal ini mempunyai panjang 100 kaki, yang mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Dikatakan History Supreme dimiliki oleh seorang bilionair dari Malaysia.

History Supreme menggunakan tidak kurang dari 100,000 kilogram emas padat dan platinum untuk menampilkan kemewahan pada strukturnya. Dari bahagian asas hingga ruang makan, tangga, penggantung langsir dan sauh semuanya diliputi dengan lapisan emas padat.

Dinding bilik tidur utamanya mempunyai perhiasan dari batu meteor dan patung yang diperbuat dari tulang dinosor, Tyrannosaurus Rex. Selain itu, akuarium dinding Aquavista Panoramic turut dihiasi dengan emas seberat 68 kilogram dengan 24 karat.

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

10 kapal layar mewah termahal di dunia

Botol minuman yang diletakkan dalam bilik pula disalut dengan permata 18.5 karat yang bernilai USD45 juta. Sebuah telefon bimbit iPhone turut disalut dengan 500 potongan berlian termasuk permata 7. 4 karat dan permata 8 karat boleh ubah di bahagian butang Home.

 

Kredit gambar kapal layar :
http://www.beautifullife.info/automotive-design/worlds-top-10-most-expensive-luxury-yachts/

 

Berminat untuk memiliki kapal layar mewah?

Anda yang berminat untuk memiliki kapal layar mewah untuk digunakan bagi tujuan bisnes atau percutian keluarga, sila hubungi saya Ikhwan di talian 017-4802045.

Saya akan bantu anda untuk membuat pilihan yang tepat sehingga anda berjaya mendapat pilihan yang terbaik.

13 thoughts on “10 Kapal Layar Mewah Termahal Di Dunia”

    1. Jika berminat nak beli kapal layar, boleh WhatApps saya di 017-4802045. Ada lagi model-model kapal layar keluaran tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.