10 kerja yang boleh dibuat untuk bayar PTPTN
Minggu lepas saya tercari-cari maklumat kewangan bagaimana nak bayar pinjaman PTPTN di internet. Saya perlu cari maklumat yang betul-betul berkesan dan terbukti supaya ianya boleh diikuti dan dilaksanakan serta-merta. Cerita 10 kerja yang boleh dibuat untuk bayar PTPTN ini saya petik dari seorang guru merangkap blogger.
Saya pilih Ahmad Faizal atau nama popularnya Encik Titan, sebab saya kenal dan pernah berjumpa dengan beliau. Lebih penting lagi Encik Titan adalah pengumpul lead terbanyak semasa saya anjurkan cabaran pay-per-lead. Masa itu saya baru nak melibatkan diri dalam internet marketing.
Menurut beliau, pinjaman PTPTN untuk membiayai pelajaran semasa beliau belajar dahulu sudah pun dilangsaikan sekian lama. Usaha beliau bukan sekadar buat satu jenis kerja, tetapi ianya boleh disenaraikan sehingga 10 kerja. Saya fikir bukan semua kerja yang beliau lakukan mampu dikerjakan oleh graduan hari ini.

Sebahagian besar gaji buat bayar PTPTN
Cara beliau untuk melunaskan PTPTN ini perlukan sasaran dan perancangan. Jika difikirkan kembali, 10 jenis kerja yang dilakukan ini boleh memberikan kesan buruk jika tak dapat diuruskan dengan baik. Namun perkara yang penting di sini ialah kesungguhan. Sebahagian besar gaji beliau digunakan untuk membayar PTPTN.
Jadi tidak hairanlah jika hutang PTPTNnya sudah selesai sejak tahun 2011 lagi. Rata-rata graduan hari ini memilih untuk membayar jumlah yang paling minimum. Paling kurang RM50. Kalau ada wang lebih bayar RM100. Yang teruknya ialah tidak bayar langsung.
Kenapa tak nak bayar PTPTN?
Bila tak mahu bayar, pelbagai alasan yang keluar. Masa isi borang dulu mungkin tak terbaca perjanjian untuk bayar balik. Masa dapat PTPTN sibuk beli telefon pintar, jalan sana-sini sampai terlupa nak berjimat. Belum habis semester sibuk telefon ibu bapa minta wang belanja.
Habis saja belajar di universiti sudah kelam kabut mencari kerja, nak beli kenderaan, nak beli rumah, nak kahwin dan macam-macam hal lagi. Jangan lupa bayar balik PTPTN, sebab itu ialah wang yang dipinjamkan kepada anda. Pandai pinjam pandailah bayar balik. Bukan bagi alasan riba, kos pengurusan tinggi dan sebagainya.
Jika graduan hari ini benar-benar kreatif, mereka boleh buat kerja-kerja yang lebih baik dari Encik Titan. Tak perlu jadi macam beliau, tapi buat salah satu perkara yang sudah pernah beliau lakukan pun sudah cukup. Salah satunya ialah blogging.
Biar pun saya tak ada pinjaman dengan PTPTN, saya ambil ilmu yang beliau ajarkan untuk menambahkan pendapatan. Memang wang bukanlah segala-galanya, namun hampir segala-galanya memerlukan wang.
Beli barang pun kena bayar, buang barang pun kena bayar. Buang sampah kena caj, buang air pun kena caj 20 sen atau 50 sen. Itu belum masuk cerita GST lagi. Jadi graduan hari ini kena bijak mencari wang. Usah kita menyalahkan keadaan tetapi lihat bagaimana kita mengawal keadaan.
Cerita asal Encik Titan bayar PTPTN ini boleh dibaca menerusi blog beliau, Macam Mana Aku Boleh Terhabis Bayar Hutang PTPTN?
cikgu titan memang hebat orangnya..rasanya saya sendiri tak mampu buat sehingga 10 jenis kerja…dalam satu masa..kerja sekarang pun masih terhegeh-hegeh..hehe
Junaidy Jaimi recently posted…Cara Menggunakan Aplikasi Hootsuite
Tak mengapa, buat apa saja kerja yang kita mampu.
saya tak sanggup kerja-kerja macam tu..jadi bloggger tu boleh la..
mrhanafi BEST recently posted…Visi Dan Misi BestMobile Memang Terbaik
Tengok juga pada minat dan keupayaan kita 🙂
tapi saya jenis tak pilih kerja..pernah kerja buruh,waiter,operator dan sebagainya..
mrhanafi BEST recently posted…Punca Kurang Berjaya Mendapat Penajaan
Yang penting kerjanya halal.
Saya nak committed dengan berblog ni supaya dapat bayar hutang dengan PTPTN cepat
Noriza Rahman recently posted…Cinch Shake TERBUKTI Rendah Indeks Glisemik
Mudah-mudahan begitu, dapat wang khas untuk bayar PTPTN je.
InsyaAllah, semoga cepatlah habis bayar hutang pendidikan ni
Noriza Abdul Rahman recently posted…Bengkel Faham Al-Quran tanpa Asas Bahasa Arab
Pilih salah satu contoh diatas, jangan buat semua sekali. rasa kerja 1 tak best, lompat kerja 2, rasa tak best lagi lompat kerja 3..sampai bila nak lepas bayar PTPTN 🙂
Buat kerja ikhlas, insyaAllah pasti ada rezeki lain yang masuk.
Syahril Hafiz recently posted…Teknik Rahsia Jana 4 Angka Sebulan Dari Youtube
Betul, ada banyak pilihan kerja yang kit boleh buat untuk jana wang.
Sedih bila nak ceritakan tentang nak bayar PTPTN ni. Niat nak bayar lebih, tapi takat mampu bayar bunga je walaupun dah guna ujrah. Bila kos sara hidup naik ni, fikir cuma cara untuk survival je. Mana yang boleh potong bajet, sure potong je.
Sylarius Yusof recently posted…Benarkah Cetak Rompak Membunuh Industri Hiburan?
Betul, caj perkhidmatan pun dah tinggi, bila la boleh habis bayar.
Hanya yang dah didik berdikari sanggup kerja macam tu..,tapi sekarang ni kalau rajin memang boleh bayar PTPTN cash terus..huhu
ishak recently posted…Ingat aku ni gay ke apa….
Betul, bayar tunai sekaligus kepala pun ringan sikit tak payah fikir PTPTN lagi.
nasib baik dulu buat biasiswa mak bapak.tak payah pening skrg
din recently posted…Kucing Terselamat Dalam Kebakaran
Kalau ada dana FAMA (father & mother) memang dah cukup.
Syukur, ada kerja yang menanti.
niaga, part time ada, last sekali buat baik dengan ibu bapa insyallah berkat rezeki kita tuh…
zik recently posted…Jom beli buku di DuBook Press Dot Com
Betul, berbuat baik kepada keramat hidup kita iaitu ibu bapa akan mendapat keberkatan.
Masa tu dah ada pendapatan pasif dari blog, tak payah pening kepala cari duit lagi.
banyak pilihan ikut mana kita mampu dan lakukan harap hutag akan segera selesaikan
Bila hutang dah selesai, mesti rasa lega.
Cepat habis hutang PTPTN boleh fokus pada simpanan yang lain.
Semoga saya akan berjaya sambung baik untuk buat bayaran ptptn bulan depan. Dah 4 bulan tunggak…
Hafizul recently posted…Cerita Seram Blogger Sepenuh Masa
Ya, cuba langsaikan secepat mungkin, takut bunganya bertambah.
Sy pun bayar duit ptptn dgn blogging.. Alhamdulillah dh selesai bayar semua.. Skang masih dgn bisnes internet..hehe
Pakej Umrah recently posted…Pakej Umrah 2015
Ni yang dikatakan nak seribu daya. Alhamdulillah Mek ila pun dah habis bayar hutang belajar seawal 3 tahun bekerja dulu. Mungkin kerana jumlah pinjaman yang sedikit bila dah diberikan diskaun. Memang lega bila hutang belajar dah selesai. Bolehlah fokus pada perkara lain yang lebih penting.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Kisah Ceria Giant Bubble dan Cara Mudah Membuatnya
Betul, dah boleh buat simpanan untuk anak-anak.
Ya, kerja yang beliau buat ni banyak guna keringat.
kagum kejap dengan brader tu kann..
ohcikgu recently posted…Calonkan GURU kesayangan anda dalam 1BestariNet Teacher Awards 2015
Brader tu melahirkan ramai klon-klonnya dengan sukses.
Alhamdulilah dah settle hutang MARA tahun lepas. Lega rasa hati. Untuk settle hutang-hutang yang lain pulak..
Nasib la zaman saya dulu abah dgn emak yang sponsor. Bukan banyak pun . RM 50 je sebulan tapi makan minum ,kolej semua ITM sponsor.. sebab tu kena bersyukur ada dapat peluang belajar di sana.
rahimah majid recently posted…Guesthouse Di Seoul Korea Selatan- Dekat Dengan Subway
Tak payahlah buat sampai sepuluh kerja. Boleh pilih yang mana sesuai dengan jiwa dan masa kita. Tips ini boleh juga digunakan oleh pelajar di luar sana yang masih belum dapat pekerjaaan.
azimah mohd zainuddin recently posted…Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat
pening kepala fikir pasal ptptn nie
Saya belum mula bayar PTPTN lagi.. Masih lagi kat rumah santai baca blog-blog hebat.
Terima kasih atas peringatan. Saya hargainya. Kena mula cari kerja. Nak mula uber, belum ada kereta lagi..
dedauncomel.com recently posted…Senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di Rumah