10 pesan Raja Kamil kepada usahawan baru
Saya kira ramai yang kenal dengan Raja Kamil. Kalau tak kenal pun tak mengapa kerana beliau ada 10 pesan Raja Kamil kepada usahawan baru yang jauh lebih utama untuk saya kongsikan. Ianya amat penting untuk dibaca, difahami dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
1. Laburkan ilmu pemasaran internet. Ia berevolusi dengan cepat. Hari ini lain, esok sudah lain.
2. Laburkan pada teknologi. Teknologi seperti autoresponder dapat memudahkan kerja-kerja pemasaran anda. Hari ini simpan data prospek, esok boleh follow-up sampai prospek jadi pelanggan. Bukannya hari ini beli telefon pintar Samsung, esok sudah mahu tukar iPhone.
3. Bukan semua pelaburan berhasil. Ada panduan bisnes atau perisian yang dikatakan boleh bantu anda buat jualan, tapi bukan semuanya berkesan. Ia bergantung pada rezeki masing-masing.
4. Pemasaran internet kos murah. Kalau rugi pun masih boleh teruskan bisnes lagi. Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan yang buat pemasaran offline. Bantu mereka jimatkan kos dengan perkongsian anda.
5. Sabar kalau dianggap gila. Mengadap komputer terlalu lama sampai orang fikir anda tidak waras. Ada orang fikir percuma sahaja kalau buat pemasaran internet. Akan ada orang nak jumpa minta bantuan anda secara percuma. Elakkan jumpa mereka dan usah dibuat musuh.

6. Bina hubungan dengan orang. Ramai usahawan suka kongsi tips bisnes di laman sosial dan blog. Namun bukan semua tips bisnes sesuai dengan pemasaran internet. Sesuaikan ia dengan melihat tahap pemahaman rakan-rakan anda.
7. Kesilapan ialah pengalaman. Biar pun anda buat banyak salah, pengalaman anda juga bertambah banyak. Jangan sekali-kali berputus asa. Jadikan kesilapan sebagai pemangkin kejayaan. Orang yang berjaya ialah orang yang tidak kenal erti mengalah.
8. Elakkan janji manis. Jangan sampai under promise atau over deliver. Usah janjikan bisnes modal RM50 boleh buat untung sampai RM50,000.
9. Ahli perniagaan ada aset. Bisnes offline akan memiliki aset emas dan hartanah, usahawan internet patut ada aset laman sesawang dan senarai emel.
10. Orang bisnes offline sembang juta-juta. Usahawan internet sembang tips pemasaran, naikkan kedudukan blog, kata kunci yang hangat untuk bisnes, cara kumpul likes dan cara bina senarai emel.
bab hubungan tu kena baiki, x reti borak2
Boleh mulakan dari sekarang untuk baiki cara komunikasi.
teringin gak nak jumpa raja kamil ni..mesti ohh semm kan.
abg jay recently posted…Buat Duit Dengan Affiliate Jvzoo.
Kalau dah jumpa banyak ilmu yang beliau kongsikan.
Pesanan yang sangat berguna daripada Raja Kamil untuk dipraktikkan
Noriza Rahman recently posted…Runsing Masalah Haid Tidak Teratur?
Mari sama-sama amalkan nasihat dari beliau.
rujukan bermanfaat bagi newbie macam saya.. terima kasih
Arif Luqman recently posted…10 Formula Headline Magnet Pelanggan Yang Anda Boleh Cuba Hari Ini
Sama-sama.
banyak tips yang priceless. suka tips aset tu 🙂
Uncle Zuan recently posted…Kafe Big Mouth Burger Kini Di Buka di D’Cattleya Senawang
Pesan dari orang lama untuk orang baru.
Saya juga masih belajar 🙂