Uber

10 Sebab Uber Boleh Tambah Pendapatan Anda

10 sebab Uber boleh tambah pendapatan anda

Kos sara hidup semakin naik. Tiada tanda-tanda untuk menurun. Merungut sahaja tiada gunanya. Gaji yang anda terima dari kerja pejabat belum tentu cukup untuk menampung belanja harian. Inilah masanya untuk anda memandu secara sambilan dengan Uber kerana ada 10 sebab Uber boleh tambah pendapatan anda.

1. Masa yang fleksibel. Anda boleh memandu dengan Uber di mana-mana bandar yang berada dalam lingkungan servis Uber. Hanya perlu letak status online, anda akan dapat menukarkan masa anda dengan wang.

2. Pendapatan lumayan. Jika anda memandu dalam masa 5 hingga 6 jam, anda berpotensi mendapat lebih RM100. Bermula jam 6 hingga 10 pagi, anda boleh dapat RM30 sejam. Jika anda boleh memandu 5 hari dalam seminggu, pendapatan anda boleh mencecah RM2,500 sebulan.

Dengan wang RM2,500 sebulan, anda boleh gunakan untuk tamping kos minyak, insurans, servis kereta dan bayar ansuran kereta. Jika anda memandu sepenuh masa, anda berpeluang untuk mendapat sehingga RM8,000 sebulan.

3. Penyata bayaran gaji. Setiap pemandu Uber akan mendapat penyata bayaran gaji dari Uber secara mingguan. Anda boleh lampirkan penyata tersebut semasa membuat permohonan pinjaman kereta, perumahan dan pinjaman peribadi.

4. Caj waktu puncak. Uber memberi peluang untuk anda memandu di kawasan panas. Di sekitar Lembah Klang, ada 9 kawasan panas yang mendapat permintaan tinggi di waktu puncak. Ia bermula pada jam 6.00 hingga 10.00 pagi dan 4.00 petang hingga 8.00 malam pada hari bekerja. Permintaan Uber di kawasan ini amat tinggi.

5. Caj di lapangan terbang. Bagi kawasan seperti Lapangan Terbang di Subang, KLIA dan KLIA2 dikenakan serendah RM75 dan ke atas. Walau bagaimana pun, anda mesti ingat bahawa bukan anda seorang di sana. Ada ramai lagi pemandu Uber yang menanti.

 

10 sebab Uber boleh tambah pendapatan anda
Dengan Uber, anda tak perlu risau dengan kekangan wang lagi.

 

6. Berbahasa Inggeris. Sebahagian besar penumpang Uber adalah warga asing. Jadi anda perlu belajar asas bahasa Inggeris untuk memudahkan komunikasi. Lama-kelamaan anda akan biasa dengan bahasa Inggeris dan boleh bertutur dengan baik.

7. Jauhkan dari teksi. Anda tahu pemandu teksi tak suka dengan Uber. Jadi jauhkan diri daripada berada di hentian teksi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

8. Menolak permintaan. Jika anda menolak permintaan dari penumpang (dipanggil PING), akaun anda boleh digantung! Jadi usah menolak permintaan terlalu kerap. Satu cara yang boleh anda gunakan jika tak dapat menerima penumpang ialah meminta penumpang tersebut untuk membuat pembatalan.

9. Sistem penilaian Uber. Star Rating diperkenalkan oleh Uber untuk menjaga kualiti pemandu Uber. Insentif mingguan akan dianugerahkan kepada mereka yang mendapat penilaian 4.3 dan ke atas. Tawan hati penumpang anda dengan senyuman, bantu angkat beg dan memandu dengan berhemah.

10. Komisyen lumayan. Jika anda mengajak rakan untuk memandu dengan Uber, anda boleh dapat komisyen dari RM150 hingga RM300. Jika anda mahu belajar buat komisyen dengan Uber, sila masuk ke kumpulan kami di UberDOSTer.

 

Kesimpulan

Uber boleh membantu anda menjana wang dengan secara sambilan atau sepenuh masa. Anda boleh berasa penat dengan memandu, tetapi pulangan yang anda dapat boleh meningkatkan kemahiran memandu anda, menambah pengetahuan lokasi, meningkatkan tahap komunikasi dan mengenali lebih ramai orang.

Memandulah dengan Uber, anda pasti tidak akan kecewa. Daftar terus dan pandulah kereta untuk menambah pendapatan anda :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

4 thoughts on “10 Sebab Uber Boleh Tambah Pendapatan Anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.