10 senarai kos beli rumah lelong
Rumah lelong menjadi pilihan kepada orang ramai kerana ia boleh menjimatkan wang dari 20% sehingga 50%. Sebahagian besar rumah lelong ditawarkan dengan harga di bawah pasaran serendah RM30,000 hingga RM150,000 bergantung kepada kawasan. Ada 10 senarai kos rumah lelong yang anda perlu tahu.

Menurut Kamarol Faizal, mereka yang sudah memiliki kos rendah masih boleh membida rumah lelong kerana ia tidak terikat dengan sekatan. Walau bagaimana pun, rujuk semula syarat-syarat semasa rumah tersebut dilelong. Jika anda mahu melibatkan diri dengan rumah lelong, anda perlu tahu kadar fi, kos dan caj yang perlu dikeluarkan.
1. Deposit 10%. Jika ada beza di antara harga jualan dengan harga rizab, maka anda perlu tambah sehingga cukup deposit 10% tersebut. sebagai contoh, harga rizab ialah RM120,000 tetapi harga akhir bidaan ialah RM150,000 maka anda perlu sediakan RM15,000 dari asal RM12,000.
2. Duti setem. Pembida yang berjaya perlu membayar duti setem sebanyak RM100 selepas berjaya membida rumah yang dilelong.
3. Fi dan caj guaman. Berikut ialah senarai fi yang perlu diberi perhatian :
– Duti setem perjanjian jual beli. Ia dicaj pada kadar 1% untuk RM100,000 yang pertama.
– Duti setem perjanjian pinjaman. Ia dicaj 0.5% atau RM5 untuk tiap RM1,000.
– Duti setem pindah hak milik. Ia dicaj untuk rumah yang sudah siap sahaja. Kadar caj ialah 1% untuk RM100,000 yang pertama dan 2% untuk RM400,000 yang seterusnya.
– Fi pengeluaran pinjaman. Ia meliputi fi pendaftaran cagaran, caj carian tanah dan fi untuk semakan muflis. Ia tidak semestinya dicaj dengan jumlah yang sama oleh setiap negeri, pejabat tanah dan jenis harta. Kadar caj di Kuala Lumpur dan Selangor bermula pada RM300 sehingga RM700.
– Fi guaman. Ia dikenakan pada kadar 1% untuk RM150,000 yang pertama, 0.7% untuk RM150,001 hingga RM850,000, 0.6% untuk RM850,001 hingga RM2 juta, 0.5% untuk RM2 juta dan ke atas.
– Duti setem. Caj yang dikenakan ialah 1% untuk RM100,000 yang pertama, 2% untuk RM100,001 hingga RM500,000 dan 3% untuk RM500,000.
– Fi setem. Ia dicaj bagi setiap dokumen pada kadar RM10 hingga RM20.
– Akaun Bersumpah. Dikenakan pada kadar RM30 hingga RM50.
– Carian Tanah. Dicaj bermula dengan RM60 hingga RM120.
– Fi pendaftaran. Dicaj pada kadar RM100.
4. Fi pemprosesan. Dicaj sekali sahaja untuk memproses permohonan pinjaman rumah. Caj dikira berdasarkan kadar caj dengan jumlah pinjaman seperti berikut :
– RM50 untuk RM30,000
– RM100 untuk RM30,001 sehingga RM100,000
– RM200 untuk RM100,000 ke atas
5. Penilaian hartanah. Rumah yang sudah siap perlu dinilai supaya dapat menentukan ia mempunyai nilai cagaran yang cukup untuk pinjaman. Ia dinilai berdasarkan skala di bawah :
– 1/4% untuk RM100,000 yang pertama
– 1/5% untuk RM2 juta seterusnya
– 1/6% untuk RM7 juta seterusnya
– 1/8% untuk RM15 juta seterusnya
6. Tukar nama akaun utiliti. Bagi penukaran nama dalam bil elektrik, air, cukai taksiran, cukai tanah dan pembentungan melibatkan kos dari RM250 hingga RM450.
7. Bil yang tertunggak. Sebelum anda membida, semak dahulu bil-bil yang tertunggak seperti fi selenggara, bil air, bil elektrik, bil pembentungan, cukai tanah dan cukai taksiran yang ada. Ia adalah tanggung jawab pemilik yang baru untuk melangsaikannya. Lihat kembali syarat semasa lelongan. Ada sebahagian bank yang menawarkan tuntutan separuh daripada jumlah tersebut.
8. Kos baiki rumah. Ia bergantung kepada keadaan rumah yang berjaya dibida. Sediakan bajet untuk ganti peralatan rumah yang sudah rosak. Besi jeriji yang sudah rosak perlu diganti.
9. Yuran ejen. Bagi bayaran bagi ejen yang menguruskan rumah lelong, yuran yang dicaj adalah sekitar 1% hingga 2% bergantung pada kerja yang dilakukan.
10. Kos mengeluarkan penghuni. Ada sesetengah kes rumah yang dilelong masih mempunyai penghuni. Boleh jadi mereka adalah penyewa atau pemilik. Pembeli perlu menyelesaikan hal ini dengan berbincang secara baik. Jika masih belum berjaya, pemilik baru boleh mengambil tindakan undang-undang oleh Mahkamah Tinggi sebagai jalan terakhir. Kos untuk memohon surat arahan perintah Mahkamah Tinggi mencecah RM5,000. Mohon bantuan peguam hartanah yang menguruskan rumah lelong tersebut.
Perkara yang perlu diberi perhatian untuk membeli rumah lelong ialah pembeli harus bersiap sedia untuk berdepan dengan risiko seperti tidak mendapat pinjaman selepas memenangi rumah yang dilelong. Deposit akan diambil semula dan rumah tersebut dilelong kembali.
Banyak juga nak kena tahu sebelum memiliki hartanah lelong ni yer…
Introducer maybank recently posted…Kelulusan akaun semasa syarikat-feedback positif daripada usahawan/peniaga
Kalau tiada ilmu, deposit boleh hangus.
yang ke-10 tu paling risau. takut tuan rumah yang kena lelong taknak keluar.
olaoli recently posted…Nak sewakan ikut bilik atau sebuah rumah?