10 tahun dulu nasi goreng paprik RM3

Imbas balik 10 tahun lepas, harga makanan tak macam hari ini. Roti bilis Gardenia cuma 60 sen, hari ini harganya RM1.10, hampir 2 kali ganda. Tahun 1990an, belanja sekolah saya 30 sen. Beli air 10 sen, nasi lemak 10 sen. Lagi 10 sen beli aiskrim masa balik sekolah.

Kos sara hidup naik bukan salah kerajaan, bukan salah menteri. Tapi ini semua inflasi. Dulu harga rumah kos rendah RM25,000 tapi hari ini RM42,000 sampai RM100,000. Nak beli kena tunggu giliran.

 

10 tahun dulu nasi goreng paprik rm3

Kos sara hidup yang sentiasa meningkat perlu diselarikan dengan pendapatan yang turut bertambah.

 

Inflasi meningkat, pendapatan masih sama

Boleh cakap, kos sara hidup belum tentu akan turun sebab faedah bank baru saja naik.

Bagi yang sudah punya pekerjaan, ada waktunya belanja rumah akan defisit. Jadi kena cari sumber pendapatan tambahan untuk hadap waktu yang sulit. Tahun 2011, saya mula buat duit depan komputer. Masa itu zaman 3GP lagi, mana ada WhatApps, Telegram atau WeChat. Budak hipster pun belum lahir lagi. Yang ada hanyalah Friendster dengan Facebook yang belum ada FB Ads.

Masa itu saya kenal Muaz Hadi, Jamal Pakar Ebook (Sifu FB Ads) dan Rahman Basri. Dari mereka saya kena pemasaran emel. Dari situ juga pembuka kepada peluang-peluang buat duit yang lain, termasuklah buat duit dalam USD dan Pound.

Sebab nilai Pound tinggi, saya pilih untuk buat duit dengan affiliate Pound.

Memang seronok, sebab 1 Pound sama dengan RM5 lebih, 5 kali ganda duit kita. 1 dolar pula sama dengan RM3 lebih. Kalau anda dapat buat duit dengan dua cara ini, tak perlu risau dengan pendapatan yang tak cukup. Ibarat buat kerja sekali, dapat hasil 3 ke 5 kali ganda.

Cuma buat duit dengan Pound atau USD anda jual pada orang di luar Malaysia. Kalau orang Malaysia yang beli, kena WhatApps lah, PM lah dan macam-macam lagi. Jual pada orang Malaysia memang terhad. Jadi anda kena jual pada orang Amerika dan negara-negara Eropah.

 

Macam mana nak jual?

Nampak mencabar, sebab orang India, Filipina, Thailand dan Indonesia juga sedang buat perkara yang sama. Buka saja Google bersepah iklan dia orang. Sebab mereka tahu nilai pendapatan yang mencecah 3 ke 5 kali ganda dari duit mereka.

Kalau anda sendiri ada 4 kali ganda pendapatan dari sekarang, saya percaya anda tak perlu hidup dalam keadaan ikat perut sepanjang masa. Anda boleh mula simpan duit dalam unit amanah, buat modal berniaga atau deposit beli rumah.

Kalau anda dapat komisyen USD100, bermakna anda dapat hampir RM400. Nampak lumayan kan…

Cuma, untuk dapat hasil macam itu kena belajar dan usaha.

 

Belajar buat duit dengan USD

Kalau anda impikan pendapatan USD1,000 sebulan maka usaha anda juga harus ditingkatkan. Bukan sekadar wang yang perlu dilaburkan, tapi masa juga harus dikorbankan. Saya sarankan anda belajar dari orang yang berpengalaman dan berpengetahuan. Masuk dalam Group belajar buat duit dengan USD. Kita belajar sama-sama di situ.