10 tips didik anak bersolat
Ditulis oleh Shaari Anuar di Facebook. Beliau ialah seorang ejen unit amanah yang banyak berkongsi kisah-kisah yang memberi inspirasi kepada orang ramai.
Kalau anak anak malas nak solat, mungkin tips ini boleh diguna pakai. Ianya berdasarkan pengalaman yang saya sudah praktis dan juga dari pembacaan. Mereka kena dilatih seawal 7 tahun, anak perempuan saya, Nur Damia Hannah yang 3 tahun selalu ikut abang dia yang berumur 7 tahun.
Jangan biar terlambat, satu kajian dibuat oleh ustazah di sekolah menengah, ramai yang tak boleh baca surah al fatihah dengan betul, bermakna mereka gagal atau langsung tak bersolat.
1. Suruh mereka faham Rukun Islam, macam Rayyan Dannish yang darjah satu, sudah faham apa makna rukun Islam, di mana solat adalah rukun kedua.
2. Fahamkan juga kepada mereka fungsi laungan azan, jika ada azan di televisyen atau radio jangan bagi mereka tukar channel. Atau ibu bapa pun sama, jangan terlebih lebih jadi ketam dengan tak pandai menghormati azan.
3. Ajar mereka ambil wudhu setiap kali selepas mereka mandi, walau pun bukan waktu solat. Fahamkan juga meraka kelebihan dalam keadaan berwuduk dari segi fizikal dan spiritual, insha Allah mereka akan praktis sampai mereka besar.
4. Ajak selalu anak lelaki ke masjid, latih mereka untuk berjemaah. Mungkin sama macam ayah kita buat dulu, sampai kita besar, pergi mana mana, mesti teringin akan cari masjid. Yang sesat ketika remaja, akan cari jalan pulang.
5. Belikan jubah, kopiah dan telekung mengikut warna yang mereka suka. Telekung yang berwarna terang, digemari oleh kanak kanak.

6. Kalau boleh, tinggallah di kawasan perumahan yang ada surau atau masjid dan didengari ketika azan berkumandang. Satu kajian dibuat untuk pelajar Malaysia di luar negara, mereka yang tinggal berhampiran dengan masjid, akhlak dan disiplin mereka lagi baik dibandingkan dengan tinggal dalam jarak yang jauh.
7. Selalu buat latihan solat, tegur secara elok sebarang kesilapan mereka. Tanggungjawab kita sebenarnya, itu bukan tugas cikgu.
8. Ceritakan serba sedikit kehidupan selepas kematian, kaitkan dengan apa yang mereka belajar di sekolah, contohnya umur 7 tahun mereka sudah belajar tugas tugas malaikat yang mengambil nyawa, menyoal di alam kubur dan lain-lain.
9. Bersalaman dan peluk rapat rapat mereka selepas solat. Memupuk aliran kekeluargaan dan ikatan yang kuat bermula mereka kecil.
10. Bagilah mereka pujian, jika mereka serius bersolat tanpa berjoget-joget atau tanpa bermain-main.
Solat adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah, maka sekiranya ia di ajarkan kepada anak sejak kecil, maka ikatan anak dengan Allah akan menjadi sebati dalam diri mereka.
Kalau bermanfaat, sila sebarkan artikel ini dengan sahabat yang lain.
saya ada 3 anak..dan yang bongsu baru 4 tahun..rasa macam kerugian pulak bila belum didik cara sempurna
mrhanafi recently posted…Tidur Siang Yang Penuh Kerehatan
Masih belum terlewat untuk mendidik anak bersolat 🙂
saya sedang ajar anak sulung solat, ini akan menjadi panduan adik2nya nanti
Raihanah Ahmad recently posted…Tunku Jalil, Kanser dan Kepentingan Antioksidan
Ya, saya baru ada anak seorang, tiap kali solat saya akan panggil dia berdiri di belakang 🙂
Alhamdulillah, anak-anak memang tahu la selepas azan tu kena solat…walaupun cara ambk wudhu tu memang tak sempurna lagi
Noriza Rahman recently posted…Awet Muda dan Sihat di Usia Emas
Ya, kalau tangguh nanti lagi lambat nak solat.
Kena ajak anak-anak solat sekali, lama-lama mereka dah terbiasa tak payah nak panggil lagi
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Senaman KEGEL Ketatkan Otot Vagina, Senaman Wajib bagi Wanita yang Pernah Bersalin
Benar, ibu bapa kena tunjuk dulu contoh yang baik.
tunggu anak aku besaq sikit, baru leh ajar.
sekarang ni, tengah ajar berlari.
titan recently posted…Asingkan SAMPAH dengan bijak. Baru BUANG dengan penuh hemah.
Betul tu, masa kecil ni lah kita didik. Sebelum 7 tahun pun dah boleh mula, biar dia ikut ikut walaupun main-main. Selalulah solat berjemaah di rumah atau bawa anak ke masjid.
Ya, jadi contoh kepada anak-anak kita dahulu 🙂
Dah tahu masa tu memang kena hambat kalau tak solat 🙂
saya pun belum mengajarkan anak saya untuk sholat dengan sempurna…..semoga kedepan lebih giat lagi mendidik anak saya untuk sholat
kalau kita mak ayah solat di rumah
depan anak anak
lama lama akan beri kesan juga
waktu azan saja anak datang lari
Umiiii solatt. dah azaaann
Mama Hakim recently posted…Buru Bacaan normal kencing manis semasa mengandung dengan 7 Makanan ini!