Kehidupan

10 Tips Untuk Pasangan Marah

10 tips untuk pasangan marah

Letih tengok kawan bergaduh dengan pasangan sampai tak dapat tidur bagai. Usah begitu. Janganlah romantik sebelum kahwin saja. Sedikit cadangan dari Yazid Zul berkaitan 10 tips untuk pasangan marah.

1. Fokus pada kebaikan. Saidina Umar isterinya jenis membebel tapi Saidina Umar sabar saja. Katanya, isterinya banyak jasanya dari menjaga urusan dan kebajikan si suami sampailah kepada memuaskan nafsu dan perasaan si suami. Setakat membebel sikit, si suami bersabar sajalah. Fokus pada kebaikan pasangan.

2. Komunikasi. Jangan pendam semuanya lalu meletup macam gunung berapi. Berkomunikasilah secara baik. Jangan cari kemenangan, carilah bahagia. Kita bahagia bila pasangan kita bahagia.

3. Gaduh satu topik satu masa. Kalau mesti bertengkar, janganlah banyak-banyak isu serentak. Jangan mengungkit. Selesaikan satu isu saja pada satu masa. Kalau kita kumpul salah orang dan lemparkan serentak padanya, orang itu akan rasa humiliated dan worthless. Usah begitu.

4. Menangis. Jangan rasa tertekan atau marah kalau pasangan menangis. Biarlah air mata itu menyejukkan hati yang luka.

5. Fahami punca gaduh. Kalau puncanya duit, eloklah dua-dua pasangan ada buat bajet dan setuju tentang perbelanjaan rumahtangga. Kalau isunya cemburu, eloklah masing-masing maklum bahawa pasangan tidak selesa dan terluka. Fahamilah punca.

Kalau puncanya suami tak perform, terus terang saja. Lepas itu dapatkan bantuan dari doktor dan pakar. Jangan sentiasa memendam rasa lepas tu ada affair pulak.

 

10 tips untuk pasangan marah
Bergaduh dengan pasangan usah berpanjangan.

 

6. Hormati famili. Ramai gaduh pasal pasangan tidak fahami famili. Ziarahilah famili dan jaga ukhwah. Kalau boleh, sekurangnya sebulan sekali ajak famili datang makan-makan di rumah atau ziarah rumah mereka.

You should never sacrifice three things; your family, your heart or your dignity.

7. Tidur. Orang putih kata jangan tidur dalam keadaan marah. Gaduh dan selesaikan masalah sebelum tidur. Sebenarnya pendapat ini tak kuat. Kadangkala lebih baik tidur saja, sekali pun dalam keadaan agak marah. Bila bangun tidur, otak dan hati lapang sikit. Senang sikit nak berdamai.

8. Jangan pukul. Sekalipun dua-dua tali pinggang hitam karate sekalipun, jangan sesekali memukul pasangan. Kalau dapat suami kaki pukul, mungkin lebih baik berpisah saja.

Breakups hurt but losing someone who doesnโ€™t respect and appreciate you is actually a good thing, not a loss.

9. Sentuhan manja. Kadang-kadang, gaduh dan bertengkar pun tak berguna pasal masing-masing dah tetapkan fikiran masing-masing. Kadangkala, pelukan dan sentuhan manja lebih sesuai bila kata-kata tidak lagi memadai.

10. Solat. Anda jaga solat anda, solat anda akan jaga anda. The family that prays together stays together.

Moga tips ni ada manfaatnya. Untuk kebahagiaan suami dan isteri bersama, belajar teknik pengurusan emosiย sekarang juga.

12 thoughts on “10 Tips Untuk Pasangan Marah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.