Kesihatan

100 Hari Melawan Depresi Secara Perlahan-Lahan

100 hari melawan depresi secara perlahan-lahan

Sebelum anda memulakan bacaan, ingin saya maklumkan bahawa artikel ini adalah sebahagian dari terapi diri saya untuk merawat depresi. 100 hari melawan depresi secara perlahan-lahan ini saya tulis berdasarkan rujukan dari orang lain dan pengalaman saya sendiri.

 

100 hari melawan depresi secara perlahan-lahan
Bukan mudah untuk menghilangkan depresi. Boleh jadi ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

 

Hari pertama melawan depresi : Soalan Emas Yang Boleh Ditanya Pada Diri Sendiri Untuk Mengatasi Fikiran Negatif.

Setiap kali anda berdepan dengan fikiran negatif, kerisauan atau rasa tiada harapan, ada soalan ringkas untuk anda tanyakan pada diri sendiri yang biasanya akan memberikan hasil ajaib.

“Jika orang yang saya kasihi berada di tempat saya, patutkah saya memberitahu fikiran negatif yang sedang saya hadapi di saat ini pada mereka?”

Alasan kepada teknik ringkas ini boleh menjadi begitu kuat kerana bertanya pada diri sendiri mendatangkan kesan seperti menjarakkan anda dari fikiran sendiri dan melihat ia dari sudut yang berbeza. Apabila anda melakukan perkara ini, anda akan selalunya sedar bahawa anda sedang berkeras dengan diri sendiri.

Sebagai contoh :

  • Sahabat anda tidak cemerlang dalam peperiksaan yang dihadapinya, adakah anda fikir bahawa dia bodoh dan tidak akan dapat pekerjaan yang baik? Sudah pasti anda takkan berfikir sedemikian dan anda takkan membuat kesimpulan yang sama pada diri anda sendiri.
  • Sama seperti sahabat anda yang tak dapat memasuki universiti kerana tidak cemerlang dalam pelajaran seperti anda. Adakah nasib beliau lebih buruk hanya kerana bekerja dengan kelulusan yang tidak sama seperti anda? Oleh itu, anda tak seharusnya membuat kesimpulan pada orang lain dengan sewenang-wenangnya jika anda meletakkan situasi itu pada diri sendiri.

Kami berharap strategi ini dapat membantu anda untuk bersikap adil dan baik pada diri anda sendiri.

 

Hari kedua melawan depresi : teknik kesedaran 5-4-3-2-1 untuk menenangkan diri

Untuk bermula, duduk atau berbaring di tempat yang selesa dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Tarik nafas menerusi hidung dan lepaskan menerusi mulut. Fikirkan perkara-perkara yang disenaraikan di bawah :

  • 5 perkara yang anda boleh lihat. Sebagai contoh, meja di depan anda, lukisan cantik di dinding, butang magnet di peti sejuk, langit biru di langit dan dedaun hijau pada pokok.
  • 4 perkara yang anda boleh rasa. Sebaik sahaja anda boleh menyentuh 5 benda yang boleh dilihat. Sementara anda menarik nafas menerusi hidung dan melepaskan menerusi mulut, upayakan untuk mencari 4 perkara yang anda boleh rasa contohnya kerusi yang menahan berat badan anda, pakaian yang sedang anda pakai, karpet lembut di bawah kaki anda atau helaian rambut yang jatuh di dahi anda.
  • 3 perkara yang anda boleh dengar. Seterusnya, senaraikan 3 perkara yang boleh anda dengar. Contohnya kicauan burung, jarum jam berdetik dan bunyi kanak-kanak bermain di taman permainan.
  • 2 perkara yang boleh anda bau. Cari 2 perkara yang boleh anda hidu baunya. Untuk lebih mudah, cari bau-bauan yang anda gemari seperti bau minyak wangi dan bau aroma kopi yang dibancuh panas.
  • 1 emosi yang boleh dirasa. Fikirkan 1 emosi yang boleh anda rasai. Contohnya anda boleh ingat kembali saat-saat indah semasa bercuti di tepi sungai atau tepi pantai.

 

Latihan ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, tetapi ia benar-benar efektif untuk mengasingkan anda dengan fikiran negatif serta emosi sekaligus menenangkan diri anda.

Strategi ini amat membantu sehingga ia tular pada tahun 2018 dan sudah dikongsikan lebih dari 1.5 juta kali semasa ia ditulis di Facebook!

Semoga strategi ini dapat membantu anda untuk rasa lebih aman dan tenteram.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *