11 contoh soalan dan jawapan temuduga
Artikel ini merupakan himpunan pengalaman temuduga dari pelbagai bidang yang menghasilkan 11 contoh soalan dan jawapan temuduga kerja. Ia merupakan salah satu prosedur umum untuk anda mendapatkan sesuatu perkara, contohnya temuduga guru pendidikan, temuduga pinjaman dan yang paling popular sekali ialah temuduga kerja kerajaan atau swasta.

1. Soalan berkaitan peribadi
Objektif soalan
- Menenangkan calon temuduga.
- Menurunkan rasa gementar calon.
- Melihat sikap ramah mesra calon.
- Melihat kesanggupan calon untuk berkhidmat sebagai pekerja.
- Mengesan masalah dalam diri calon.
- Melihat kesediaan calon untuk menyelesaikan masalah.
Kaedah soalan
Soalan yang bakal ditanya berbentuk bebas, terbuka dan ulangan semula.
Contoh soalan
Sila perkenalkan diri anda atau ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang anda.
Cadangan jawapan
Jawapan boleh diberi menerusi 3 pilihan iaitu :
A. Kronologi – Ceritakan perihal diri anda berdasarkan turutan.
- Saya Ridzuan bin Loqman. Nombor kad pengenalan 851225-10-5045. Saya adalah anak sulung dari 5 adik-beradik. Sekarang saya bekerja di pasaraya Hero sebagai juruwang sejak September lepas.
B. Kreatif – tidak mengikut turutan dan disampaikan dengan cara yang lebih berkesan dan menarik perhatian penemuduga.
- Saya Ridzuan bin Loqman. Nombor kad pengenalan 851225-10-5045. Saya adalah pelajar terbaik dalam mata pelajaran Matematik dalam SPM 2002. Saya juga merupakan seorang pemain bola sepak yang mewakili negeri Selangor dan pernah memenangi kejohanan Bola Sepak Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2005.
C. Retorik – Menggunakan gaya bahasa yang bersifat memujuk.
- Ridzuan ialah nama yang telah diberikan oleh bapa saya Loqman. Seperti yang dipaparkan, kad pengenalan saya bernombor 851222-10-5045. Saya mempunyai semua kelayakan yang cemerlang sama ada akademik mahupun bukan akademik untuk diberikan tugas sebagai seorang guru. Dan yang paling utama ialah saya seorang yang jujur dan amanah kepada majikan dan organisasi yang saya sertai.
Tip menjawab
Bagi soalan yang berkaitan dengan hal peribadi, pastikan bahawa anda :
- Tidak mengulang maklumat peribadi yang telah diperincikan dalam resume.
- Menyenaraikan kejayaan yang telah dicapai dengan terperinci.
- Menceritakan nilai-nilai murni diri anda merangkumi pengalaman hidup dari kecil hingga kini.
- Tempoh menjawab semasa temuduga diuruskan dalam masa kurang dari 5 minit.
2. Soalan berkaitan pengalaman
Objektif soalan
- Menilai pengalaman kerja yang pernah dilalui calon guru.
- Menilai kaitannya dengan tugas dalam kerjaya guru.
Panel temuduga akan meneliti jawapan berdasarkan informasi yang telah calon berikan contohnya :
- Persamaan dan kaitan pengalaman calon dengan tugas jawatan yang dipohon.
- Bagaimana pengalaman tersebut membantu calon ketika menjalankan tugas.
- Sejauh mana calon dapat menggunakan pengalaman tersebut dalam tugas guru.
- Reaksi calon terhadap pengalaman-pengalaman kerjaya terdahulu.
- Mempertimbangkan pengalaman calon untuk diserapkan ke jawatan guru.
Kaedah soalan
Soalan yang bakal ditanya berbentul siasatan, perincian dan butiran.
Contoh soalan
- Apakah yang telah anda lakukan sebelum ini?
- Ceritakan pengalaman kerja anda yang lepas.
- Bagaimana kerja anda sekarang? Adakah ia boleh membantu tugas yang diminta?
- Apa yang anda boleh dapati sepanjang melaksanakan kerja tersebut?
- Adakah pengalaman berkhidmat di syarikat swasta dapat menambah nilai perkhidmatan anda di sektor awam?
Cadangan jawapan
- Selepas menduduki peperiksaan SPM(V) hingga hari ini, saya membantu pakcik saya berniaga di pasar malam di sekitar Klang. Di antara kerja yang saya laksanakan ialah mengambil tempahan dan memastikan stok barang-barang makanan telah sedia untuk dijual. Saya perlu bangun awal setiap hari untuk keluar berjumpa dengan pembekal bagi memastikan kualiti barang yang dibeli memenuhi keperluan pelanggan.
Tip menjawab
- Mengutamakan pengalaman yang berkaitan dengan kerjaya guru.
- Membuat perbandingan dan persamaan antara tugas guru dengan kerjaya dan pengalaman terdahulu.
- Menyelidik dan memahami pelajaran yang diperolehi dari pengalaman terdahulu.
3. Soalan berkaitan akademik
Objektif soalan
- Melihat pencapaian calon sebagai ukuran kejayaan dan motivasi.
- Mengukur keupayaan calon menerusi keputusan peperiksaan.
- Mengesan strategi calon untuk mempertingkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik.
- Mengukur tahap kepuasan calon dalam bidang akademik.
Kaedah soalan
Soalan bakal ditanyakan dalam bentuk penyiasatan dan penerokaan.
Contoh soalan
- Apa yang membuatkan anda tertarik untuk menyambung pelajaran dalam bidang senilukis?
- Mengapa awak memilih mata pelajaran Sains berbanding Matematik yang mempunyai prospek kerjaya yang lebih cerah?
- Mengapa anda tidak meneruskan pengajian sedangkan anda memiliki keputusan yang baik di peringkat ijazah?
Cadangan jawapan
- Saya bersetuju dengan kenyataan tuan. Ramai rakan-rakan saya telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana. Saya membuat keputusan untuk bekerja kerana ingin mendapatkan perbelanjaan bagi meneruskan hidup. Saya merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di kemudian hari. Kejayaan masih boleh dikecapi walau pun tidak memiliki kelulusan pendidikan yang lebih tinggi. Semasa bekerja pun saya masih boleh belajar secara separuh masa. Ianya saya jadikan satu cabaran untuk meningkatkan masa depan saya.
Tip menjawab
- Fokus pada keputusan akademik yang terbaik dalam semua peringkat pendidikan contohnya mendapat A1 dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Nyatakan anugerah yang pernah diterima di peringkat sekolah, negeri dan negara.
- Keputusan cemerlang yang diperolehi menjadi pengukur kepada peribadi calon seperti rajin, berdedikasi dan berdisiplin.
4. Soalan berkaitan kemahiran
Tujuan soalan
- Meneliti kemahiran calon dan kesesuaiannya sebagai calon pekerja.
- Mempunyai kemahiran wajib contohnya mengajar, mendidik dan menerangkan.
- Kemahiran tambahan, menggunakan perisian khas komputer untuk kerja-kerja dokumentasi seperti Microsotf Office dan Open Office.
- Kemahiran unik seperti memainkan alat muzik, membaca al-quran bertajwid dan menyanyi.
Kaedah soalan
Soalan bakal ditanyakan dalam bentuk penyiasatan.
Contoh soalan
- Apakah kemahiran yang boleh anda tawarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?
- Terangkan bagaimana anda menggunakan perisian Microsoft Acces untuk membuat kiraan.
- Apakah kemahiran milik anda yang boleh memudahkan kerja dan tugasan anda nanti?
- Apakah kemahiran-kemahiran yang perlu ada oleh seseorang guru untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya?
Cadangan jawapan
- Saya memiliki kemahiran dalam bidang senilukis dan senireka grafik. Selain daripada membuat rekabentuk grafik, saya mempunyai kepakaran dalam perisian Microsoft Office untuk membuat pendataan di samping membuat pengucapan awam. Saya juga mahir dalam komunikasi bahasa ketiga iaitu Mandarin.
Tip menjawab
- Menerangkan kemahiran yang calon miliki mengikut keutamaan.
- Memperincikan butiran bagi kemahiran calon, misalnya menaip 50 patah perkataan seminit.
- Mendapatkan testimoni dan bukti setiap kemahiran secara bertulis.
5. Soalan berkaitan tugas jawatan
Tujuan soalan
- Melihat kadar pengetahuan calon berkenaan tugas jawatan yang dipohon.
- Menilai persediaan dan persiapan temuduga calon.
- Mengukur tahap minat calon terhadap kerjaya berkaitan.
Kaedah soalan
Soalan bakal ditanyakan dalam bentuk penyiasatan. Ia akan menilai dan mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman calon terhadap kerjaya guru.
Contoh soalan
- Terangkan perkara yang anda tahu berkaitan dengan jawatan guru.
- Ceritakan tentang tugas jawatan guru yang anda tahu?
- Jika anda dilantik ke jawatan guru, apakah tugas dan tanggung jawab yang perlu dilaksanakan?
Cadangan jawapan
- Sebagai seorang guru, saya akan menjalankan tugas mendidik berdasarkan subjek yang diajar.
- Jika saya diberi amanah untuk menjadi guru kelas, tanggung jawab yang bakal saya laksanakan ialah perkara yang berkaitan rutin harian seperti merekod kehadiran pelajar, memastikan kelas sentiasa ceria dan mengambil tindakan ke atas pelajar yang terlibat dalam kes melanggar disiplin sekolah.
Tip menjawab
- Perincikan tugas guru dengan contoh-contoh yang memperlihatkan calon sedang melaksanakan tugas tersebut.
- Berikan jawapan khusus, bukan bersifat umum.
- Rujuk kepada kaedah 4W 1H apabila menjawab soalan. Contohnya :
When – bila waktu calon akan mengajar.
Where – di mana calon akan mengajar.
Why – mengapa calon perlu mengajar.
Who – siapa yang akan diajar.
How – bagaimana cara calon mengajar. - Pengetahuan tentang kerjaya guru adalah penanda aras bagi persediaan, inisiatif dan keupayaan calon guru.
–>> klik sini untuk baca rahsia tambah pendapatan dengan Shopee <<–
6. Soalan berkaitan perkhidmatan awam
Tujuan soalan
- Melihat kepekaan calon dan menduga pengetahuannya tentang perkhidmatan awam.
Kaedah soalan
Soalan bakal ditanyakan dalam bentuk penyiasatan.
Contoh soalan
- Mengapa anda ingin berkhidmat dengan sektor perkhidmatan awam?
- Berikan pandangan anda tentang program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
- Jika anda bertugas sebagai guru sukan, apakah tugas yang boleh dilaksanakan bagi membantu meningkatkan tahap sukan di sekolah anda?
- Apakah cabaran-cabaran yang sedang dihadapi oleh sektor perkhidmatan awam di Malaysia?
- Berikan cadangan yang efektif bagaimana anda dapat membantu gejala rasuah di kalangan penjawat awam.
Cadangan jawapan
Pada pandangan saya, program sedia ada hendaklah diperkukuhkan di samping pihak yang berkuasa mengambil inisiatif seperti yang berikut :
- Menjalankan penilaian khas berkaitan rasuah terhadap calon.
- Menanamkan nilai anti rasuah pada pelajar menerusi sistem pendidikan.
- Menjalankan audit program mencegah rasuah secara mengejut dalam sesebuah institusi perkhidmatan awam.
Tip menjawab
- Berikan jawapan yang selari dengan dasar, undang-undang dan peraturan Kementerian.
- Jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan tugas dan peranan calon dalam bidang yang berkaian secara teliti.
- Mengambil berat tentang isu semasa yang berkaitan dengan perkhidmatan awam yang menjadi tumpuan di kalangan kakitangan kerajaan dan swasta, Kementerian dan masyarakat Malaysia.
7. Soalan berkaitan aktiviti luaran
Tujuan soalan
- Menilai penglibatan calon dalam pelbagai aspek.
- Contoh bidang ialah kepimpinan, interaksi sosial, kecenderungan, minat, komunikasi, sumbangan dan sebagainya.
- Melihat sama ada calon bergerak secara berkumpulan atau bersendirian.
Kaedah soalan
Berdasarkan aktiviti ko-kurikulum yang tertera dalam sijil calon guru.
Contoh soalan
- Berikan aktiviti ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah menengah dahulu.
- Apakah yang anda pelajari semasa menyertai kelab bahasa Malaysia dengan menjadi setiausahanya?
- Bagaimana anda menabur bakti kepada sekolah melalui aktiviti persatuan?
- Bagaimana aktiviti sukan yang anda ceburi boleh member impak yang positif kepada bidang akademik?
Cadangan jawapan
Semasa di sekolah menengah dahulu, saya telah dipilih sebagai wakil dalam sukan hoki. Aktiviti seperti ini meninggalkan kesan positif kepada diri saya iaitu :
- Disiplin waktu – mengurus jadual belajar dan latihan hoki dengan seimbang.
- Berusaha gigih – untuk menang dalam pertandingan, saya harus berikhtiar dengan serius. Teknik yang sama saya praktikkan ketika dalam kelas.
- Kekal sihat – badan saya cergas dan cerdas hasil dari latihan sukan.
Tip menjawab
- Fokus pada prestasi atau pencapaian aktiviti di peringkat, sekolah, daerah, zon dan negeri.
- Sertakan jawapan tidak formal termasuk pengalaman, silaturahim dan motivasi yang diperolehi selain daripada jawatan yang dimiliki.
- Menyatakan sebab yang positif semasa anda terlibat dengan aktiviti tersebut.
- Menerangkan manfaat yang diterima dalam aspek peningkatan diri dalam sesuatu bidang.
Panduan temuduga kerja kerajaan dan swasta
Ada contoh soalan dan jawapan temuduga untuk anda gunakan sebagai persediaan menghadapi temuduga kerja kerajaan atau pun kerja swasta serta contoh-contoh resume kerja. Klik pada link contoh soalan dan jawapan temuduga untuk membuat persediaan temuduga anda.
–>> klik sini untuk dapatkan contoh soalan dan jawapan temuduga <<–
Sama-sama 🙂
Sya juga mmerlukan contoh soalan interview pegawai penjara KA19 ada x..??
kenapa tidak boleh print ya
hari selasa , saya ada temuduga pembantu pentadbir ada tak rujukan cara permakaian semasa iv ?
Terima kasih, sekarang musim temuduga kerja kerajaan.
minggu depan saya akan mngikuti temuduga sebagai kerani n17 di jab. bekalan air . ada tak cnth soaln yg brkaitan dgn tmuduga saya nanti ? tlng shre yee 🙂
Ada, mohon rujuk di laman ini :
http://jvsecurepay.com/affiliates/resume/14
assalam ? boley tak share sikit untuk contoh dialog bagi sesi temuduga melalui telefon selama 2minit? plss
Waalaikumusalam,
Mohon rujuk di sini :
–>http://rujukankerjaya.com/2015/100-soalan-yang-biasa-ditanya-dalam-temuduga
Beri saya bnyk soalan lg utk tmuduga ipg…:(
salam.. pd hujung bulan ni saya akn mnghadiri temuduga pemandu kenderaan H11., so ada tak contoh2 soalan utk temuduga trsebut..???tq..
Salam . Nk mntak tolong bgi contoh jwpan pnuh bgi soalan perkenalkan diri . Bolee tak ?
Mohon daftar nama & emel di ruang yang disediakan.
Salam, saya nak tanya. Minggu depan saya akan pergi temuduga untuk Kos pengajian strategi di UPNM.. Boleh saya tahu contoh soalan yang akan ditanya oleh pihak universiti.
Salam Tuan,
Mohon Jasa Baik Tuan untuk kongsikan soalan serta jawapan bagi sesi perkenalan diri.
Terima Kasih
Boleh bagi contoh jawapan untuk soalan temuduga?
Contoh jawapan untuk soalan temuduga ada dalam newsletter, mohon subscribe di borang dalam artikel ini.
salam..thanks admin sangat membantu sebab sy akan menjalanai temuduga pada 6 ock 2015 ni dengan UEM SUNRISE dan sy risaudengan sesi temuduga.wish me luck
boleh bg contoh soalan yg akan ditanya dalam jawatan pemantu makmal. serta contoh exam??
Ramai yg nk pergi temuduga rasanya…
Dah lama x pergi temuduga. Nampaknya soalan & expectation majikan semakin canggih skrg ni.
Zurainny Ismail recently posted…Panduan Pokémon Go Malaysia
Semakin hari, semakin mencabar soalan temuduga yang ditanya.
Sya dapat t.duga latihan pembantu kesihatan awam,apa perlu sya buat..bantuan sangat2 d perlukan.
Mohon baca artikel ini :
http://www.kerja-kerajaan.com/blog/latihan-pembantu-kesihatan-awam/
salam, adakah contoh soalan temuduga penolong pegawai penguatkuasa kp29..? blh ka encik kongsikan sedikit sebanyak berkaitan tugas2 jawatan tersebut selain yg terdapat dalam portal spa8…?
Assalamualaikum. En. Saya dapat tawaran temuduga pembantu pendaftaran jpn kp19. Boleh beri tips atau panduan yg berkaitan. Thank you ?
Temuduga sekarang ni macam2 tanya. Nak yang experience, tapi gaj fresh grad.. susah la..
Assalamualaikum admin.. saya baru lepas interview spa utk pelukis pelan (kej awam) gred J19 di MITC Melaka. Alhamdulillah.. selesai nervous sekejap.
Assalam..maaf sy nak bertanya kalau jawatan ni bawah JKR ye? apa soalan yg ditanya ye? sy pun ade intervw jawatan sama tp bawah SPA negeri…
Assalam..maaf sy nak bertanya kalau jawatan ni bawah JKR ye? apa soalan yg ditanya ye? sy pun ade intervw jawatan sama tp bawah SPA negeri…
Jawatan yang bakal ditanya berkaitan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) seperti moto, visi dan misi, fungsi JKR, sejarah JKR dan sumbangan JKR pada negara.
Assalam..saya dah lalui interview Pelukis Pelan JA19, dan tiada satu pun soalan yang mencabar, berbentuk fakta dan teknikal..hanya diminta perkenalkan diri dan cerita serba sedikit mengenai keluarga, pengalaman kerja, result diploma(walaupun jawatan SPM).
Tidak pasti sama ada itu petanda yg baik atau tidak.
Moga ada rezeki. Aamiin.
Salam, Kadang2 bila pihak temuduga tanya “ada apa2 soalan hendak ditanya?” Apa soalan yang sesuai yang patut diutarakan
Terima Kasih,
setujuuuu. nak kena jawab apaa ya yg sepatutnya
Boleh tanya, berapa peratus kebarangkalian saya diterima bekerja dalam jawatan ini.
saya dapat panggilan temuduga pembantu tadbir n19 dbkl. ada tips atau contoh soalan masa temuduga..??
awk sama dgn sy lah?bpe hb awk pye iv?goodluck
Salam,
Saya ada mendapat panggilan temuduga untuk jawatan pelukis pelan JA19. Saya ingin tahu:-
1.Adakah perbezaan dalam temuduga antara SPA Negeri dan SPA?
2.Jika jawatan itu teknikal, adakah akan diuji secara teknikal?
3.Perlukah melampirkan Diploma sekiranya jawatan tersebut bertaraf SPM?
Terima kasih.
awak da pergi temuduga tu? mcam mana dgn temuduga tersebut?
dah..sy tak ditanya pun soalan berbentuk fakta atau teknikal..cuma ditanya pasal pengalaman kerja dan keluarga, isteri boleh ke berpindah..
walhal calon2 sebelum sy ditanya nama yb kawasan, titik tengah semenanjung, senarai menteri dll..
InshaAllah itu petanda yg baik..
apa yg saya buat cuma ikut spt yg diarahkan..
Salam tuan. Mohon membantu saya dapat temuduga jawatan spa jawatan pembantu penyediaan makanan. Mohon jasa baik tuan berkongsi soalan Dan jawapan Yang perlu dijawab dalam sesi temuduga jawatan tersebar.
Awk da pergi temuduga tu .. sy 4.8.2017,? Apa yer soalan yg akan dia tnya nth
Salam boleh bg contoh soalan pembantu tadbir n19 (operator telefon) x untuk mpsp
salam tuan,boleh tak share kan tip untuk temuduga pembantu penyediaan makanan N19
kne thu cra pnyediaan mkanan dn kselmtan mkanan
dah prgi iv p.peyediaan mkanan
assalam tuan, saya mendapat 2 temuduga spa pada 10 ogos dan 15 ogos. jawatan yang dipanggil interview adalah pembantu perawatan kesihatan u11 dan pembantu operasi n11. apa persediaan yang saya perlu buat ye tuan.
Sila rujuk artikel ini :
http://ikhwanfahmi.com/pembantu-perawatan-kesihatan-gred-u11/
salam.. saya dapat panggilan temuduga Pegawai Penjara KA19. Ada tak contoh soalan yg diberikan..
assalamualaikum tuan dan puan.
14/9 nanti saya ada iv untuk pembantu awam h11 kelulusan pmr.tetapi saya ada diploma.adakah saya perlu tulis dalam resume saya ada diploma?atau sekadar tulis pmr dan spm je?
Tulis sehingga SPM sahaja.
Hai, sy ada interview Pelukis Pelan JA19 pada 29 sept 2017 ni (esok), Boleh bagi Tips?
Boleh rujuk pada panduan temuduga di bawah :
http://jvsecurepay.com/affiliates/temuduga/14
assalamualaikum . Maaf bertanya . Saya akan menghadiri interview as pembantu akauntan gred 19 tak lama lagi . Boleh kongsikan soalan soalan yang berkaitan dengannya
Waalaikumusalam,
Boleh rujuk artikel ini sebagai panduan, hanya gred sahaja yang berbeza :
http://ikhwanfahmi.com/soalan-temuduga-penolong-akauntan/
Terima kasih. Bermanfaat
Sama-sama kembali.
Assalamualaikum, saya seorang yang mudah panic setiap kali temuduga, mohon beri panduan dan tips untuk hilangkan gemuruh dan persediaan yang saya perlu buat untuk dapat tempuhi temuduga dengan jayanya. Lagi 2 minggu saya ada temuduga N19 (Pembantu Tadbir Pengkeranian/Operasi) di SUK negeri. Boleh beri tips soalan bagaimana mereka akan tanya? Jugak, kalau isu semasa selalunya mereka tanya mcm mana ya?
Assalamualaikum, Saya akan menghadiri temuduga pada 30 oktober ini untuk jawatan pembantu tadbir N19 perkeranian/operasi . Boleh kongsikan soalan soalan yang berkaitan dengannya ?
Dan saya mempunyai diploma. Adakah saya harus menceritakan pelajaran saya ke peringkat spm sahaja ??
Harap boleh bagi tips dan info .
Hai, Sama la dgn saya. 31/10 ni ada iv spa utk jawatan pembantu tadbir jugak. Nervous semua ada. Saya pun ada diploma jugak.
Hai, Sama la dgn saya. 31/10 ni ada iv spa utk jawatan pembantu tadbir jugak. Nervous semua ada. Saya pun ada diploma jugak.
Salam en ikwan.. saya bakal menghadiri temudaga spa unk jawatan penolong pengawai sains.. Boleh en kongsikan tips soalan2 yg bakal ditanya? dan juga soalan isu semasa yg bakal ditanya.. Ni 1st saya dipanggil temuduga kerajaan, harap dpt menbantu.. nervous sgat
Saya akn menghadiri temuduga utk jawatan pembantu awam, boleh tolong beri info untuk jawatan tersebut. Contoh soalan dan jawapan juga..
assalamualaikum..saya akan menghadiri temuduga sebagai pembantu pustakawan.ada contoh soalan yang akan ditanya atau tips tak?terima kasih.
Boleh rujuk sini :
http://www.blogtipskerjaya.com/2012/12/temuduga-pembantu-perpustakaan-gred-s17.html?m=0
selamat petang.Ada contoh2 soalan dan jawapan untuk temuduga pembantu pentadbir kerani\operasi n17?Gementar pulak minggu depan temuduga.terimakasih.
Rujuk artikel di sini :
http://ikhwanfahmi.com/peperiksaan-dan-temuduga-pembantu-tadbir/
ada tak soalan temuduga utk Penolong Pentadbiran?
Assalamualaikom..saya d panggil temuduga pemandu h11 minggu hadapan 22/02/2018..dari mana saya mahu dpt contoh2 soalan dan contoh jawapan.begitu juga dengan temuduga pasal diri kita..bole tuan beri info tentang ayat2 diri kita.
Maaf saya tiada contoh untuk jawatan yang spesifik kepada temuduga Pemandu Kenderaan.
ada satu soalan itu tanya saya bolehkah anda datang awal untuk menjalankan tugas-tugasan harian ? apa jawapan yang patut saya berikan ye.
Rujuk semula anda datang untuk temuduga dalam jawatan apa.
Assalam,
Sy ingin bertanya apa maksud Skim Perkhidmatan Bersepadu? Dan bagi jawatan Pelukis Pelan (KA) JA19, sekiranya seseorang itu mempunyai diploma adakah akan diserap ke gred JA29?
Hi. Adik saya akan menghadiri temuduga untuk jawatan seperti yang encik dapat. Boleh saya tahu, bagaimana sesi temuduga dijalankan? And ada apa2 requirement yang perlu disediakan tak sebelum pergi temu duga?
Sesi temuduga spt biasa temuduga kerajaan.
Daftar, semak sijil, no giliran, ujian air kencing, isi borang2, kemudian tunggu giliran untuk ditemuduga.
Kebanyakan calon bawa portfolio kerja masing2 sekiranya mempunyai pengalaman.
Soalan2 seperti biasa (rujuk artikel di atas). Tapi saya nasihatkan ikutlah etika pakaian yg dicadangkan.
Sangat membntu adanya infomasi ni
MyInformasi recently posted…Permohonan Biasiswa Karangkraf 2018 Online
Assalamualaikum. Sya ada temuduga penolong pegawai teknologi makanan ahad ni di spa johor. Ada contoh soalan dan jawapan utk jawatan tersebut? Risau dan gementar ni
Salam..Saya akan menghadiri temuduga bagi jawatan Pembantu Kemahiran H19. Skop kerja adalah memasang,membaik pulih, menyelenggara,mengawasi, menguji peralatan awam, sistem elektrik, sistem perpaipan dll. Adakah semasa temuduga ada ujian secara teknikal mengenai bagaimana melaksanakan tugas ini secara terperinci?
Soalan apa yang bakal saya hadapi?
Saya adalah salah seorang calon temuduga yg berjaya.. saya setuju dgn soalan2 yg penulis kemukakan.. pendapat saya.. walau jawatan apa pun yg kalian pergi temuduga.. kalian boleh praktikkan sahaja tips yg di atas.. sedikit tips drpd saya.. buatlah kajian ke atas jawatan yg kalian dpat.. cari statistik jika ada.. selalunya memang ada di web jpa.. dan tunjukkan minat anta kepada jawatan ini.. confident.. datang awal kalau boleh sebab mood penemuda masih dlm keadaan stabil 😋.. paling penting berdoa pada Allah.. apa yg berlaku semua dgn izin Allah 😊😊
Salam tuan, saya akan menghadiri temuduga SPA dalam jawatan penolong pegawai tadbir N29. Mengikut pandangan dan pengalaman tuan, soalan yang macam mana kebiasaanya ditanya?
Assalamualaikum, saya akan menghadiri temuduga untuk jawatan pembantu operasi N11, ada tak contoh soalan dan jawapan untuk jawatan tersebut?
Assalamuaalaikum..sy akan menghadiri temuduga utk jawatan pegawai penyelidik q41, pada pandangan tuan, apakah soalan2 yang biasa nya akan disoal?
Assalamualaikum, saya akan menghadiri temuduga bagi jawatan Q41, boleh tuan kongsikan tips berkesan & soalan yg mungkin akan ditanya? terima kasih.
4.5
4
5
0.5
1
ada tips x untuk pengurus asrama uitm gred 41