15 perkara yang boleh dihentikan
Menurut Azizan Osman, ada beberapa perkara yang boleh dihentikan untuk anda hidup dalam kegembiraan dan kebahagiaan. 15 perkara yang boleh dihentikan ini boleh dimulakan perlahan-lahan sehingga anda mampu menghentikannya terus-menerus.

1. Hentikan rasa diri selalu betul. Bila merasa diri sendiri selalu berada di pihak yang betul, pandangan orang lain akan dianggap salah. Secara tidak langsung ia akan menekan diri anda sendiri dan menyakitkan perasaan orang lain. Apa manfaat yang anda dapat bila rasa diri sendiri sahaja yang betul?
2. Hentikan mahu kawal keadaan yang di luar kemampuan. Tidak semua perkara boleh diubah atau dikawal. Lepaskan sikap gemar mengawal orang lain dan semua situasi dalam hidup anda. Hidup anda akan menjadi lebih baik jika anda melepaskan sesuatu yang tidak mampu dikawal.
3. Hentikan sikap menuding jari. Hidup anda akan menjadi lebih aman bila tidak mencari kesalahan orang. Ia hanya akan membazirkan masa anda. Buang sikap suka mencari salah orang.
4. Hentikan sabotaj diri. Berhenti berfikir secara negatif dan suka menyalahkan diri sendiri. Tidak semestinya perkara yang berlaku adalah salah anda.
5. Hentikan berfikiran sempit. Rintangan yang melanda adakalanya membantutkan usaha anda. Berfikir secara terbatas akan menyekat anda daripada berkembang. Usah rasa tertekan dan mengalah. Anda boleh menembusi halangan yang bersarang dalam diri.
6. Hentikan mengeluh. Merungut dan mengeluh hanya akan menyebabkan anda berasa sedih, kecewa dan marah. Cara anda berfikir akan memberi impak kepada diri anda. Berfikir secara positif akan membantu anda untuk hidup dengan gembira.
7. Hentikan mengata. Meski pun cara hidup setiap masyarakat itu berbeza, itu bukanlah tiket untuk anda mencaci hidup orang lain. Jika anda tidak bersetuju atau tidak memahami cara orang lain, elakkan daripada mengata mereka.
8. Hentikan tarik perhatian orang. Carilah perhatian dari Allah. Mengapa mahu menyeksa diri membuat sesuatu yang tidak pernah dibuat hanya semata-mata mencari perhatian orang. Berhenti menyamar jadi orang lain, jadilah diri sendiri. Manusia yang jujur jauh lebih bernilai dari penipu.
9. Hentikan rasa selesa. Pecahkan tembok keselesaan untuk menempuh cabaran. Beri peluang pada diri anda untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika dahulu pendapatan sebulan RM2,000 anda perlu berusaha untuk tingkatkan kepada RM4,000 hingga ke RM6,000.
10. Hentikan menghukum. Usah terlalu mudah melabelkan orang lain hanya kerana melihat sesuatu yang anda belum tentu faham. Lupakanlah sikap buruk sangka atas kejayaan orang lain.
11. Hentikan takut untuk hidup. Nak hidup mesti berani, kalau tidak bagaimana nak hidup. Carilah ilmu supaya anda bertambah yakin untuk hidup. Belajar untuk memahami bagaimana untuk hidup dengan ilmu yang dipelajari.
12. Hentikan memberi alasan. Alasan tidak akan menjadikan anda berjaya. Lagi banyak alasan lagi lambat untuk anda berjaya. Kurangkan menjadikan alasan sebagai batu penghalang.
13. Hentikan masa silam. Gagal di masa yang lalu memang pedih. Tetapi hidup perlu diteruskan. Lepaskanlah keperitan di masa silam dengan terus bergerak ke arah yang lebih baik. Hidup adalah perjalanan yang perlu diteruskan. Berhenti bila anda sudah berjaya, bukan semasa anda sedang berjalan.
14. Hentikan mengejar benda. Usah sekat hidup anda hanya dengan benda yang dimahukan. Katakanlah anda mahu memiliki sebuah rumah besar. Usah beli rumah yang paling besar dan mewah di waktu muda, tetapi carilah rumah yang kecil atau sederhana dahulu. Jangan kerana mahu rumah yang besar, anda tidak mahu mencapai sesuatu yang kecil dahulu. Ingatlah bahawa kejayaan yang besar bermula dengan kejayaan yang kecil. Anda tidak boleh kawal harga rumah tapi anda boleh beli rumah dengan kawalan anda.
15. Hentikan hidup dengan cita-cita orang lain. Dalam situasi ini, anda seolah-oleh terikut dengan cara hidup orang lain. Mereka yang berpendapatan besar memilih kereta mewah sebagai kenderaan, anda yang masih bergaji kecil pun mahu hidup seperti mereka. Berhenti mengikuti contoh yang tidak sesuai dengan kemampuan anda. Usah hidup untuk gembirakan orang lain tapi diri sendiri yang merana.
Ya.
ramai yang rasa depa yang betul.
mentang-mentang dah berduit..rajin plak cakap bukan-bukan.
titan recently posted…The closer you think you are, the less you’ll actually SEE.
Seolah-olah bila dah berduit, itu jadi lesen untuk bercakap sesedap rasa sesuka hati…
Terima kasih, ada peringatan yang perlu dibaca 🙂
nice sharing bro ikhwan.
Thanks for reading the article 🙂
melayu ni bila ada kesilapan je mesti nak tuding jarii pada orang lain. ego kot
nikkhazami recently posted…Sinopsis Dia Menantu Rahsia Tv3
Apa yang baik kita amalkan hari hari supaya dapat jadi tabiat yang berkekalan dan mendatangkan kebaikan
Mama Hakim recently posted…Pelan rumah 2 tingkat 5 bilik tidur dengan view banglo yang cantik!