15 tips untuk Uber Partner baru
Tahniah kerana kerana anda membuat keputusan untuk memandu bersama Uber. Anda dianggap sebagai Uber Driver, tetapi dalam Uber anda adalah Uber Partner, rakan bisnes Uber. Jika anda baru sahaja mendaftar dan tidak tahu bagaimana hendak bermula, sila baca 15 tips untuk Uber Partner baru. Semoga ia dapat membantu anda.
1. Tahu pusingan pembelajaran. Ia mengambil masa untuk menguasai semua perkara tentang Uber. Untuk memahami bagaimana Uber beroperasi, rujuk kepada aplikasi Uber. Ia tidak sukar untuk difahami. Jika anda ada masalah, hubungi Uber Support untuk mendapatkan bantuan. Jika anda dapat bawa pelanggan yang pertama, beritahu mereka anda masih baru dengan Uber.
2. Usah gelojoh kejar insentif. Anda dapat lihat peta dalam aplikasi Uber. Di situ ada peta yang menunjukkan kawasan yang sibuk dan diwarnakan dengan kuning, oren atau merah. Warna merah adalah lokasi yang paling sibuk. Di sini nilai tambang akan meningkat dan penumpang perlu bayar lebih tinggi.
Uber Partner yang memandu di sini akan dapat lebih bayaran dari kadar biasa. Cabaran turut bertambah. Ramai pemandu Uber akan bersaing dan ke sini untuk mengejar insentif. Akibatnya insentif di kawasan ini akan menurun. Tidak salah untuk mengejar insentif tetapi usahlah terlalu kerap kerana adakalanya kadarnya hanyalah 1.5 kali ganda atau lebih sedikit sahaja.
3. Jaga kebersihan kereta. Untuk menambat hati penumpang, kebersihan kereta adalah perkara utama. Usah hias kereta dengan melampau tetapi pastikan kereta anda bersih dan selesa. Jika kotor dan berhabuk, penumpang yang membawa anak kecil bakal terkesan. Bersihkan kereta anda bila sudah mula kotor. Untuk jimatkan masa, hantar saja ke pusat cuci kereta. Simpan resit cuci kereta sebagai rekod perbelanjaan.
4. Bayaran cukai. Anda akan menerima borang cukai dari Uber, tetapi Uber tidak mengambil cukai tersebut. Cukai dibayar pada kerajaan. Dapatkan nasihat dari pakai cukai atau perunding kewangan yang bertauliah. Penting untuk anda simpan semua resit perbelanjaan untuk mengurangkan bayaran cukai.
5. Kotak Uber. Dalam kotak ini anda simpan botol air, gula-gula, tisu, losyen, beg plastik dan pencuci tangan. Tidak semestinya anda perlu kotak yang besar, sesuaikan ia mengikut saiz kereta anda. Kotak Uber ini khas untuk kegunaan penumpang anda.
6. Regangkan badan. Jika anda memandu lebih 20 jam seminggu, anda telah duduk dalam kereta untuk masa yang lama. Badan anda akan jadi lesu, penat dan lenguh. Keluar dari kereta untuk regangkan badan bila anda boleh. Ambil masa 5 ke 10 minit sebelum dan selepas membawa penumpang.
7. Bersedia. Anda akan bertambah sibuk dengan penumpang. Sediakan makanan dan air supaya anda tidak kelaparan atau dahaga.
8. Berehat. Bila anda pandu kereta untuk tempoh yang lama, mungkin anda sibuk. Anda perlukan rehat sebentar. Keluar dari kereta dan hirup udara segar atau pergilah ke suatu tempat di luar kereta untuk berehat dan makan. Ia akan memberikan tenaga dan bergeraklah daripada duduk terhimpit di dalam kereta. Rehatlah beberapa jam yang anda boleh.
9. Cari bilik air. Kenali sekitar tempat anda memandu. Ia akan membantu anda untuk mencari bilik air. Pastikan anda ingat stesyen-stesyen minyak yang mempunyai kemudahan bilik air dan tempat solat yang selesa. Pastikan anda tahu di mana kedai untuk mencari barang runcit dan kedai kopi berhampiran.

10. Utamakan penumpang. Bila anda menerima penumpang, mereka adalah keutamaan anda. Mungkin agak sukar untuk mencari di mana mereka, namun anda boleh SMS atau telefon untuk mencari mereka. Ingatlah apabila berlaku kecemasan, pastikan penumpang anda berada dalam keadaan selamat. Sediakan kotak bantuan cemas sebagai persediaan.
11. Sokongan dari Uber. Jika anda mempunyai pertanyaan, jangan bertangguh untuk menghubungi Uber. Tanyalah apa-apa soalan, mereka akan membantu anda.
12. Komisyen referral Uber. Sebaik sahaja anda menjadi Uber Partner, anda boleh menggunakan aplikasi UberDOST untuk menjemput rakan anda memandu bersama Uber. Selepas mereka memandu 30 kali, anda akan menerima komisyen sebanyak RM250 hingga RM300.
13. Jaga kereta anda. Periksa keadaan kereta, paras minyak pelincir, keadaan bateri dan suhu penyaman udara. Bawalah kereta anda ke bengkel jika ada kerosakan yang anda tidak dapat baiki.
14. Hormati diri anda. Anda akan penat selepas memandu berjam-jam lamanya setiap hari. Rancang untuk berehat setiap minggu dan dapatkan rehat yang diperlukan. Anda boleh tutup aplikasi Uber bila-bila masa sahaja. Demi keselamatan anda, penumpang anda, berehatlah bila penat. Usah memandu jika anda sakit, demam atau penat. Badan dan minda anda perlukan rehat yang cukup.
15. Bergembiralah dengan Uber. Berseronoklah semasa memandu dengan Uber. Bertemu dengan pelbagai ragam penumpang yang pastinya akan menguji anda. Setiap kali anda memandu, ingatlah anda sedang meluangkan masa yang hebat, menyediakan servis yang terbaik untuk orang ramai.
Mahu memandu dengan Uber? Tahniah, anda telah membuat keputusan yang bijak. Anda tidak akan tahu sama ada menyertai Uber bagus atau tidak jika anda tidak mencuba. Tiada sebarang masalah jika anda sekadar mahu mencuba dan tidak mahu memandu terus dengan Uber. Pandulah sekali dalam seminggu dengan Uber sama ada siang atau malam.
Jadikan ia kerja sampingan dan bila anda sudah selesa, memandulah dengan Uber sepenuh masa. Bayangkan anda boleh dapat seminggu RM500 ke RM1,500. Jika sebulan boleh dapat RM2,000 ke RM6,000. Dengan wang tersebut, anda boleh simpan dalam bank, selesaikan bil elektrik, hutang PTPTN, sewa rumah, ansuran kereta dan pinjaman perumahan.
Jika anda berpendapat memandu dengan Uber adalah pilihan yang terbaik, daftarlah sekarang juga menerusi link di bawah :
[+] http://bit.ly/RegisterUberDriver
Memandulah dengan Uber dan bawalah wang untuk menyara keluarga anda.
Terimakasih Tipsnya, saya nak coba lakukan salah satunya, makasih kak,,
Kamar Set Anak recently posted…By: Jual Tempat Tidur Anak Sliding | Toko Indo Furniture
terimakasih atas perkongsiannya , semoga bisa ambil manfaatnya
Ahmad recently posted…Jasa Karikatur Murah
ditempat saya namanya Gojek online, cukup menjajikan juga komisinya
Terima kasih atas info yang nagus. Dengan adanya uber, peluang menjana pendapatan semakin bertambah.