18 tempat yang menarik di Shah Alam untuk dilawati
Siapa yang tak kenal dengan Shah Alam, ibu negeri Selangor yang popular dengan kemajuan yang pesat sebagai Bandar Perindustrian. Sukar untuk melihat pencemaran di bandar ini kerana bandar ini dibina dengan perancangan yang teliti. Ada 18 tempat yang menarik di Shah Alam untuk dilawati kerana keunikannya yang tersendiri.
Tempat-tempat yang menarik di Shah Alam bukan sekadar menjadi tumpuan kepada penduduk tempatan, malah pelancong dari luar turut menjadikan Shah Alam sebagai lokasi percutian. Berikut adalah senarai tempat-tempat yang menarik di Shah Alam sebagai rujukan anda.
1. Stadium Shah Alam, Seksyen 13
Setiap kali perlawanan bola sepak diadakan, stadium Shah Alam sentiasa menjadi tumpuan utama. Selangor FA akan menggunakan stadium ini untuk beraksi dalam perlawanan bola sepak dengan jumlah penonton seramai 80,372 orang. Setiap kali perlawanan bola sepak ada, jalan-jalan di sekitar Shah Alam pasti akan dilanda kesesakan.

2. I-City Shah Alam, Seksyen 7
Banyak sekali pokok-pokok elektronik yang dihiasi dengan lampu LED. Ada banyak sebab untuk datang ke sini, di antaranya ialah Snowalk yang sejuk dengan suhu 5° Celcius. Ada banyak perkara yang menarik dalam Snowalk iaitu ukiran ais, rumah ais dan orang salji. Selepas anda keluar dari Snowalk, Trick Art Museum, Laser Warzone, Circus Travel, Water World dan Space Mission sedia menanti anda.

3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14
Masjid yang dipanggil dengan gelaran Masjid Biru ini mempunyai kubah biru yang dirasmikan pada tahun 1988. Ia merupakan masjid ke 2 terbesar di Asia Tenggara yang dibina dengan seni bina tradisional gabungan dari Melayu, Islam dari Barat, Asia Barat dan India. Terdapat sebuah jam antik yang berusia 600 tahun sumbangan Sultan Selangor dan 4 lampu chandelier yang bernilai lebih dari RM2 juta.

4. Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13
Perpustakaan awam ini dilengkapi dengan kemudahan 100 buah komputer, ruang menonton filem dan wi-fi percuma untuk pengunjung. Dengan konsep perpustakaan dalam taman, ia mampu menyimpan 400,000 buah buku dengan 2,500 pengunjung dalam satu masa. Bangunan 6 tingkat ini di mempunyai kafetaria dengan pemandangan tasik dan Masjid Negeri Shah Alam.

5. Muzium Sultan Alam Shah, Seksyen 14
Dengan 4,000 artifak yang dimiliki, muzium Sultan Alam Shah mempunyai 5 balai pameran yang khusus iaitu Balai Warisan Alam Semulajadi dan Pameran, Balai Islam, Balai Kebudayaan, Balai Sukan dan Balai Sejarah. Muzium ini turut dilengkapi dengan auditorium, dewan, pusat sumber, makmal Taksedemi dan Repositori serta bilik mesyuarat. Masuk adalah percuma.
6. Laman Seni 7, Seksyen 7
Karya seni pelukis jalanan yang dipaparkan di sini adalah pemenang bagi Pertandingan Laman Seni 7 dari pelbagai kategori. Setiap karya memiliki mesej yang tersendiri dan disampaikan dalam bentul visual. Bagi mereka yang berminat untuk bergambar, ada banyak karya yang menarik menanti anda.
7. Litar Go Kart, Seksyen 13
Tidak jauh dari stadium Shah Alam, litar Go Kart ini menyediakan beberapa jenis Kart yang boleh dipandu dalam litar yang dibantu dengan jurulatih berpengalaman. Dilengkapi dengan 15 selekoh yang mencabar, adrenalin anda pasti akan bergegar dengan aktif. Anda boleh pandu Kart dengan harga bermula RM43 hingga RM85 mengikut jenis Kart. Ianya dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam.
8. Setia City Mall, Shah Alam
Pusat membeli-belah Setia City Mall ini boleh menjadi lokasi yang terbaik untuk anda bawa rakan-rakan dan keluarga berhibur. Dilengkapi dengan pusat bermain bowling, karaoke dan taman di hadapannya menjadikan ia lokasi yang terbaik untuk menghilangkan tekanan selepas seharian bekerja. Taman permainan untuk kanak-kanak turut disediakan.
9. Uptown Shah Alam, Seksyen 24
Bagi anda yang meminati barang seperti makanan, aksesori telefon bimbit, jam tangan, tudung, topi dan barang terpakai, Uptown Shah Alam ini adalah lokasi yang terbaik. Dibuka pada jam 8.30 malam, anda boleh ke mari selepas waktu bekerja. Kawasan yang berhampiran dengan Kompleks Muhibbah ini dilengkapi dengan khemah berbumbung, tak perlu risau jika hujan turun.
10. Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14
Taman tasik yang direka oleh Fumiaki Takano, arkitek lanskap dari Jepun ini dibuka pada tahun 1985. Disasarkan khas untuk mereka yang berkeluarga, ia mempunyai restoran terapung, taman tema air dan taman permainan kanak-kanak. Pada hari cuti, taman tasik Shah Alam ini menjadi tumpuan untuk orang ramai beriadah dan bersiar-siar.
11. Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah
Tanpa perlu ke luar negara, anda boleh menikmati Rumah Iklim Sederhana 4 Musim yang dihiasi dengan bunga yang hanya sesuai hidup di dalam suhu yang tertentu. Setiap 3 bulan, musim dalam rumah ini akan diubah. Selain itu, Taman Botani Shah Alam dilengkapi dengan taman kaktus, zoo mini, taman herba, tasik, kolam dan kawasan sawah padi. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memancing, bermain paintball, berbasikal dan flying fox. Taman ini ditutup pada setiap hari Isnin.
12. Taman Tema Air Wet World, Seksyen 14
Bila tiba sahaja musim cuti sekolah, Taman Tema Air Wet World ini adalah lokasi yang paling meriah. Anda boleh bergembira dengan bermain air sepuas-puasnya tanpa perlu risau keselamatan barang yang dibawa kerana ada tempat menyimpan barang yang selamat. Bagi pengunjung wanita yang bertudung, anda tak perlu risau tentang rambut basah kerana ada kemudahan pengering rambut di sini.
Ada banyak pilihan gerai makanan di sini. Tiket masuk bagi kanak-kanak ialah RM20, dewasa RM25, pelancong kanak-kanak RM30 dan pelancong dewasa RM35. Taman tema ini tutup pada hari Rabu.
13. Dataran Bunga Raya, Seksyen 14
Tidak jauh dari Taman Tasik Shah Alam, Dataran Bunga Raya mempamerkan bunga raya hidup dari warna merah, pic dan putih. Sesuai untuk anda yang berminat untuk menambah koleksi mikro fotografi.
14. Shah Alam Ekstreme Park, Seksyen 13
Bagi peminat sukan lasak, anda boleh bersantai di sini sambil bermain basikal BMX, futsal, paintball, skateboard dan wall climbing. Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 11 malam. Selepas waktu kerja pun anda masih berpeluang untuk mengeluarkan peluh di sini.
15. Kompleks Taman Seni Islam, Seksyen 10
Di sini anda boleh temui manuskrip Al-Quran asli yang bernilai RM20 juta. Dilengkapi dengan galeri seperti Galeri Al-Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Bahagian Penyalinan Mushaf Al-Quran, Rekaan, Pewarnaan dan Grafik dan Penerapan Emas.
Yayasan Restu merupakan organisasi yang bertanggung jawab untuk menghasilkan Al-Quran dengan tulisan tangan di Malaysia, yang pertama. Dari sini anda boleh lihat pemandangan Taman Tasih Shah Alam dan Masjid Negeri Shah Alam. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
16. Laman Budaya, Galeri Shah Alam
Di laman budaya ini terletaknya muzium, teater dan galeri Shah Alam. Lokasinya di Taman Tasik Shah Alam menjadikan ia sebagai pusat persinggahan untuk pengunjung melihat karya seni tempatan dipamerkan dalam bentuk persembahan, pameran dan pertandingan. Galeri ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
17. Skytrex Shah Alam, Seksyen 8
Tidak jauh dari pusat bandar, Skytrex Shah Alam yang terletak di Taman Pertanian Malaysia, pokok-pokok hijau merupakan tumpuan utama untuk peminat aktiviti ekstrem seperti, meluncur, bergayut, flying fox.
Namun begitu, bukan semua orang boleh menjalani aktiviti ekstrem ini. Hanya mereka yang memiliki stamina yang tinggi dan lasak sahaja sesuai masuk ke sini. Harga tiket ialah RM35 (beginner), RM45 (intermediate) dan RM55 (advanced).
18. Homestay Shah Alam, Seksyen 25
Setelah anda mengelilingi bandaraya Shah Alam, apa kata anda berehat di homestay Shah Alam yang terletak di seksyen 25. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, homestay ini adalah tempat berehat yang sesuai untuk keluarga anda. Homestay ini terletak di Pangsapuri Damai, sebuah kawasan apartment yang dilengkapi dengan kawalan keselamatan 2-tier 24 jam, lif, taman permainan, gimnasium.
Homestay ini berhampiran dengan pusat komersial seperti Plaza Sri Muda, pasaraya 99 Speedmart, KFC, Pizza Hut dan pasaraya Giant. Tak perlu risau untuk ke pusat bandar Shah Alam kerana masa yang diperlukan sekitar 15 minit sahaja. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan homestay Shah Alam Seksyen 25, boleh hubungi 017-4802045 (Ikhwan) menerusi panggilan telefon atau WhatApps.
Selalu pergi shah alam, tak perasan pula ada banyak lokasi menarik, terutama muzium tu
Mazni Azmi recently posted…Pelembap Muka Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner!
banyak lagi tempat yg belum pergi. uptown tu selalu la jgk. hehe
nikkhazami recently posted…Produk yang Menghilangkan Blackheads
suatu hari nanti saya pun nak pergi lagi ke Shah Alam.
Dulu pernah juga main-main di Shah Alam sebelum tahun 2000
mrhanafi recently posted…Beza Bilik Sewa Dengan Rumah Sewa