19 Tips Untuk Uber Driver Dapat 5 Bintang

Dec 23

19 tips untuk Uber Driver dapat 5 bintang

Bagi pemandu Uber, penarafan yang kurang dari 5 bintang dikira sebagai satu cabaran. Hal ini akan memberi kesan untuk mempersembahkan prestasi yang baik semasa memandu dengan Uber. Sekali bintang anda jatuh kurang dari 4.6, Uber akan memberi bendera merah. Untuk kekal memandu dengan Uber, usah abaikan 21 tips untuk Uber Driver dapat 5 bintang.

Anda mungkin tidak pernah dengar pemandu Uber 3 bintang mengambil penumpang. Mereka tidak wujud kerana mereka mendapat penarafan yang rendah berulang kali. Memang mustahil untuk mendapat 5 bintang sepanjang masa, tetapi tips ini boleh membantu anda berada dalam status yang hampir sempurna.

 

Perkara yang wajar dilakukan

1. Tawarkan biskut, gula-gula atau air botol. Tidak semestinya anda berikan 3 perkara ini kepada penumpang. Berikan salah satu sahaja. Tujuannya jelas, anda mahu mengekalkan penarafan cemerlang Uber atau anda ditendang keluar dan hilang pendapatan dengan Uber.

2. Sediakan pengecas telefon. Sebahagian besar penumpang menggunakan telefon pintar. Sediakan pengecas telefon untuk Android dan iOS. Jika penumpang tak perlukan, pasti anda juga gunakan untuk cas telefon.

3. Ambil penumpang yang betul. Pastikan anda ambil penumpang yang menempah kereta anda. Jika salah ambil, masa dan wang anda akan hangus begitu sahaja. Tanya nama dan destinasi penumpang sebelum mereka masuk ke dalam kereta.

4. Tepati masa. Anda hidup dalam dunia yang penuh permintaan. Semua orang anggap ketepatan masa dan itu adalah model bisnes Uber. Jika anda lewat sampai 10 ke 20 minit selepas masa yang dianggarkan oleh Uber, anda mungkin mengambil penumpang yang tidak gembira.

5. Tahu selok belok bandar. Ini adalah perkara penting untuk menjadi pemandu Uber. Kesilapan mencari destinasi dan tidak menggunakan navigasi seperti Waze dan Google Maps akan membuat perjalanan menjadi lebih jauh dan meningkatkan kos penumpang lebih dari yang ditetapkan.

6. Jaga kebersihan kereta. Pastikan tiada bau yang kuat dan karpet berhabuk dalam kereta anda. Penumpang memilih Uber kerana tidak mahu pengalaman yang buruk semasa menaiki teksi. Jika kereta anda kotor dan berbau, ia bukanlah Uber.

7. Pastikan kereta berkeadaan baik. Elakkan daripada bunyi yang pelik dalam kereta anda dan lampu-lampu di panel kereta yang menandakan kereta anda perlukan selenggaraan. Ia boleh mengganggu keselesaan penumpang. Jaga keselamatan penumpang sebelum komisyen anda hilang.

8. Kekalkan sikap positif. Manusia dipengaruhi oleh tenaga dari manusia yang lain. Jika pemandu Uber memiliki sikap negatif, penumpang turut mendapat kesannya. Jika anda mempunyai keadaan yang kurang baik, tutup aplikasi Uber Partner dan rehatlah seketika sehingga anda berjaya memulihkan sikap anda.

9. Bantu angkat beg. Bila anda mendapat penumpang yang membawa banyak barang, bantu mereka untuk menyimpan dengan baik di but kereta. Sedikit sebanyak mereka berasa terhutang budi atas pertolongan anda. Tidak mustahil mereka boleh beri anda 5 bintang.

10. Tukar muzik ikut selera penumpang. Bila anda memandu, pasti ada muzik yang terpasang di radio. Selera anda tidak semestinya menjadi selera penumpang. Anda boleh tanyakan pada penumpang, apa siaran radio yang menjadi kegemaran mereka. Jadi anda boleh tukar siaran untuk keselesaan mereka.

11. Pandu ikut jalan yang digemari penumpang. Meski pun anda tahu jalan yang biasa dilalui di kawasan bandar, anda boleh tanyakan jalan yang dilalui oleh penumpang. Jika mereka memberitahu jalan yang lebih mudah, anda sudah membantu mereka tiba dengan lebih cepat.

 

19 tips untuk uber driver dapat 5 bintang

Untuk mendapat 5 bintang dengan Uber perlukan strategi yang terancang dan berkesan.

 

Perkara yang tak wajar dilakukan

12. Jangan minta upah. Semua orang sukakan upah. Tapi usah minta upah dari penumpang kerana anda sudah komisyen dari Uber. Jika anda penumpang yang mahu berikan juga, biarlah mereka yang tentukan, bukannya pemandu Uber. Jika tidak, mereka akan laporkan pada Uber dan anda juga yang susah nanti.

13. Jangan memandu dengan tingkap terbuka. Elakkan dari membuka tingkap kerana ia boleh membawa masuk habuk, debu, bau asap dan merosakkan gaya rambut atau tudung penumpang. Hidupkan penyaman udara anda untuk pastikan keselesaan penumpang.

14. Jangan minta 5 bintang. Biasanya ini berlaku serentak semasa meminta upah. Biasanya anda takkan dapat apa yang anda harapkan. Jika penumpang bertanya, apa kepentingan penarafan bintang kepada anda, terangkan pada mereka bagaimana kesan penarafan tersebut pada anda sebagai pemandu Uber. Usah paksa penumpang untuk beri 5 bintang. Biar mereka beri secara ikhlas berpandukan cara anda memandu dan melayan anda.

15. Jangan bercakap dengan telefon atau balas SMS. Tumpukan pemanduan anda untuk pastikan keselamatan anda dan penumpang. Elakkan juga penggunaan Bluetooth kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda. Jadi tangguhkan dahulu urusan telefon anda sehingga penumpang tiba ke destinasi.

16. Ikut peraturan trafik. Anda tak mahu penumpang melaporkan kesalahan trafik seperti langgar lampu merah, memandu melebihi had laju dan memandu secara berbahaya? Patuhi keselamatan jalan raya atau anda ditendang keluar dari Uber.

17. Jangan pegang telefon semasa memandu. Cari alat yang boleh menempatkan telefon anda dengan stabil. Tak perlu anda asyik memegang telefon untuk mencari arah kerana tumpuan anda boleh terganggu. Penumpang anda turut berasa terjamin bila anda memandu dengan fokus.

18. Jangan mula atau lengkapkan perjalanan tanpa penumpang. Pastikan mereka masuk dalam kereta dan tiba di destinasi. Tiada orang yang suka membuat bayaran tanpa menaiki kereta. Atau penumpang yang membuat tempahan tersebut akan memberi anda 1 bintang jika anda bergerak tanpa mereka.

19. Jangan cakap terlalu banyak. Lihat keadaan penumpang sebelum anda mula berbicara. Ada penumpang yang lebih gemar berdiam diri. Jika mereka diganggu oleh percakapan anda, kemungkinan mereka akan memberi penilaian yang rendah nanti.

 

Kesimpulan

Ada sebahagian kecil pemandu Uber yang dihalang untuk terus memandu. Akaun mereka dinyahaktifkan kerana mendapat penarafan bintang yang rendah. Anda tak perlu bimbang jika anda mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan. Jika anda memberikan layanan yang terbaik, pasti anda akan dapat penarafan bintang yang tinggi. Secara tidak langsung, peluang untuk anda dapat 5 bintang semakin cerah.

One comment

  1. rakan sekerja ema ramai yang buat uber…ada tu sampai nak cuti tanpa gaji nak buat uber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.