3 jenis modal dalam perniagaan
Setiap perniagaan atau bisnes perlukan modal. Banyak jenis modal yang sering diperkatakan. Ada juga yang mendakwa boleh memulakan perniagaan tanpa modal. Berikut adalah 3 jenis modal dalam perniagaan yang saya nak kongsikan dengan anda.
1. Modal ilmu. Menambah nilai pengetahuan dalam bidang perniagaan. Penting untuk elakkan kerugian.
2. Modal masa (waktu). Perlukan komitmen untuk anda untuk luangkan masa bagi mempelajari ilmu-ilmu perniagaan.
3. Modal pemasaran. Wajib buat selepas anda lakukan poin 1 dan 2. Ini adalah bahagian yang paling kritikal dan penting. Ramai usahawan tersungkur di bahagian ini.

Ketiga-tiga modal ini boleh didapati secara percuma tapi masa yang anda luangkan akan jadi lebih panjang. Jika kita keluarkan wang, masa dapat dijimatkan.
Contoh :
Kita boleh pergi ke Shah Alam dari Klang dalam masa 20 minit jika menaiki kereta. Tapi sebab nak jimat wang, kita pilih untuk naik basikal. Kita jimat wang tapi masa yang kita luangkan akan jadi lebih lama.
Untuk jimatkan masa pembelajaran, keluarkan sebahagian modal untuk jadi seorang usahawan. Sebagai contoh, anda nak dapatkan nombor telefon pelanggan dan tukarkan mereka jadi pelanggan, maka anda perlu belajar strategi kumpul prospek dengan orang yang betul.
Tidak rugi belajar dengan mengeluarkan sebahagian modal. Buatlah bisnes sehingga boleh dapat semula dengan modal yang anda keluarkan itu.
takde bisnes tanpa modal.
tu semua mengarut.
titan recently posted…Komisen ke 39 dari Ashadee.com
Yang lawaknya, ramai pulak sokong cara buat bisnes tanpa modal.
Guna Internet utk promote tu bukan modal ke huhu..
Apalah diorang ni..
amirul recently posted…Melegakan Sakit Sendi Seawal 7 hari
Kerja pun perlukan modal pergi kerja, makan dan minum apatah lagi kalau berniaga…kenalah bermodal baru betul bisnesman… 🙂
Khir Khalid recently posted…Jenis Pelaburan Yang Disarankan Dalam Syariat Islam
Betul tu masa pun modal juga. Kalau kita tak buat kerja tu, kita mungkin buat kerja lain..kan..
betul..semua bisnes perlukan modal..paling penting, jangan rugi modal..
JMR recently posted…“…ada kereta tak? “
Rugi sikit tak mengapa, rugi besar gulung tikar terus.
Maznee percaya modal paling penting adalah modal diri
kalau kita yakin dan bersemangat dengan sikap yang baik
insyaallah akan berjaya
Mazni Azmi recently posted…10 Tanda tanda bersalin semakin hampir. Buat persiapan awal cepat!
Betul, tanpa keyakinan diri takkan membawa ke mana-mana.
Betul, tanpa keyakinan diri takkan membawa ke mana-mana.
istilah yang lebih tepat ialah modal rendah, kalau tanpa modal, memang logiknya tak boleh
Dila recently posted…6 Tin Minuman Ringan Setiap Hari, Umur 21 Tahun Dah Kena Diabetes
Tenaga pun modal jugak 🙂
sabree hussin recently posted…MYDIN – The Untold Story
Ya, tenaga adalah modal utama.
Bagi saya modal masa itu paling penting.Komitmen!