Hartanah

3 Sebab Harga Rumah Turun Mendadak

3 sebab harga rumah turun mendadak

Sememangnya menceburi bidang hartanah merupakan satu pelaburan yang dianggap sangat menguntungkan. Bagaimanapun, setiap pelabur harus berhadapan dengan pelbagai risiko besar tidak terkecuali dalam pelaburan hartanah. 3 sebab harga rumah turun mendadak ini boleh membantu anda membuat pilihan.

 

3 sebab harga rumah turun mendadak
Elakkan membeli hartanah yang boleh susut nilainya.

 

Secara asasnya, peratusan nilai hartanah mampu meningkat setiap tahun, namun ia juga boleh merudum jatuh. Biarpun jarang menunjukkan prestasi menurun, tanda-tanda seperti ini mampu menyumbang kepada kejatuhan nilai hartanah. Apakah tanda tersebut?

1. Bencana alam. Kawasan yang sering dilanda bencana berisiko menyumbang kepada kejatuhan nilai hartanah. Sebagai contoh di kawasan Bukit Antarabangsa, ada yang mendakwa nilai hartanah akan jatuh merudum disebabkan kejadian tanah runtuh yang pernah berlaku sebelum ini pada tahun 1993 dan 2002.

Ada yang bimbang untuk membeli, namun begitu kawasan tersebut masih tetap didiami oleh orang awam. Tetapi jika sesebuah kawasan yang sering berlaku bencana, tidak mustahil akan terjadinya kejatuhan nilai hartanah disebabkan situasi penawaran melebihi permintaan.

2. Kawasan yang dianggap strategik. Jika sesebuah kawasan diwartakan sebagai lokasi hospital contohnya, sudah tentu ia menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah. Tambah lagi, bakal dikelilingi oleh pusat membeli belah sudah pasti ramai yang berebut mahu mendapatkannya.

Namun, janganlah disebabkan mahu mendapatkan harga yang ‘rendah’, kita tergesa-gesa membeli tanpa membuat sebarang kajian. Bayangkan, jika projek yang dicanang-canangkan tidak menjadi, sudah pasti akan berlakunya penurunan biarpun dalam peratusan yang kecil.

Bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang sesebuah projek di kawasan tumpuan, kita boleh merujuk kepada pihak Majlis Perbandaran, ataupun boleh bertanyakan kepada agensi hartanah sekiranya anda mempunyai jaringan yang baik.

3. Penurunan nilai matawang. Pada tahun 2016 negara kita mengalami krisis kewangan yang agak teruk. Ringgit lemah berbanding USD. Kelemahan ini menyumbang kepada kenaikan kos bahan mentah yang diimport dari luar sebelum ini. Di samping itu juga, pelaksanaan GST yang dianggap membebankan kerana kenaikan kos barang selepas cukai. Ini bermakna kos pembinaan rumah akan menjadi semakin mahal daripada biasa.

 

Kesimpulan

Pelaburan hartanah adalah sangat berisiko kerana melibatkan transaksi amaun yang agak besar. Namun begitu, ia sebenarnya membawa kepada pulangan yang besar sebagaimana graf kenaikan peratusan nilai hartanah. Walau bagaimana pun, kita tidak boleh terlepas berdepan dengan apa juga situasi kemungkinan yang mendatang.

Sifirnya mudah, jika berlaku lebihan penawaran berbanding permintaan, secara tidak langsung penjual terpaksa menurunkan nilai sesebuah hartanah. Namun begitu, tanda-tanda yang disebutkan di atas tidak semestinya akan terjadi bergantung kepada penduduk di negara ini dalam mengatasi masalah rumah yang semakin mahal.

 

Belajarlah menguruskan kewangan dan hartanah supaya anda boleh mengelakkan daripada terbeli hartanah yang merugikan.

4 thoughts on “3 Sebab Harga Rumah Turun Mendadak”

  1. Ada ke rumah yang turun harga? Macam pelik je bunyinya. Tapi kalau faktor-faktor tu memang banyak mempengaruhi juga harga rumah. Cuma tak la banyak sangat turunnya. Setahun dua lepas tu naik balik la. Contoh macam bukit antarabangsa. Masa kejadian tanah runtuh tu harga memang jatuh, sekarang try survey harga area sana. Confirm cuma mampu tengok.
    Amran recently posted…Mentaliti Kelas Ketiga, Cabaran Sedekad KemerdekaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.