Islam

3 Sebab Sukar Faham Bacaan Al-Quran

3 sebab sukar faham bacaan Al-Quran

Pentingnya soalan di atas kerana apabila anda membaca Al-Quran, anda sedang mendengar bicara dari Tuhan iaitu :

  • Menasihati
  • Memberikan tunjuk ajar
  • Menegur
  • Memarahi
  • Menyindir
  • Memujuk
  • Membimbing
  • Dan sebagainya

 

3-sebab-sukar-faham-bacaan-al-quran
Bacalah al-quran dan terjemahannya supaya mudah difahami ertinya.

 

Sayangnya komunikasi 2 hala itu berlaku sekali-sekala semasa membaca Al-Quran. Di antara punca-punca yang boleh dikenalpasti ialah :

1. Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab. Bahasa arab begitu asing bagi anda. Namun dalam Al-Quran tidak banyak perkataan yang berbeza maknanya. Sebanyak 600 perkataan berlainan makna digunakan di dalamnya. Sekiranya anda mengetahui kesemua ertinya, dengan sedikit tatabahasa dari bahasa Arab, anda berpeluang untuk memahami Al-Quran.

2. Tumpukan membaca demi pahala, bukan memahami. Ini adalah masalah dasar yang berasal dari kekangan bahasa Arab. Inilah punca mengapa semasa anda membaca Al-Quran sekadar mengejar pahala, memperbaiki tajwid, mendapatkan berkat dan menyedapkan bacaan.

3. Al-Quran ditulis bukan seperti buku ditulis. Apabila anda membaca buku yang ditulis oleh manusia, kisahnya mengikut turutan dan dihimpun dalam satu topik. Tiap bahagian diterangkan semua subtopik. Al-Quran tidak memakai hukum ini. Sebagai contoh sural Al-Baqarah, surah sapi betina. Tidak sampai 40 ayat yang berkisar tentang sapi. Ayatnya ada 286. Al-Quran disusun secara berselerak. Ini adalah salah satu punca kesukaran untuk memahami Al-Quran walau pun merujuk kepada terjemahannya.

 

Apa akibatnya?

Semua masalah yang dinyatakan sebentar tadi telah mendukacitakan anda semasa membaca Al-Quran. Tiada rasa penghayatan semasa proses bacaan berlangsung. Membaca tanpa rasa terkesan. Inilah masalah besar yang anda perlu selesaikan.

Alhamdulillah, Ustaz Mohammad Asraff Ayob cuba membantu anda merungkai dilema ini. Di antara proses yang anda perlu dapatkan ialah gambaran utama Al-Quran.

Terdapat 4 gambaran utama Al-Quran yang bakal membantu anda membaca dengan lebih tumpuan iaitu menghadam 3 misi utama Al-Quran, mengetahui tafsir yang terbaik, mengetahui fadhilat yang paling sahih dan mengenali keistimewaan kesenian Qiraatnya.

Rujuk panduan membaca surah-surah idaman untuk fahami tajwid al-quran bersama Ustaz Haji Mohd. Asraff.

12 thoughts on “3 Sebab Sukar Faham Bacaan Al-Quran”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.