Bisnes

3 Strategi Percuma Untuk Buat Jualan Di Shopee

3 strategi percuma untuk buat jualan di Shopee

Bila anda buat bisnes di Shopee, ada beberapa kelebihan yang bakal anda dapat seperti 3 strategi percuma untuk buat jualan di Shopee. 3 tips percuma ini anda boleh buat di Shopee tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos. Bagi mereka yang sudah mempunyai lebihan modal, digalakkan untuk menggunakan medium iklan berbayar kerana lebih ramai pelanggan yang sedia menyerahkan wang bagi mendapatkan produk jualan anda.

 

3 strategi percuma untuk buat jualan di Shopee
Strategi iklan percuma mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

 

1. Boost Now

Ini adalah cara untuk meletakkan produk anda di kedudukan yang paling depan di Shopee. Boost Now akan menaikkan produk anda daripada produk-produk pesaing yang lain. Bila pelanggan mencari produk di Shopee, mereka akan nampak produk anda dahulu. Kebarangkalian untuk mereka membeli produk anda sudah pasti sangat tinggi berbanding dengan produk-produk lain.

 

2. My Discount

Bila anda letakkan My Discount pada produk yang anda jual di Shopee, ia boleh mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk anda. Anda boleh tengok tag yang berwarna kuning menandakan produk anda telah diletakkan dengn diskaun. Ia akan membantu anda untuk membuat jualan dengan mudah.

 

3. My Campaign

Dalam sesuatu masa, Shopee akan menjalankan kempen tertentu seperti My Campaign. Contohnya kempen masa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Shopee akan menjalankan promosi besar-besaran menerusi media sosial, televisyen dan radio untuk menarik lebih ramai pelanggan sepanjang kempen dijalankan.

Produk yang anda jual pasti akan turut terjual hasil dari bahang kempen yang dijalankan oleh Shopee. Kos iklan pun sudah dapat dijimatkan dan boleh digunakan sebagai pusingan modal bisnes.

 

Selain dari 3 strategi percuma promosi di Shopee, ada lagi teknik-teknik promosi yang boleh anda pelajari dari ebook panduan bisnes Shopee. Klik link di bawah untuk belajar dengan lebih banyak lagi.

 

–>> klik sini untuk dapatkan panduan bisnes Shopee <<–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *