Bisnes

3 Tips Berhenti Kerja Untuk Berniaga Sepenuh Masa

3 tips berhenti kerja untuk berniaga sepenuh masa

Dari pengamatan saya, ramai individu yang mahu berhenti kerja dari kerja makan gaji untuk menjalankan perniagaan sepenuh masa. Ia bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. 3 tips berhenti kerja untuk berniaga sepenuh masa ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Anda boleh jadikan ia sebagai panduan asalkan anda berani mengambil risiko untuk berjaya. Sudah pasti perkara ini sukar dilakukan tanpa ada gambaran cabaran yang bakal anda lalui.

 

3 tips berhenti kerja untuk berniaga sepenuh masa
Bukan mudah nak berhenti kerja untuk buat bisnes sepenuh masa.

 

1. Buat bisnes sambilan di internet

Wajib buat bisnes sambilan yang boleh memberikan anda pendapatan tambahan setiap bulan. Anda perlu wujudkan pendapatan ini sehingga ia mampu memberikan wang setiap bulan. Kemudian jadikan ia pendapatan mingguan sebelum anda berjaya membuat wang secara harian. Ia adalah perkara yang sukar tapi anda wajib lakukan langkah ini.

Anda perlu belajar ilmu pemasaran internet yang asas seperti pemasaran emel dan pemasaran blog. 2 ilmu yang asas ini akan membawa anda kepada cabang ilmu yang lain seperti pemasaran Facebook dan pemasaran Instagram. Anda juga harus tahu pemasaran affiliate kerana ia akan membantu anda membuat duit tanpa perlu ada produk sendiri.

Di sini anda akan mempunyai 2 jenis pendapatan iaitu pendapatan aktif – gaji bulanan dan wang bisnes sampingan, serta pendapatan pasif – komisyen affiliate. Simpan sebahagian pendapatan anda sehingga mencapai nilai 3 bulan gaji sebagai tabung kecemasan. Lebih baik lagi jika ia disimpan dalam bentuk emas kerana nilainya dapat dikekalkan untuk jangka masa yang panjang berbanding wang kertas.

 

2. Laburkan wang untuk promosi produk

Untuk mendapatkan pelanggan secara pantas, anda harus belajar pengiklanan berbayar seperti Facebook Ads dan Google Ads. Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri. Menurut pengalaman saya, Facebook Ads lebih mudah untuk mendapatkan prospek.

Semasa saya masih bekerja sebagai pensyarah, saya ada menjalankan bisnes sampingan. Saya gunakan Facebook Ads untuk mendapatkan pelanggan. Mereka yang berminat akan mendaftarkan nama dan emel dalam borang yang disediakan. Selepas itu mereka akan mendapat kod diskaun bagi membeli produk.

Saya galakkan anda gunakan Zero Cost Marketing dan kumpul data pelanggan sama ada emel atau nombor telefon. Dari situ anda boleh mula menjual kepada prospek yang benar-benar berminat sahaja.

 

3. Bersedia dari aspek mental dan fizikal

Sekiranya anda membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri, sudah pasti ada orang yang memberikan sokongan dan akan ada juga yang akan memberi kritikan. Sama ada ianya positif atau negatif, anda tidak boleh mengelak daripadanya. Kuatkan pendirian dan semangat anda supaya anda tidak termakan kata-kata mereka yang negatif.

Usah dilayan kepada semua tanggapan negatif yang dilemparkan pada anda kerana ia sekadar membuang masa dan tenaga. Jika anda memberikan respon, maka anda sudah bazirkan sebahagian masa yang sepatutnya ditumpukan kepada kerja anda. Biarkanlah mereka dengan kata-kata mereka, anda fokus sahaja pada kerja. Biarkan hasil kerja anda menjadi jawapan kepada soalan mereka.

14 thoughts on “3 Tips Berhenti Kerja Untuk Berniaga Sepenuh Masa”

  1. Dari segi fokus pula macam mana eh untuk kita jaga?

    Mungkin nanti time kerja ada terguna masa
    untuk buat bisnes online.

    Hehe, mungkin boleh tambah, kena ada wang simpanan yang banyak sebelum betul-betul nak berhenti kerja.
    Adzrif Sidek recently posted…Seringgit jeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.