3 tips bisnes informasi RM100 ribu setahun
Bisnes informasi biasanya berbentuk digital. Sama ada dalam bentuk softcopy PDF atau video, ianya amat mudah dihasilkan dan mudah dipasarkan. Modal untuk memulakan bisnes informasi bukanlah sebanyak modal bisnes lain dan mampu memberikan pulangan yang tinggi. 3 tips bisnes informasi RM100 ribu setahun ini berjaya saya capai bersama dengan rakan sejak tahun 2014 lagi.
Saya kongsikan pengalaman RM100,000 setahun kerana ia logik untuk dicapai. Jika saya mempunyai pasukan yang ramai, saya percaya jumlah tersebut boleh dicapai dalam masa yang lebih singkat. Tidak mustahil dari RM100,000 boleh ditingkatkan kepada RM1,000,000. Namun saya galakkan anda untuk mencapai angka RM10,000 dahulu sebelum mencapai sasaran yang lebih tinggi.
Ebook adalah medium bisnes informasi yang paling mudah untuk memberikan anda pendapatan dari 4 angka kepada 5 angka setahun. Ada 3 tips bisnes informasi RM100 ribu setahun dari ebook yang boleh saya kongsikan kepada anda.

1. Ebook dengan permintaan tinggi
Ebook sama seperti buku. Bezanya ia diterbitkan dalam format digital contohnya PDF. Ebook mestilah mempunyai permintaan yang tinggi. Sebagai contoh, saya dan pasukan dalam syarikat menulis ebook untuk Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Lebih 50,000 orang calon peperiksaan SPA memerlukan ebook ini sebagai persediaan.
Calon-calon peperiksaan akan mencari maklumat yang berkaitan dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di forum-forum, blog-blog kerjaya dan peribadi dan laman sesawang di enjin carian internet. Sebahagian yang lain akan mencari maklumat di kedai-kedai buku dan pasaraya, namun begitu bukan semua buku di pasaran dikemaskini dengan kerap berbanding ebook.
2. Testimoni pembeli ebook terdahulu
Ini adalah kaedah berkesan untuk membuat jualan ebook yang tinggi. Mana-mana bisnes turut menggunakan testimoni untuk menaikkan jualan. Biasanya testimoni diberi oleh pelanggan yang sudah berjaya mempraktikkan panduan yang dikongsikan dalam ebook. Bukti kejayaan yang dikirim oleh pelanggan merupakan faktor penting untuk membuat jualan sehingga RM100,000 setahun.
Mereka yang sudah pernah membeli dan lulus Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pasti akan memberi maklum balas dan testimoni tentang ebook tersebut. Ia boleh diletakkan dalam surat jualan sebagai pelaris bagi merancakkan lagi jualan ebook Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.
3. Siapa yang bakal beli ebook?
Pengeluar kereta Lexus tidak menjual kepada pengguna yang berpendapatan kecil. Ianya disasarkan kepada pengguna yang berpendapatan tinggi. Atau sekurang-kurangnya ditumpukan kepada orang yang sudah bekerja. Mempromosikan kereta kepada pelajar tidak akan menghasilkan jualan yang lumayan. Sama dengan bisnes informasi seperti ebook. Ia dijual pada mereka yang sudah bekerja.
Ebook Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 misalnya, disasarkan kepada graduan yang berkelulusan ijazah dan sudah bekerja. Selain itu, ebook tersebut diterbitkan khas untuk mereka yang dipanggil ke Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Ada banyak lagi ebook yang mendapat permintaan tinggi di pasaran, di antaranya ialah :
- Ebook Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
- Ebook Panduan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27
Sekiranya anda mampu mengenali sasaran calon-calon peperiksaan online SPA dengan terperinci, maka anda akan mendapat maklumat seperti seksyen peperiksaan, contoh soalan dan tarikh peperiksaan dari calon, maka lebih mudah untuk anda membantu mereka mendapatkan ebook rujukan. Secara tidak langsung anda akan dapat membuat jualan ebook dengan mudah.
Ebook di atas telah berjaya mengumpul jualan bersih melebihi RM100,000 pada tahun 2014. Anda boleh mencipta produk informasi seperti ebook untuk mula menjana sekurang-kurangnya RM10,000 sebagai permulaan. Dari situ barulah anda dapat merangka strategi untuk menjana sehingga RM100,000 setahun. Belajarlah menghasilkan pemasaran produk informasi menerusi teknik kumpul database yang paling berkesan.
tapi bila beli ebook banyak mengecewakan
setakat nieh saya cuma beli ebook 3 dari 7 yang ok…
Kalau kurang berpuas hati, minta refund dari penjual, lihat kalau ada jaminan pulangan wang 30 hari.
ramai nak kejar untung dari ebook..
tahu menulis sedikit dan proven result..belum tentu ada.
mrhanafi recently posted…Ayat Power Promosi Online Buat Duit
Tuan Ikhwan nanti boleh tak bagi tips bagaimana tuan berjaya hasilkan ebook pertama tuan yang berjaya di jual, dan apa stategi tuan untuk buat jualan ? 🙂
Junaidy Jaimi recently posted…10 Channel Telegram Tips Pemasaran Online Dari 10 Pakar
teringin nak belajar buat ebook yg dpt menarik perhatian customer..bgs jgk kalau boleh share tipsnya..
cik tom recently posted…Jubah Dinner Yang Muslimah dan Sopan
I’m reaaly want to make at least one ebook, but “banyak beli” dari buat “still none” . =,= . Thanks for the info ikhwan fahmi . Usefull source to look at 🙂 . Thumbs up ! ( Syamsid Blog )
syamsid dhuha recently posted…Anime Talk & Review : Kiseijuu – Sei No Kakuritsu / Parasyte – the maxim – / 寄生獣 セイの格率 (17+)
ebook sentiasa menjadi hot stuff 🙂
Uncle Zuan recently posted…Nenas MD-2, Manis dan Tidak Memedihkan Lidah
Produk informasi yang tuan jual memang bernilai.
Tak seperti produk informasi yang lain, boleh dikatakan ayat jualan je yang power.
Secara jujur seolah-olah, nilai wang yang dibeli adalah untuk membayar ayat jualan tersebut.
Helmi Onexox recently posted…TELCO ONEXOX BERKONGSI KEUNTUNGAN DENGAN DEALER DAN USER
Untung la..sekarang ada ebook mengenai Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.
At least tahu lah apa yang akan diuji dan perlu dibaca.
Saya cuma tahu tulis esei je masa exam 10 tahun yang lepas. Soalan objektif langsung out 🙁
10 tahun lepas tiada ebook sebegini.
Nurul recently posted…Warkah rindu dari Bonda
Betul, nak cari di kedai buku pun belum tentu jumpa.
meh ramai-ramai jual ebook beb.
titan recently posted…Komisen ke 66-82 dari Klikjer
Jual ebook niche kerjaya 🙂
Kos yg murah untuk dimulakan.. Hasilnya cukup lumayan kalau kena gayanya
Sani recently posted…Senarai Peserta Contest Review Lynk.my 2015
Yang penting ada agen affiliate yang ramai dan aggresif 🙂
Siapa yang berminat nak kerja dengan kerajaan pastinya tak lepaskan peluang nak dapatkan eBook ni…
Noriza Rahman recently posted…Jangan Biar Rokok Merosakkan Kesihatan Diri dan Keluarga
Infomasi yg sgt bermanfaat buat saya… manalah tau ada jalan menuju ke arah penulisan ebook pula nanti. Berkongsi ilmu sambil jana pendapatan yg baik, in shaa Allah.
T kasih atas perkongsian ini tuan… 🙂
selalu ebook buat duit mesti akan ada permintaan tinggi. satu lagi, ebook pasal kesihatan
semak saman recently posted…Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Online
Proses untuk hasilkan ebook tak sesukar mana 😀 untung yang boleh dihasilkan pun lumayan juga
sabree hussin recently posted…Buku panduan pemasaran online menerusi teknik Search Engine Optimization (SEO)
Betul, jika ditulis secara berkumpulan ia akan jadi lebih mudah dan cepat 🙂
Sekarang lagi kaw kaw dah tuan
mrhanafi recently posted…3 Cara Buat Suami Isteri Jadi Rindu
panduan peperiksaan ni mmg sentiasa laris
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Filem Titanic