3 tips mulakan bisnes printing dengan mudah
Bisnes percetakan atau bisnes printing amat popular untuk dijadikan sumber pendapatan utama atau sumber pendapatan sampingan. Untuk memulakan bisnes printing, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Cukup sekadar ilmu pengetahuan asas bisnes printing sebagai permulaan. 3 tips mulakan bisnes printing dengan mudah ini boleh membantu anda menjalankan bisnes printing dengan baik.

1. Mulakan bisnes printing dengan syarikat berdaftar
Sebelum anda mengambil langkah untuk menjalankan bisnes printing, tubuhkan syarikat anda sendiri terlebih dahulu. Dengan memiliki syarikat sendiri, banyak kelebihan dan kesulitan yang boleh anda elakkan nanti. Daftarkan syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Elakkan daripada didenda kerana menjalankan bisnes yang tidak berdaftar dengan SSM.
Dengan mendaftarkan syarikat di SSM, anda boleh mengelakkan dari disaman, melindungi nama syarikat dari diambil orang lain dan yang paling penting ialah mendapatkan kepercayaan dari pelanggan. Syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kewangan juga boleh memudahkan anda berurusan untuk mendapatkan kontrak dengan badan-badan kerajaan.
2. Gunakan kos pemasaran yang rendah
Kos pemasaran yang rendah sentiasa menjadi pilihan sebahagian usahawan. Anda boleh gunakan laman sosial Facebook untuk menghasilkan Fan Page atau Facebook Page. Anda boleh gunakan Fan Page tersebut sebagai kedai online untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan dan pelanggan anda. Cara-cara untuk menghasilkan Fan Page ini tidaklah sesukar mana. Anda boleh siapkan dalam masa 5 minit sahaja.
Pertama sekali anda haruslah mempunyai akaun di Facebook. Anda boleh lihat logo gear di sebelah atas kanan akaun Facebook anda. Klik pada Create Page dan pilih kategori yang sesuai dengan bisnes anda. Masukkan maklumat berkaitan Fan Page anda dan terus terbitkan dengan segera. Lebih cepat Fan Page anda dihasilkan, lebih cepat proses bisnes printing anda.
Mengapa perlu gunakan Facebook sebagai medium pemasaran? Ramai pengguna internet lepak di sini. Sambil bersosial, ada sebahagian daripada mereka membuat promosi produk atau bisnes masing-masing. Dari situ anda boleh tapis senarai rakan-rakan anda yang berminat dengan bisnes printing anda. Sedikit-sebanyak ia akan membantu anda menjimatkan kos pemasaran yang perlu dikeluarkan.
3. Belajar bisnes printing dari rumah
Ini bahagian yang paling penting. Jika anda mempunya pengetahuan berkaitan tentang proses printing, ia adalah satu kelebihan buat anda. Lebih baik lagi jika anda boleh menjadikan pegetahuan tersebut sebagai sumber pendapatan anda. Baik secara sepenuh masa atau separuh masa, bisnes printing boleh memberikan pendapatan yang lumayan. Letakkan target sebulan RM1,000 sebagai permulaan.
Anda wajar kembangkan bisnes printing anda ke tahap yang lebih baik. Jadi mulai hari ini, anda perlu belajar mulakan bisnes printing secara formal dari mereka yang sudah berpengalaman dan terbukti berjaya. Terus dapatkan panduan Rahsia Bisnes Printing sekarang juga. Ada bonus istimewa jika anda tempah hari ini.
4 Comments
JMR
minat gak dengan bisnes printing ni. Cuma nak kena kreatif gak kan..nak run bisnes memang byk perlu dipertimbangkan
Lokman Hakim
Nice sharing tuan..mmng bleh buat duit dgn bisnes printing..
ahmadyani
Cantik theme baru tuan. Bisnes sekarang memang mudah kerana boleh dibuat dari rumah. Tidak perlu bergelut dengan sewa premis yang tinggi.
ahmadyani recently posted…Panduan Percuma Cara Buat Roti Goreng… Hanya Dalam Masa Terhad!
Anuar
Betul… Setuju… Nak mulakan bisnes printing tidak memerlukan modal yang besar…. Boleh mulakan bisnes printing kecil-kecilan dengan menggunakan printer yang murah…. Harga printer sekitar RM200, boleh menghasilkan jualan sehingga RM10,000 sebulan….
Tapi kena kreatiflah…
Anuar recently posted…Cabaran Affiliate Pay Per Lead (PPL) RM1