3 tips mulakan bisnes tudung dengan mudah
Setiap hari akan sentiasa ada isu kenaikan kos sara hidup dan harga barang. Baik mereka yang kerja kerajaan, kerja swasta dan suri rumah sekali pun pasti akan terkesan dengan perkara ini. Oleh itu, paip pendapatan yang sedia ada belum pasti cukup. Sudah dicampur dengan gaji suami dan isteri juga masih tak dapat nak tampung kos sara hidup seharian.
Perbelanjaan akan meningkat dengan mendadak sebaik sahaja musim perayaan tiba. Maklumlah banyak barang keperluan yang nak dibeli. Jadi apakah tindakan anda untuk menambah pendapatan menjelang perayaan? Anda boleh mulakan bisnes dari rumah, contohnya menjual tudung. Persoalannya boleh untung ke kalau jual tudung?
Hari ini ramai orang berniaga dari rumah menerusi internet. Ada yang jual di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan portal jualan seperti Mudah.my dan Shopee. Banyak masa dan kos yang boleh dijimatkan bila membeli secara online. Tak perlu fikir nak parkir kereta atau pakai baju lawa-lawa untuk keluar rumah.
Berbalik kepada bisnes jual tudung, ia semestinya dipromosikan kepada pelanggan wanita. Buka sahaja carian di Google, Facebook dan Instagram akan muncul pelbagai jenis tudung. Seorang wanita akan sentiasa membeli tudung walau pun sudah ada berpuluh-puluh helai tudung di rumah.
Saingan dalam bisnes tudung sudah pasti wujud, tetapi percayalah anda tetap berpeluang untuk membuat keuntungan dengannya kerana wanita tidak akan pernah berhenti membeli tudung. Maklumlah, setiap tudung hanya akan secocok apabila dipadankan dengan baju tertentu. Secara asasnya, ada 3 tips mulakan bisnes tudung dengan mudah.
1. Mulakan bisnes tudung dengan sepenuh hati.
Kalau tak minat, apa-apa perkara pun tak boleh berjalan dengan mudah. Dengan keazaman dan minat yang mendalam barulah anda boleh mulakan bisnes tudung sehingga berjaya. Selain itu, anda perlu rancang bagaimana nak menghasilkan tudung yang hendak dijual.
Mungkin anda boleh borong tudung yang ada di pasaran dan jual semula. Atau beli kain tudung dan jahit mengikut ukuran yang dikehendaki. Namun itu semua agak lambat dan berisiko untuk dilakukan.
Apa yang anda boleh buat ialah jual tudung secara dropship, cari pembekal tudung dahulu, kemudian pilih tudung yang hendak dijual. Bila ada tempahan, ambil bayaran dan minta pembekal poskan pada pelanggan. Cara ini lebih menjimatkan kos dan tak perlu tanggung kerugian jika tudung tak terjual.
2. Teknik iklankan tudung dengan berkesan.
Anda boleh iklankan tudung yang dijual menerusi beberapa platform yang popular iaitu Facebook, Instagram dan blog. Jika dahulu anda menggunakan Facebook dan Instagram untuk sekadar suka-suka, apa kata kali ini anda gunakan ia sebagai platform untuk menjana pendapatan.
3. Senaraikan bisnes tudung yang popular di pasaran.
Cari beberapa contoh bisnes tudung yang sudah berkembang dan mendapat pelanggan yang ramai serta jualan yang laris. Lihat bagaimana mereka membuat pemasaran, promosi dan menjual. Perkara yang paling penting di sini ialah bagaimana mereka membuat jualan tudung kepada pelanggan yang baru dan pelanggan sedia ada.
Dari kajian bisnes tudung orang lain, anda boleh belajar bagaimana nak menjual tudung dengan berkesan. Kemudian anda boleh gunakan strategi tersebut untuk diaplikasikan pada bisnes tudung anda. Untuk memulakan bisnes tudung, anda tak perlu habiskan wang yang banyak bagi menyewa premis, sebab ia boleh dimulakan dari rumah sahaja.

Belajar untuk menjual kepada keluarga dan rakan-rakan sebagai permulaan. Ada kisah seorang pelajar memulakan bisnes tudung semasa di universiti lagi. Dari pendapatan 3 angka, beliau berjaya membuat jualan sehingga 4 angka sebulan. Permintaan terhadap jualan tudung semakin meningkat menjelang bulan Ramadan. Siapa sangka, beliau boleh buat jualan yang lumayan dengan hanya menjual tudung.
Jika anda nak belajar buat duit dengan tudung, terus dapatkan panduan jana RM15,000 sebulan dengan bisnes tudung.
Dulu2 sebenarnya ada juga angan2 mat jenin hendak cuba bisnes tudung tapi sampai ke sudah belum terlaksana.hehe..insyaallah manatahu suatu hari kan. Bolehlah ikut 3 tips ni..
Farizah Hamid recently posted…Mengapa Kalsium Perlu Diambil Dengan Mencukupi
point pertama sangat penting..
buat bisnes dengan sepenuh hati..
jika tak buat sepenuh hati..
boleh jadi akan berhenti separuh jalan
mrhanafi recently posted…Apa Yang Awek Nak Daripada Seorang Lelaki ?