Kewangan

3 Tips Sediakan Wang Persaraan Di Usia Muda

3 tips sediakan wang persaraan di usia muda

Di usia muda, tenaga dan kesihatan anda masih berada dalam keadaan yang sangat baik, jadi ada 3 tips sediakan wang persaraan di usia muda yang anda boleh usahakan. Inilah masanya untuk berusaha membuat simpanan untuk hari tua. Biar pun belum tentu anda dapat menikmatinya, ikhtiar adalah sesuatu yang wajib dilakukan.

Usah terlalu berharap dengan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dengan kadar inflasi yang naik setiap tahun, harga barang dan kos sara hidup semakin hari semakin meningkat.

Berikut ialah contoh kiraan gaji kerja anda bermula pada usia 25 tahun. Gaji pada bulan pertama ialah RM2,500 dengan kenaikan 5% setahun. Bersara pada usia 55 tahun. Dengan anggaran tabung persaraan anda 5% setahun, anda boleh dapat RM889,000. Dengan kadar inflasi 3% setahun, wang anda hanyalah bernilai RM361,000 sahaja.

 

3 tips sediakan wang persaraan di usia muda

 

Jika anda berbelanja RM2,500 sebulan, wang RM361,000 hanya mampu bertahan selama 144 bulan atau 12 tahun sahaja. Jika anda berbelanja lebih, beli kereta mewah, ubah suai rumah dan kenduri kahwin anak besar-besaran mungkin lebih cepat wang anda habis. Oleh itu, anda perlu rancang beberapa perkara untuk memastikan wang pencen anda boleh bertahan lama.

 

3 tips sediakan wang persaraan di usia muda

 

1. Cari kerja dengan gaji yang lumayan. Cari kerja yang memberikan bayaran gaji atau komisyen lumayan. Lebih tinggi gaji anda, lebih banyak yang anda boleh simpan. Kekalkan gaya hidup di bawah kemampuan untuk memanjangkan hayat simpanan anda.

Jika anda kerja dengan gaji RM4,000 usahlah anda berbelanja dengan semua gaji tersebut. Sebaliknya gunakanlah sekadar RM2,500 sahaja. Bakinya anda boleh simpan atau laburkan di tempat lain.

2. Cipta tabung persaraan sendiri. Ada banyak pelan persaraan untuk anda pelbagaikan pelaburan contohnya Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASBF), hartanah, unit amanah, amanah saham dan menjalankan bisnes.

Bisnes ada banyak niche untuk diterokai, di antaranya ialah niche produk tempatan atau niche produk antarabangsa seperti buat duit dengan Shopee.

3. Maksimumkan akaun 1 KWSP anda. Laburkan ke dalam unit amanah untuk pulangan yang tinggi. Setiap pelaburan pasti ada risiko dan kerugian. Pastikan anda sudah mengkaji setiap syarikat yang ingin dilaburkan. Tidak semestinya labur hari ini terus untung dikeesokannya. Anda perlu tunggu tempoh pelaburan anda matang barulah boleh nikmati hasilnya.

7 thoughts on “3 Tips Sediakan Wang Persaraan Di Usia Muda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.