4 cabaran utama berniaga di Shopee

Berniaga di Shopee tak semudah yang disangka, ada 4 cabaran utama berniaga di Shopee yang perlu diperhatikan kalau nak terus konsisten buat duit di platform ini. Kalau ada kebaikan, pasti ada kekurangan berniaga di Shopee. Bagi yang sudah berniaga, mereka pasti tahu asam garam buat duit di Shopee. Bagi yang baru nak mula, anda perlu ambil tahu.

Bila anda sudah tahu perkara ini, usah terus berhenti buat duit di Shopee, cuma anda tidak seharusnya bergantung untuk berniaga di Shopee semata-mata. Maklumlah Shopee kita bukan ada share dengan Shopee. Sekadar menumpang di Shopee untuk mencari keuntungan.

 

4 cabaran utama berniaga di shopee

Untuk mula berniaga, dapatkan nasihat dan panduan yang betul dari mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan.

 

1. Banyak pesaing di Shopee

Bila berniaga di Shopee, pesaing bukan hanya ada di Malaysia, malah ada dari banyak negara termasuklah pembekal dari China. Bila pembekal mula jual barang online, sudah pasti mereka akan meletakkan harga yang lebih rendah.

Jika anda nak buat dropship, sebahagian besar barang pasti sudah ramai seller Shoppe yang jual. Untung pasti tak banyak. Kalau nak, kena jual dengan kuantiti yang tinggi. Barulah untung yang anda dapat itu berbaloi. Untung kalau sikit, macam mana nak buat iklan lagi di Shopee?

Memang masih ada produk yang boleh dijual secara dropship dengan untung yang tinggi. Cuma anda kena rajin buat kajian yang menyeluruh. Masih ada produk yang pembekal masih belum jual di Shopee.

 

2. Penghantaran pantas oleh pembekal China

Dulu kalau anda beli barang dari China, nak sampai ke Malaysia pun ambil masa 2 hingga 3 minggu. Sekarang, 9 hari saja pun boleh dapat. Jadi, ini akan membuatkan lebih ramai pelanggan membeli terus dari pembekal China.

Sesetengah pelanggan tak kisah lambat sehari dua, asalkan dapat barang lagi murah. Kadang-kadang, anda tawarkan penghantaran 3 hari pun sukar untuk bersaing dengan pembekal China.

 

3. Shopee akan tahan bayaran dahulu

Ya, Shopee akan pastikan barang yang dipesan pelanggan sampai dahulu, baru mereka akan pindahkan wang kepada penjual. Untuk mereka yang baru nak mula berniaga di Shopee, anda kena keluarkan wang dahulu untuk berniaga.

Bagi anda yang membeli secara borong, anda perlukan masa untuk dapat semula modal. Beli stok barang guna kargo pun makan masa 3 minggu, duit pula kena tahan.

 

4. Perlu jaga rating sebagai seller Shopee

Berniaga di Shopee, guna platform yang dikawal oleh tuan rumah. Bila masuk rumah orang, kena ikut peraturan tuan rumah. Bila anda buat duit di Shopee, kena jaga prestasi dengan baik. Balas mesej kena pantas, pos kena pantas dan pastikan produk sampai ke tangan pelanggan dengan baik.

Kalau tidak, anda akan didenda dan akaun Shopee anda akan dibatalkan. Sebab itu ada seller Shopee minta anda bagi maklum balas dengan 5 bintang, sebab mereka nak jaga penarafan atau rating di Shopee. Bila ada seller yang menipu, hantar barang lewat atau rosak, Shopee akan tutup terus akaun mereka.

Nampaknya, bukan senang nak buat duit di Shopee. Ada 4 cabaran yang menanti anda. Tapi, bila anda sudah baca artikel ini, usah rasa putus asa untuk berniaga di Shopee. Anda harus bersedia untuk berdepan dengan perkara ini. Oleh itu, anda perlukan panduan bisnes Shopee yang betul-betul berguna untuk bermula.

Anda boleh usahakan untuk jual barang yang sukar dicari, hadiah percuma atau sesuatu yang amat berbeza dengan tawaran penjual yang lain. Usah sekadar letak barang dan jual, anda perlukan strategi yang berkesan untuk berniaga di Shopee.

 

–>> klik sini untuk dapatkan panduan bisnes Shopee <<–