4 Cara Buat Duit Dengan Hartanah

Aug 01

4 cara buat duit dengan hartanah

Ada banyak teknik untuk buat duit dengan hartanah. Ia telah banyak dikongsikan dalam banyak laman di internet dan dipraktikkan oleh ramai orang. 4 cara buat duit dengan hartanah ini boleh dipelajari dengan mudah berpandukan kepada rumusan yang ditulis dalam senarai di bawah. Hasil yang bakal anda perolehi mungkin sedikit berbeza dengan apa yang dicatatkan.

 

1. Markup loan

Katakan anda hendak beli rumah dengan harga RM120,000. Anda berjaya berunding dengan pemilik rumah untuk dikurangkan kepada RM100,000. Penjimatan RM20,000 boleh digunakan untuk banyak perkara. Bila buat pinjaman dengan bank, mohon jumlah RM120,000. Dengan kelulusan 90%, anda boleh dapat RM108,000. Bayar kepada pemilik rumah RM100,000 dan baki 8,000 anda simpan.

Perlu diingat, anda sebahagian bank yang sudi berikan pinjaman lebih. Seperkara lagi, cari peguam yang boleh bantu anda untuk proses markup loan. Perkara yang paling penting ialah anda perlukan kerjasama dari pemilik rumah tersebut. Anda dapat wang tunai dengan caj pinjaman perumahan yang jauh lebih rendah dari caj pinjaman peribadi atau kad kredit.

 

2. Refinance

Sekian lama membeli rumah, nilainya akan naik setiap tahun sekurang-kurangnya 30%. Anda boleh mohon untuk pembiayaan semula atau refinancing rumah anda. Pinjaman anda akan bertambah dengan nilai semasa rumah anda. Jika bayaran bulanan rumah anda ialah RM600, biaya semula sehingga RM900 sebulan.

Lebihan RM300 boleh digunakan untuk banyak perkara termasuklah jadikan deposit untuk membeli rumah lain. Pastikan tempoh pinjaman tidak dipanjangkan. Jika 30 tahun, maka biarkanlah 30 tahun sahaja. Teknik ini hanya boleh dilakukan kepada rumah yang disewakan sahaja.

Jika rumah yang anda miliki bernilai RM180,000 semasa mula-mula dijual, selepas itu naik sehingga RM340,000 maka RM160,000 adalah untuk atas kertas sahaja. Buat pembiayaan semula supaya nilai RM160,000 boleh digunakan untuk mendapatkan rumah lain.

 

3. Sublet

Anda cari rumah orang lain untuk disewakan semula. Tawarkan pada pemiliknya untuk bayar sewa 6 bulan atau setahun terus. Sebaik-baiknya minta diskaun atau rebet. Kemudiakan sewakan semula kepada orang lain mengikut harga pasaran.

Perkara yang penting di sini ialah anda perlu beritahu kepada pemilik rumah untuk disewakan semula. Keluarkan sedikit modal untuk menghias rumah tersebut. Kerja anda seterusnya ialah cari penyewa sahaja.

 

4. Lease option

Kaedah ini perlu dibincangkan bersama dengan pemilik rumah. Sebagai contoh, anda sewa rumah di kawasan Kajang. Dalam masa 3 tahun, pemilik rumah beri anda pilihan sama ada nak sewa atau beli rumah tersebut. Selepas 3 tahun, anda tidak mahu beli rumah tersebut. Pemilik rumah pun tidak memaksa anda untuk beli.

Nampak seperti berat sebelah dan tidak menguntungkan pemilik rumah. Namun lihat semula kelebihan yang diterima oleh pemilik. Beliau boleh menjual rumah dengan harga pasaran. Harga rumah perlu ditetapkan awal-awal lagi. Pemilik juga tidak perlu risau tentang bayaran ansuran bulanan kerana dalam masa 3 tahun ianya sudah diselesaikan oleh penyewa.

Bagi penyewa, anda boleh menjalankan aktiviti jual beli rumah tanpa menggunakan nama anda pada pinjaman bank atau geran rumah. Caranya ialah, cari pemilik rumah yang mahu menjual rumah mereka yang risau tidak dapat harga jualan penuh. Tawarkan pada mereka untuk beli rumah tetapi mohon lease option 3 tahun dengan kadar sewa yang tetap. Tawarkan pendahuluan 3% hingga 5% mengikut harga rumah.

Sekiranya pemilik bersetuju, anda sudah ada aset yang boleh dijual semula dalam masa 3 tahun. Sementara menunggu harga rumah meningkat, anda boleh mulakan proses mencari pembeli untuk mendapatkan harga yang dipersetujui dan membeli rumah tersebut dari pemilik. Selesai beli, terus jual dengan harga semasa.

Jika anda mahu belajar kaedah sewa rumah untuk disewakan semula pada orang lain, rujuk panduan Rahsia Buat Duit Dengan Rumah Sublet.

 

4 cara buat duit dengan hartanah

Laburkan wang pada ilmu hartanah sebelum anda membuat keputusan untuk melabur dalam hartanah.

468 ad

3 comments

  1. Alhamdulillah…. Ada banyak cara buat duit melalui Pelaburan Hartanah…. Setakat ini saya cuma ada pengalaman buat Homestay sahaja…
    Doakan Homestay saya yang seterusnya dapat menjadi kenyataan…
    Anuar recently posted…Alhamdulillah… Rezeki Blogger Semakin Bertambah, Bila Usahawan Internet (IM) Sibuk Buat Sales di Pasaran AntarabangsaMy Profile

  2. Perkongsian yg menarik dan sangat mantap…

  3. Byk boleh jana income dengan hartanah ni rupanyer….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge