Uber

4 Kekurangan Grabshare Yang Patut Anda Tahu

4 kekurangan Grabshare yang patut anda tahu

GrabShare yang diperkenalkan oleh Grabcar memerlukan anda berkongsi kereta dengan orang lain. Pemandu Grabcar akan mengambil penumpang demi penumpang dalam perjalanan sehala. Ia bukannya 4 orang penumpang naik sekaligus. Ada 4 kekurangan Grabshare yang patut anda tahu.

 

Perjalanan berpusing-pusing

Katakan anda tempah Grabshare dari Ampang ke Sri Gombak. Tambang normal RM24, tapi dengan Grabshare cuma RM17. Paling ramai anda boleh naik 2 orang sahaja sebab pemandu Grabcar akan ambil lagi 2 orang sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan, pemandu akan ambil seorang penumpang di Ukay Perdana menuju ke Melawati. Pemandu akan hantar mereka ke Melawati dan bergerak semula ke Sri Gombak. Anda takkan tahu dengan siapa anda naik kereta.

 

Kongsi bau satu kereta

Masalah yang bakal melanda ialah bau yang datang dari penumpang. Jika yang naik itu berpeluh-peluh sampai berbau, pasti satu kereta akan terhidu. Selain itu, ada penumpang yang tak tepati masa, jadi anda kena tunggu dia masuk kereta dengan terhegeh-hegeh.

 

4 kekurangan grabshare yang patut anda tahu
Bagaimana rasanya duduk bersama dengan mereka yang berbau tengik dalam satu kereta?

 

Tolong bayar tol sekali

Jika penumpang lain lalu di lebuh raya, kadar tol akan dicaj pada penumpang yang naik bersama-sama. Biasanya anda guna laluan yang tiada tol, tetapi dengan Grabshare anda terpaksa bayarkan tol dengan penumpang yang lain. Tol yang anda bakal tanggung ialah tol pertama dan separuh untuk tol yang kedua.

Bila anda mahu pergi kerja dan terfikir untuk cepat, Grabshare bukanlah pilihan yang tepat. Anda mahu sampai ke tempat kerja dengan pantas, tapi bila naik Grabshare, penumpang yang seterusnya berada di kawasan yang memerlukan pemandu menempuh kesesakan jalan raya. Lepas dia naik, pemandu kena lalu kawasan sesak itu semula.

 

Lambat sampai ke destinasi

Penyudahnya, anda sampai lambat ke tempat kerja. Kad kehadiran pun merah hari tersebut. nak buat macam mana, sudah terpilih Grabshare. Naik dengan Uber kan senang. Pemandu akan bawa anda seorang terus ke tempat kerja. Tak perlu nak fikir bau tengik, jalan sesak dan tol tambahan yang terpaksa anda bayar untuk penumpang lain.

1 thought on “4 Kekurangan Grabshare Yang Patut Anda Tahu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.