4 kerja dengan pendapatan lumayan
Kerja sampingan atau kerja sambilan boleh membantu anda menambah pendapatan. Ia boleh mengelakkan anda daripada terlalu bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Ada kerja sampingan yang dibuat sekadar cuba-cuba, tetapi lama-kelamaan ia menjadi punca pendapatan yang utama. Ada 4 kerja dengan pendapatan lumayan untuk rujukan anda.
Menurut Hasrullah Azrulkan, ada beberapa kerja masa kini yang boleh membantu anda mendapatkan pendapatan yang lumayan. Kerja ini wujud hasil dari perkembangan teknologi yang berlaku dalam masa yang singkat.
1. Pemandu Uber dan Grab. Menjadi Uber Driver bukan bermaksud memandu teksi sapu, tapi sebagai pemandu peribadi. Pemandu Uber yang memandu secara sambilan boleh dapat komisyen RM700 hingga RM1,500 seminggu.
Bagi yang memandu sepenuh masa, ada yang mendapat komisyen RM2,000 hingga RM10,000 bergantung kepada cara, kawasan dan waktu memandu. Untuk menjana pendapatan dengan Uber, anda boleh daftar secara percuma menerusi link di bawah :
[+] http://bit.ly/RegisterUberDriver
2. Content Creator. Kerja ini mempunyai banyak pecahan seperti Facebook Content Creator, Instagram Content Creator, Blog Content Creator dan Youtube Content Creator. Bagi pendapatan Content Creator yang lumayan ialah dari Youtube. Pewdiepie seorang Youtuber menjana pendapatan RM64,38,650.00 setahun dengannya.
Pendapatan dari Youtube terletak kepada berapa banyak tontonan pada video yang dimuat naik. Pendapatan dari Youtube bermula dengan RM400 hingga RM3,000 sebulan. Lebih banyak tontonan lebih banyak pendapatan.
3. Usahawan internet. Mereka menjalankan aktiviti jual beli produk atau servis menggunakan platform internet yang terdiri dari laman sesawang, laman sosial dan sebagainya. Menerusi program seperti affiliate dan dropship, pendapatan mereka mencecah RM2,000 hingga RM5,000 sebulan.
Ada syarikat tertentu yang menggajikan usahawan internet atau internet marketers untuk membantu mereka meningkatkan jualan produk. Kadar gaji yang ditawarkan boleh mencecah sehingga RM10,000 sebulan termasuk komisyen.
4. Pengulas iklan berbayar. Mereka yang popular menggunakan kelebihan peminat yang ramai untuk menghasilkan video iklan produk atau servis. Sebagai contoh, Khairi Afif pengasas Like Method menggunakan kelebihan pengikut Facebook mereka untuk membuat servis iklan di status mereka.
Caj yang dikenakan adalah RM5,000 untuk pakej iklan di statusnya selama 7 hari. Jika buat sesi FB Live bersama beliau, caj yang dikenakan ialah RM10,000 dan kekal selama seminggu di status beliau.
Mereka yang mempunyai pengikut yang ramai di Instagram turut menjalankan servis yang sama. Kadar caj yang dikenakan adalah dari RM700 untuk satu iklan. Tidak hairan jika mereka mampu menjana pendapatan RM5,000 dengan pantas. Itu belum masuk komisyen yang mereka terima untuk setiap produk yang terjual.
Jika diteliti, 4 kerja dengan pendapatan lumayan ini masih baru dan berpotensi untuk dijadikan kerjaya sampingan atau sepenuh masa. Tak ramai yang tahu tentang 4 kerja ini bila ditanya. Yang memandang rendah pun mungkin ada. Apa pun pandangan orang ramai, perkara yang paling utama ialah keberkatan dalam mencari rezeki.
perlukan kerajinan dan kepakaran, sebelum nak dapatkan income lumayan nih. Apapun, setiap kerja ada cabaran , jadi kena berani kalau nak pendapatan lumayan
Dila recently posted…6 Tin Minuman Ringan Setiap Hari, Umur 21 Tahun Dah Kena Diabetes
Pew die pie tu youtuber no 1 dengan langganan paling banyak
memang patut dapat banayak
lagipun dapat dalam usd kan
Mama Hakim recently posted…No Telefon Penting Di Klang. Wajib Simpan Untuk Kecemasan!
perkongsian menarik. terima kasih atas perkongsian ini. no 1 tu uber dan grab tu ikut kerajinan juga. kalau malas kerja lah apa pun tetap tak jadi
MOHDHAFiZ.TK recently posted…Servis Akaun Google AdSense Non Hosted Malaysia
Terbaik perkongsian ni. Betul tu. Banyak cara nak buat duit ni, yang penting ilmu
setakat ni saya buat yang no 2 je dulu..alhamdulillah..walaupun tak banyak tapi ada la juga hasilnye 🙂
thehaikal recently posted…Apa dah jadi dengan Lynk.my?
hari baru, trend cari duit pun baru.. keypoint, kena rajin dan kretip..
Kena pandai rebut peluang
tak ada benda yang senang
youtube tu kalau pandai pakai, lebat duit
Mazni Azmi recently posted…Vivix Shaklee Untuk Darah Tinggi. Kawal Tekanan & Elak Stroke Sekarang!
semua pekrjaan diatas memang menjanjikan contoh anda dan tuan amir sendiri begitu hebat dalam dunia affiliasi
jalan jalan recently posted…Nasi Bubur Bayi dan Susu
penulis konten lumayan besar penghasilan tiap bulanya
Menjana pendapatan melalui Uber adalah antara pilihan utama warga kota…
Haidar recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Coshare – Kuwait Finance House ‘Pra Kelulusan Tanpa Pengesahan Majikan’ Hanya 48 Jam Sahaja
Terbaik info bro…
blogger tak dapat gaji lumayan jika tak tahu strategi menjana duit..
admin mungkin tahu..
sila la share siki-skit//
5 % menjadi dah sangat bagus
mrhanafi recently posted…TEDxKenyalang 2017 Kembali Dengan Tema Be The Best
Ya, jadi blogger mungkin tak ada gaji, tapi ada komisyen 🙂
Dasyat eyh ..
Bila lah ya ..
Asyraf Asri recently posted…Nak Jadi Crew Penerbangan ? Ini Lubuknya.
Wah, memang buat duit betul yang review produk di instagram.
Noriza Rahman recently posted…Mak Orang pun Boleh nak Dapat Kulit Cantik Berseri Tau!
Jika satu review RM300, 10 kali sudah dapat RM3,000.