Bisnes

4 Kerja Dengan Pendapatan Lumayan

4 kerja dengan pendapatan lumayan

Kerja sampingan atau kerja sambilan boleh membantu anda menambah pendapatan. Ia boleh mengelakkan anda daripada terlalu bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Ada kerja sampingan yang dibuat sekadar cuba-cuba, tetapi lama-kelamaan ia menjadi punca pendapatan yang utama. Ada 4 kerja dengan pendapatan lumayan untuk rujukan anda.

Menurut Hasrullah Azrulkan, ada beberapa kerja masa kini yang boleh membantu anda mendapatkan pendapatan yang lumayan. Kerja ini wujud hasil dari perkembangan teknologi yang berlaku dalam masa yang singkat.

 

Kerja yang lumayan pasti ada pengorbanan yang harus dilakukan.

 

1. Pemandu Uber dan Grab. Menjadi Uber Driver bukan bermaksud memandu teksi sapu, tapi sebagai pemandu peribadi. Pemandu Uber yang memandu secara sambilan boleh dapat komisyen RM700 hingga RM1,500 seminggu.

Bagi yang memandu sepenuh masa, ada yang mendapat komisyen RM2,000 hingga RM10,000 bergantung kepada cara, kawasan dan waktu memandu.

2. Content Creator. Kerja ini mempunyai banyak pecahan seperti Facebook Content Creator, Instagram Content Creator, Blog Content Creator dan Youtube Content Creator. Bagi pendapatan Content Creator yang lumayan ialah dari Youtube. Pewdiepie seorang Youtuber menjana pendapatan RM64,38,650.00 setahun dengannya.

Pendapatan dari Youtube terletak kepada berapa banyak tontonan pada video yang dimuat naik. Pendapatan dari Youtube bermula dengan RM400 hingga RM3,000 sebulan. Lebih banyak tontonan lebih banyak pendapatan.

3. Usahawan internet. Mereka menjalankan aktiviti jual beli produk atau servis menggunakan platform internet yang terdiri dari laman sesawang, laman sosial dan sebagainya. Menerusi program seperti affiliate dan dropship, pendapatan mereka mencecah RM2,000 hingga RM5,000 sebulan.

Ada syarikat tertentu yang menggajikan usahawan internet atau internet marketers untuk membantu mereka meningkatkan jualan produk. Kadar gaji yang ditawarkan boleh mencecah sehingga RM10,000 sebulan termasuk komisyen.

4. Pengulas iklan berbayar. Mereka yang popular menggunakan kelebihan peminat yang ramai untuk menghasilkan video iklan produk atau servis. Sebagai contoh, Khairi Afif pengasas Like Method menggunakan kelebihan pengikut Facebook mereka untuk membuat servis iklan di status mereka.

Caj yang dikenakan adalah RM5,000 untuk pakej iklan di statusnya selama 7 hari. Jika buat sesi FB Live bersama beliau, caj yang dikenakan ialah RM10,000 dan kekal selama seminggu di status beliau.

Mereka yang mempunyai pengikut yang ramai di Instagram turut menjalankan servis yang sama. Kadar caj yang dikenakan adalah dari RM700 untuk satu iklan. Tidak hairan jika mereka mampu menjana pendapatan RM5,000 dengan pantas. Itu belum masuk komisyen yang mereka terima untuk setiap produk yang terjual.

 

Jika diteliti, 4 kerja dengan pendapatan lumayan ini masih baru dan berpotensi untuk dijadikan kerjaya sampingan atau sepenuh masa. Tak ramai yang tahu tentang 4 kerja ini bila ditanya. Yang memandang rendah pun mungkin ada. Apa pun pandangan orang ramai, perkara yang paling utama ialah keberkatan dalam mencari rezeki.

Jika anda baru nak mula berniaga atau buat dropship, sila rujuk panduan di bawah :

–>> dapatkan panduan bisnes dropship di sini <<–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *