4 kesilapan bisnes yang sering dilakukan
Dalam berniaga, sudah pasti ada beberapa kesilapan yang seing dilakukan sama ada secara sedar atau pun tidak. Kesilapan tersebut boleh memberi kesan yang besar pada bisnes yang anda jalankan. Sepatutnya anda boleh menjana sehingga RM1 juta atau sekurang-kurangnya untung bersih bulanan sebanyak 6 angka, namun kerana 4 kesilapan bisnes yang sering dilakukan ini menyebabkan anda gagal.

1. Tiada matlamat bisnes yang jelas
Apa sebab anda menjalankan bisnes? Nak untung? Atau nak jadi kaya? Kebebasan kewangan? Setiap bisnes pasti diwujudkan untuk mencapai sesuatu perkara. Oleh itu anda sebagai seorang usahawan haruslah menyenaraikan matlamat yang hendak dicapai dalam bisnes. Gunakan kata kunci impian, perkembangan dan sumbangan yang anda hendak capai dalam berbisnes.
Contoh paling mudah, anda mahu menjalankan bisnes dengan tujuan untuk kebebasan kewangan. Kemudian anda ambil beberapa orang pekerja untuk mengurangkan kadar pengangguran. Anda juga dapat memberi manfaat kepada orang lain menerusi bisnes yang anda jalankan. Dengan bisnes anda, kebebasan kewangan yang dicita-citakan tercapai dengan membantu orang lain.
2. Tidak skalakan bisnes yang dibuat
Bisnes yang diskalakan mempunyai ciri-ciri seperti nisbah. Contoh yang paling mudah ialah seorang pekerja dobi boleh membasuh 5 keping karpet dalam masa sehari. Tetapi jika seorang pekerja dobi tersebut menggunakan mesin penggosok, mungkin beliau boleh membasuh sehingga 15 keping karpet dengan berkesan.
Dalam bisnes anda harus berani untuk mengeluarkan modal bagi memaksimakan keuntungan yang diperolehi. Ianya akan digunakan untuk menggerakkan perjalanan bisnes anda dengan lebih pantas. Lebih banyak aktiviti bisnes yang dapat dijalankan sekiranya anda skalakan bisnes anda. Rancang dan laksanakan skala bisnes supaya bisnes anda berkembang maju.
3. Tidak simpan data dan tetapkan modus operasi
Setiap pembelian, jualan dan keuntungan bisnes anda berjalan tanpa rekod. Ini memang tindakan yang tidak beretika. Kesilapan tidak merekod bakal menjerumuskan anda kepada kerugian biar pun anda nampak seakan-akan untung. Sekecil-kecil perancangan ialah menetapkan sasaran seperti 150 jualan seminggu untuk dicapai dalam masa 30 hari.
Tanpa data yang disimpan, anda akan mengalami kesukaran untuk menganalisa dan mentafsir kadar perbelanjaan dan keuntungan yang anda perolehi setiap bulan. Modus operasi yang berjalan tanpa perancangan juga bakal menyukarkan aktiviti bisnes anda. Tetapkan bilakah waktu bermula dan berakhirnya operasi bisnes anda supaya ia memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan anda.
Salah satu cara untuk mendapatkan jualan yang pantas ialah dengan menggunakan platform Facebook Ads yang sering digunakan oleh usahawan lain.
4. Menjalankan bisnes secara individu
Anda bercadang untuk memulakan bisnes dengan sendirian. Anda tak perlukan orang lain kerana anda percaya bahawa anda boleh buat semuanya sendiri. Anda silap kerana anda bertindak seperti orang yang pentingkan diri sendiri. Sekiranya anda menggajikan pekerja, mereka akan memudahkan kerja anda. Masa anda sudah jimat dengan mengupah orang lain untuk menjalankan urusan bisnes anda.
Anda harus bersedia untuk menubuhkan pasukan bisnes anda supaya perjalanan bisnes anda akan bertambah pantas dan bergerak laju. Jika anda mempunyai kekuatan 5 orang pekerja, maka 5 orang lain yang anda gajikan itu pasti boleh membuat kerja 25 orang. Oleh itu bergeraklah dalam kumpulan supaya anda tidak akan melambatkan perjalanan bisnes anda sendiri.
Menarik. Boleh bayar pakai paypal tak ?
rahimah recently posted…29 Tips Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara.
Boleh, pembayaran dalam bentuk Paypal juga diterima.
Kalau bergerak solo, memang kelam kabut dan penat.
Selain itu, WHY factor kenapa kita hendak menceburi bidang bisnes juga perlu kuat supaya menjadi motivasi yang berterusan
azimah mohd zainuddin recently posted…Promosi Bulan Jun Shaklee
Ya, itu menguatkan lagi faktor kejayaan bisnes kita.
kalau buat sensorang, memang tak larat la.
kena ada geng. baru bisnes senang masyuk.
apdm1 recently posted…APDM – Aplikasi Pangkalan Data Murid
Boleh pengsan kalau buat bisnes sendirian.
Data memang penting kalau berbisnes kan..
Noriza Rahman recently posted…Implanon Kaedah Perancang Kehamilan
Rugi tak simpan data, recurring income tu.
Betul tu, saya dulu main tulis dalam bukuja, sekarang ni baru buat dalam excel..nampak tersusun..
Noriza Rahman recently posted…Cyst Mengecut selepas 6 Bulan
Dalam excel lagi mudah nak urus.
Harap saya dapat kurangkan atau elakkan kesilapan macam tu..Adakalanya kesilapan juga adalah pelajaran yang kita tidak dapat disekolah Bisnes..
SaniYunus recently posted…Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
Ya, kesilapan adalah peluang untuk kita perbaiki kekurangan yang kita lakukan.
musabah utk saya..terima kasih atas perkongsiannya 🙂
Oja Samid recently posted…Cara Mudah Atasi Mabuk Naik Kenderaan Semasa Dalam Perjalanan
Sama-sama, saya pun pernah buat kesilapan yang sama.
Ada yg masih sy belum buat lagi..Terima kasih atas entri ni..InsyaAllah akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa..
dulu pernah kerja di company melayu, jual data je dekat gomen kemudian gomen setuju untuk bg tender. data tu penting rupanya.
Nak bergerak pantas pergi seorang diri, bergerak jauh bergerak dalam jemaah
Ibu Zaid recently posted…Masbro Village Homestay Menarik Di Alor Gajah Melaka! Macam di Oversea
tunggu apa lagi ilmu telah di kongsikan sila terapkan dalam berusaha
blogger newbie recently posted…Hatiku selalu untukmu (Untuk Istriku Tercinta)
nice ilmu
kena manfaatkan nih
Hans recently posted…Ubat Cacing