Bisnes

4 Kesilapan Bisnes Yang Sering Dilakukan

4 kesilapan bisnes yang sering dilakukan

Dalam berniaga, sudah pasti ada beberapa kesilapan yang seing dilakukan sama ada secara sedar atau pun tidak. Kesilapan tersebut boleh memberi kesan yang besar pada bisnes yang anda jalankan. Sepatutnya anda boleh menjana sehingga RM1 juta atau sekurang-kurangnya untung bersih bulanan sebanyak 6 angka, namun kerana 4 kesilapan bisnes yang sering dilakukan ini menyebabkan anda gagal.

 

4 kesilapan bisnes yang sering dilakukan
Dengan mengetahui kesilapan bisnes lebih awal, anda boleh belajar cara untuk berdepan dengannya.

 

1. Tiada matlamat bisnes yang jelas

Apa sebab anda menjalankan bisnes? Nak untung? Atau nak jadi kaya? Kebebasan kewangan? Setiap bisnes pasti diwujudkan untuk mencapai sesuatu perkara. Oleh itu anda sebagai seorang usahawan haruslah menyenaraikan matlamat yang hendak dicapai dalam bisnes. Gunakan kata kunci impian, perkembangan dan sumbangan yang anda hendak capai dalam berbisnes.

Contoh paling mudah, anda mahu menjalankan bisnes dengan tujuan untuk kebebasan kewangan. Kemudian anda ambil beberapa orang pekerja untuk mengurangkan kadar pengangguran. Anda juga dapat memberi manfaat kepada orang lain menerusi bisnes yang anda jalankan. Dengan bisnes anda, kebebasan kewangan yang dicita-citakan tercapai dengan membantu orang lain.

2. Tidak skalakan bisnes yang dibuat

Bisnes yang diskalakan mempunyai ciri-ciri seperti nisbah. Contoh yang paling mudah ialah seorang pekerja dobi boleh membasuh 5 keping karpet dalam masa sehari. Tetapi jika seorang pekerja dobi tersebut menggunakan mesin penggosok, mungkin beliau boleh membasuh sehingga 15 keping karpet dengan berkesan.

Dalam bisnes anda harus berani untuk mengeluarkan modal bagi memaksimakan keuntungan yang diperolehi. Ianya akan digunakan untuk menggerakkan perjalanan bisnes anda dengan lebih pantas. Lebih banyak aktiviti bisnes yang dapat dijalankan sekiranya anda skalakan bisnes anda. Rancang dan laksanakan skala bisnes supaya bisnes anda berkembang maju.

3. Tidak simpan data dan tetapkan modus operasi

Setiap pembelian, jualan dan keuntungan bisnes anda berjalan tanpa rekod. Ini memang tindakan yang tidak beretika. Kesilapan tidak merekod bakal menjerumuskan anda kepada kerugian biar pun anda nampak seakan-akan untung. Sekecil-kecil perancangan ialah menetapkan sasaran seperti 150 jualan seminggu untuk dicapai dalam masa 30 hari.

Tanpa data yang disimpan, anda akan mengalami kesukaran untuk menganalisa dan mentafsir kadar perbelanjaan dan keuntungan yang anda perolehi setiap bulan. Modus operasi yang berjalan tanpa perancangan juga bakal menyukarkan aktiviti bisnes anda. Tetapkan bilakah waktu bermula dan berakhirnya operasi bisnes anda supaya ia memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan anda.

4. Menjalankan bisnes secara individu

Anda bercadang untuk memulakan bisnes dengan sendirian. Anda tak perlukan orang lain kerana anda percaya bahawa anda boleh buat semuanya sendiri. Anda silap kerana anda bertindak seperti orang yang pentingkan diri sendiri. Sekiranya anda menggajikan pekerja, mereka akan memudahkan kerja anda. Masa anda sudah jimat dengan mengupah orang lain untuk menjalankan urusan bisnes anda.

Anda harus bersedia untuk menubuhkan pasukan bisnes anda supaya perjalanan bisnes anda akan bertambah pantas dan bergerak laju. Jika anda mempunyai kekuatan 5 orang pekerja, maka 5 orang lain yang anda gajikan itu pasti boleh membuat kerja 25 orang. Oleh itu bergeraklah dalam kumpulan supaya anda tidak akan melambatkan perjalanan bisnes anda sendiri.

 

Kesimpulan

Jika anda baru nak bermula dalam bisnes, biasanya anda akan bermula dengan seorang diri. Dari seorang diri anda bekerja dan menjalankan operasi. Anda lakukan semuanya seorang. Anda tak tahu nak buat servis apa dan tak tahu nak jual barang apa. Usah bimbang, jika anda nak jual produk, anda boleh lihat 200 senarai produk laku keras sebagai rujukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *