4 Langkah Kawal Nafsu Makan Sepanjang Bulan Puasa

Jun 29

4 langkah kawal nafsu makan sepanjang bulan puasa

Mengambil sikap sederhana semasa menyiapkan juadah berbuka puasa dapat mengelakkan daripada anda makan dan minum tidak terkawal. Sukar untuk anda menahan nafsu makan apabila di depan mata sudah terhidang beraneka jenis makanan dan minuman yang menyelerakan.

 

Menyediakan menu yang sihat ketika berbuka puasa dapat mengelakkan pembaziran.

Menyediakan menu yang sihat ketika berbuka puasa dapat mengelakkan pembaziran.

 

Sebagai langkah untuk pencegahan, anda harus mengambil kesempatan di bulan puasa untuk mengawal perbelanjaan makanan dan minuman. Berjimat cermat untuk kebaikan.

Sebagai contoh, elakkan daripada mengunjungi bazar Ramadan. Di sana perhatian anda bakal terpesong oleh tawaran lauk-pauk dan kuih-muih yang dijual. Mungkin hajat anda hendak membeli 1 atau 2 jenis lauk sahaja, tapi bila pulang ke rumah, anda sudah pun membeli lebih daripada 10 jenis makanan. Alibatnya anda akan makan sedikit sahaja dan makanan yang lain tadi terbiar begitu sahaja. Jika anda bangun sahur sekali pun belum tentu anda makan.

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk mengawal nafsu makan anda di bulan puasa. Sebagai langkah permulaan, anda boleh melihat kepada 4 perkara di bawah :

1. Buat perancangan tentang persediaan makanan dan minuman mengikut keperluan dan kemampuan anda. Pilih kuantiti kuih-muih dan lauk-pauk yang benar-benar perlu dan yang mampu dihabiskan.

2. Bagi air minuman, sediakan air kosong atau dari bahan-bahan semulajadi contohnya, serai, limau nipis, rozel dan daun pandan.

3. Pastikan bahan seperti gula, sirap, pewarna tiruan dan pewarna tidak digunakan secara berlebihan. Kalau kena kencing manis nanti siapa yang susah.

4. Tujuan anda berpuasa ialah untuk mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah. Setiap amalan ibadah yang anda lakukan pasti akan diberi ganjaran oleh Allah.

 

Kesimpulan

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, aktiviti yang boleh menyebabkan pembaziran makanan hendaklah dielakkan bagi mengelakkan objektif ibadah puasa itu tersasar. Ingat kembali apa tujuan anda berpuasa. Mengawal nafsu makan adalah salah satu daripadanya.

468 ad

7 comments

  1. Salam Ramadhan IF..Alhamdulillah belum ada pembaziran setakat berpuasa sehari semalam…
    Noriza Rahman recently posted…Kekal Cergas Bertenaga Walaupun BerpuasaMy Profile

  2. Salam ramadan uncle zuan, setakat ni beli makanan untuk berbuka dan puasa sekaligus.

  3. Setakat ni tak pernah pergi lagi bazaar Ramadan. Kalau takat beli air tebu, kuih dan sate kat gerai tepi jalan tu, adalah…

    Dah masuk hidangan yang kita masak, memang kenyang dah.
    myliferia recently posted…Minuman Isotonik Penambah Tenaga Bebas Karbonat, Perasa & Pewarna TiruanMy Profile

  4. Paling tak boleh tahan sangat bulan puasa ni..time berbuka mesti kena minum air batu..dah jadi kemestian dah..
    Hafizul recently posted…Buat Akaun Syarikat Sendiri, Ofkos STRESS GILERMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge