Kesihatan

4 Langkah Kawal Nafsu Makan Di Bulan Puasa

4 langkah kawal nafsu makan di bulan puasa

Mengambil sikap sederhana semasa menyiapkan juadah berbuka puasa dapat mengelakkan daripada anda makan dan minum tidak terkawal. Sukar untuk anda menahan nafsu makan apabila di depan mata sudah terhidang beraneka jenis makanan dan minuman yang menyelerakan.

 

4-langkah-kawal-nafsu-makan-di-bulan-puasa
Pilih satu jenis buah-buahan semasa berbuka puasa boleh mengawal nafsu makan anda.

 

Sebagai langkah untuk pencegahan, anda harus mengambil kesempatan di bulan puasa untuk mengawal perbelanjaan makanan dan minuman. Berjimat cermat untuk kebaikan.

Sebagai contoh, elakkan daripada mengunjungi bazar Ramadan. Di sana perhatian anda bakal terpesong oleh tawaran lauk-pauk dan kuih-muih yang dijual. Mungkin hajat anda hendak membeli 1 atau 2 jenis lauk sahaja, tapi bila pulang ke rumah, anda sudah pun membeli lebih daripada 10 jenis makanan. Alibatnya anda akan makan sedikit sahaja dan makanan yang lain tadi terbiar begitu sahaja. Jika anda bangun sahur sekali pun belum tentu anda makan.

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk mengawal nafsu makan anda di bulan puasa. Sebagai langkah permulaan, anda boleh melihat kepada 4 perkara di bawah :

1. Buat perancangan tentang persediaan makanan dan minuman mengikut keperluan dan kemampuan anda. Pilih kuantiti kuih-muih dan lauk-pauk yang benar-benar perlu dan yang mampu dihabiskan.

2. Bagi air minuman, sediakan air kosong atau dari bahan-bahan semulajadi contohnya, serai, limau nipis, rozel dan daun pandan.

3. Pastikan bahan seperti gula, sirap, pewarna tiruan dan pewarna tidak digunakan secara berlebihan. Kalau kena kencing manis nanti siapa yang susah.

4. Tujuan anda berpuasa ialah untuk mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah. Setiap amalan ibadah yang anda lakukan pasti akan diberi ganjaran oleh Allah.

 

Kesimpulan

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, aktiviti yang boleh menyebabkan pembaziran makanan hendaklah dielakkan bagi mengelakkan objektif ibadah puasa itu tersasar. Ingat kembali apa tujuan anda berpuasa. Mengawal nafsu makan adalah salah satu daripadanya.

 

7 thoughts on “4 Langkah Kawal Nafsu Makan Di Bulan Puasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.