4 strategi lulus pinjaman rumah
Dalam dunia ini, jarang kita mendengar orang membeli rumah secara tunai hatta jutawan sekalipun, mereka tetap akan menggunakan sistem pinjaman bank. Rumah bukan lagi satu kehendak, tetapi merupakan satu keperluan. Namun ada yang meletakkan sebagai kehendak. Kehendak ini diletakkan atas faktor selepas memiliki rumah kediaman sendiri.
Membeli rumah pertama ataupun kedua mahupun seterusnya, perlu bijak mengetahui teknik mudah lulus pinjaman rumah. Bukan mudah pihak bank mahu meluluskan pinjaman kita. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa menghadapi beribu permohonan pinjaman. Apa yang perlu mereka lakukan adalah membuat tapisan yang benar-benar layak. Soalnya, bagaimana mahu melepasti tahap kriteria bank?

1. Ketahui kelayakan pinjaman. Kita sedia maklum bahawa kriteria pinjaman perlu kepada pengiraan Debt Service Ratio (DSR). Bagi pinjaman perumahan kebiasaannya pada kali pertama tahap DSR adalah tidak lebih dari 70%. Bagaimana mahu mengira DSR ini? Jumlah komitmen hutang dibahagikan kepada jumlah pendapatan kita.
Pengiraan DSR ini sangat penting kerana jika kita sendiri tidak melepasi syarat DSR, maka permohonan yang dibuat tidak akan diluluskan dengan serta merta. Ini kerana DSR adalah kunci bagi memudahkan kita membuat permohonan pinjaman kepada pihak bank.
2. Semak rekod CTOS dan CCRIS. CTOS dan CCRIS merupakan satu sistem yang merekod laporan kewangan. Ia merupakan sumber rujukan laporan kredit kepada pihak bank. Sebagai contoh jika kita membuat sebarang pinjaman kewangan, segala butir pembayaran akan direkodkan sama ada pembayaran dilakukan secara berkala ataupun tidak. Sertakan sekali rekod CTOS dan CCRIS dalam permohonan pinjaman kita.
3. Pendapatan sampingan. Jika kita sudah mempunyai pekerjaan dan mempunyai pendapatan yang tetap, bank tetap mahu melihat jika pemohon mempunyai pendapatan yang lain. Ini sangat membantu lebih-lebih lagi ia mampu memberikan pengurangan kepada DSR pendapatan kita. Sebagai contoh, pemohon mempunyai surat perjanjian sewa rumah yang sah. Maka, segala transaksi kewangan akan direkodkan dalam bank. Maka, pihak bank melihat aktiviti wang masuk berlaku dalam akaun bank pemohon.
Jika kita sekadar mempamerkan surat laporangan kewangan tanpa penyata akaun, ia tidak membantu pihak bank. Jika kita berniaga goreng pisang sekali pun, masukkan ke dalam akaun bank agar wujud transaksi yang dianggap positif.
4. Alasan munasabah. Dalam dokumen permohonan kita, sertakan sekali alasan munasabah mengapa kita layak untuk menerima pinjaman perumahan ini. Alasan yang dibuat hendaklah berpandukan kepada bukti yang disertakan dalam dokumen. Sekiranya rekod CTOS dan CCRIS kita baik, nyatakan kepada pihak bank kita merupakan peminjam yang sentiasa memberikan komitmen dalam pembayaran hutang dan sebagainya.
Kesimpulan
Mengapa kita perlukan dokumen sokongan ini? Ini kerana pihak bank terpaksa berhadapan dengan dokumen permohonan yang terlalu banyak. Maka untuk memudahkan mereka membuat keputusan, dokumen sokongan hendaklah disertakan bagi tujuan mudah lulus pinjaman.
Uruskan kewangan dan hartanah anda dengan lebih efektif. Usah membabi buta dalam usaha untuk mengumpul hartanah.
ada peluang saya nak membeli rumah kedua…rumah pertama dibeli ketika usia setahun perkahwinan..
Hero Borneo recently posted…10 Etika Ketika Guna Facebook
Ya, bayaran muka kena lebih sikit, sebab pinjaman diberi pada kadar 80% untuk rumah kedua.
hoho rasa kalau kawan nak lulus pinjam macam senang , yang susah nya nak bayar kot hihihi
onlajer recently posted…Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
Nak bayar memang susah, kadang tu sampai termenung panjang 🙂
Pasal pendaatan sampingan tu saya selalu lupa
Raihanah recently posted…Masih Relevankah Bisnes Shaklee?
Alasan munasabah tu kena cari la, sebab nak plan untuk rumah yg seterusnya pula ni
Noriza Rahman recently posted…Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati Dari Wajah dan Badan
Yang risau kalau nak bayar balik tu…
Junaidy Jaimi recently posted…Baju Back Support : Penawar Sakit Tulang Belakang
banyak yang suka cari pinjaman ya bang di Malaysia di sinipun banyak kenapa tidak hidup seadanya saja
blogger newbie recently posted…Ayo Mulai Ngeblog
Buat yang pandai main hartanah memang berbaloi lah
Ibu Zaid recently posted…Susu Anmum Materna Untuk Awal Kehamilan Pilihan Ibu Mengandung!