4 tips bina pendapatan konsisten di internet
Untuk mencipta pendapatan aktif atau pasif di internet perlukan ikhtiar yang berterusan. Ia bukanlah magik yang boleh dapat dalam sekelip mata. Banyak cerita kekayaan dan gambar-gambar kemewahan yang bersifat materialistik dipamerkan di media sosial dan laman-laman jualan seperti kereta mewah dan rumah besar tersergam indah.
Gula-gula yang ditabur membuatkan orang ramai lupa susah payah yang perlu diharungi untuk mencapai semua itu. Secara amnya, ada 4 tips bina pendapatan di internet yang perlu dibina dan disampaikan kepada orang ramai. Ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dimulakan tetapi akan ada cabaran apabila anda mahu ianya berjalan secara konsisten.
Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai pendapatan pasif dari Uber. Tugas saya adalah mengajak orang lain mendaftar dan memandu dengan Uber. Untuk setiap pemandu Uber yang berjaya diaktifkan dan memandu, saya akan mendapat komisyen. Bermula dengan pendapatan aktif, kini ia menjadi pendapatan pasif bagi saya.
Besar atau kecil komisyen yang saya terima bukanlah penting, tetapi soalnya cara untuk saya memperolehinya adalah perkara yang utama. Di sini saya akan kongsikan 4 tips bina pendapatan di internet supaya ilmu ini dapat saya manfaatkan sebelum saya meninggal dunia.
Wang komisyen yang diterima hanyalah sekadar hasil. Untuk mendapat keputusan tersebut, anda perlu ambil tindakan yang sewajarnya. Mari saya kongsikan rahsia 4 tips bina pendapatan di internet yang saya amalkan sejak tahun 2012 dan saya terapkan untuk menjana komisyen dengan Uber.

1. Wang di dalam senarai pelanggan. Ini adalah di antara punca anda gagal menghasilkan wang. Jika anda tiada senarai prospek, anda takkan dapat pelanggan. Kata orang Amerika, money is in the list. Anda yang kata money is in the buyer list. Apa pun pendapat orang, anda harus berusaha untuk mengumpulkan senarai prospek dahulu.
Senarai prospek ini boleh dibina dengan memasang borang opt-in emel dalam blog, landing page, squeeze page atau minisite. Senarai nombor telefon juga dikira sebagai senarai prospek. Elakkan dari mengambil emel atau nombor telefon secara membuta tuli. Biar prospek sendiri yang mengisi borang opt-in atau berikan nombor telefon mereka.
2. Bina corong jualan. Dahulu anda boleh hidup dengan menjual satu produk atau servis sahaja. Tapi hari ini tidak lagi. Anda harus belajar bagaimana nak menjual lagi dan lagi kepada pelanggan yang sedia ada. Sebab itu anda harus bina corong jualan atau sales funnel.
Ini adalah rahsia yang disimpan oleh sesetengah usahawan dan mereka boleh dapat untung walau tidak memiliki senarai prospek yang ramai. Mereka bijak menjual dengan upsell beberapa produk atau servis yang lain. Inilah rahsia bagaimana keuntungan dapat dijana sehingga 3 kali ganda untuk setiap kali jualan dihasilkan.
3. Upah orang lain buat kerja untuk anda. Anda memiliki tahap kemampuan yang terbatas. Bukan semua perkara anda dapat hasilkan dalam satu masa. Untuk permulaan, ramai usahawan bermula secara solo. Jadi upah orang lain buat kerja yang anda tidak dapat hasilkan, sebagai contoh, anda minta tolong rakan untuk buatkan ecover ebook kerana kemahiran anda bukan dalam bidang grafik. Usah buang masa untuk belajar Adobe Photoshop sebab masa anda begitu terhad. Lainlah cerita jika anda punya banyak masa lapang.
Nasihat saya, usah buat semua perkara sampai anda rasa kehabisan tenaga. Sebaik-baiknya anda upah seseorang untuk lakukan kerja lain dan usah bekerja sendirian.
4. Laburkan untuk dapat mentor. Sediakan sebahagian dari wang anda untuk yuran kebijaksanaan bagi mendapatkan seorang mentor yang ada pengalaman dengan buat duit di internet. Usah cari mentor yang tidak berkaitan, anda nak buat duit dari internet tapi pergi tanya pengusaha kedai makan. Silap-silap anda bertukar bidang untuk buka restoran nanti.
Dengan adanya mentor, anda boleh dapat jalan pintas untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya anda buat sekaligus mendapat bimbingan untuk membina pendapatan di internet dengan lebih cepat.
Usah habiskan banyak masa untuk belajar sendiri. Dengan adanya mentor, beliau akan membantu untuk menyelesaikan kerja anda dengan lebih cepat, mudah lebih baik dan lebih bijak. Anda dapat menjimatkan masa anda daripada Google sana-sini. Sebenarnya, bila anda belajar sendiri, lebih banyak masa yang diperlukan sebab kena buat trial and error.
Jika anda kongsikan 4 tips ini, ini bermakna anda membaca artikel ini dan mengambil pelajaran darinya.
Saya pernah buat duit di internet secara konsisten di internet dengan platform Uber. Di waktu saya sihat, mungkin saya boleh bekerja dengan masa yang panjang untuk dapat pendapatan yang lebih.
Tapi bila sakit, saya tak dapat pergi kerja. Pendapatan pasif dari Uber ini membantu saya meringankan perbelanjaan semasa saya jatuh sakit hampir 2 bulan yang lepas. Saya tak dapat beri komitmen sepenuhnya pada kerja.
Satu sahaja pesan saya, jika anda boleh fokus dengan membina pendapatan aktif dan pasif, anda tak perlu risau lagi tentang berita tempatan, ekonomi negara, politik dan skandal sana-sini. Boleh ambil tahu serba sedikit tapi jangan sampai mengganggu tugas anda.
Hari ini, Uber sudah tiada di Malaysia, tapi teknik pemasarannya saya masih gunakan sehingga hari ini tanpa henti. Contohnya, setiap kali mempromosikan program affiliate, saya akan gunakan 4 strategi yang sama.
–>> klik sini untuk mula jana pendapatan dengan affiliate <<–
Benar, carilah sifu yang boleh bantu anda dengan serius.
affiliate uber pun semakin hangat sekarang. masing2 nak cari duit lebih
nikkhazami recently posted…Teknik Dapatkan Jawline Tajam
Maksimum kan keuntungan dari semua peluang yang ada kan tuan
Mazni Azmi recently posted…Senangnya petua awet muda dari pakar kecantikan! Ramai dah cuba
yah ,, memang kalau bisa pendapatan aktif dan pasif harus selalu dikejar.., jadi blogger pun terasa menguntungkan.. hehe
Kebiasaannya, usahawan baru mula hendak belajar semua, atas alasan hendak jimat kos. Tanpa sedar, jimat kos duit tetapi bayar kos masa. Saya juga pernah buat begini.
Tetapi sekarang, jika hendak cepat dan maju perlukan team.
Naziman Azlye recently posted…Panduan Kerja di Singapura
semoga bisa mngikuti jejak langkah mereka yang berhasil
jalan dan makan recently posted…DESTINASI PARIWISATA PRIORITAS TANJUNG LESUNG DAN SEKITARNYA
Nice sharing tuan..bnyak cara bleh buat duit dgn internet