4 tips sediakan menu berbuka puasa yang sihat
Dalam bulan puasa, khususnya Ramadan sering dikaitkan dengan menu berbuka puasa. Setiap petang pasti ada rancangan dalam saluran televisyen yang memaparkan cara atau pun kaedah untuk menyediakan makanan tersebut. 4 tips sediakan menu berbuka puasa yang sihat ini ditulis untuk membantu anda.

Sebahagian daripada keluarga yang berpuasa akan memilih untuk menyediakan sendiri masakan di rumah berbanding dengan membeli di bazar Ramadan. Sudah pasti masakan yang disediakan oleh air tangan isteri atau ibu itu lebih menawan hati.
Sebagai ibu atau isteri, menyediakan makanan bukan sekadar untuk sedap tetapi yang sihat dan menyelerakan. Rujuk sahaja panduan di bawah in bagi memastikan hidangan yang diberi berkhasiat untuk keluarga.
1. Ambil kira kategori makanan asas iaitu bijirin, ubi, hasil bijirin, sayur dan buah, daging, ikan, kekacang, susu, lemak, hasil tenusu, gula, daram dan ayam semasa merancang menu makanan.
2. Semasa membuat persediaan makanan, elakkan daripada menggunakan makanan yang sudah diawet atau dijeruk. Pilih sumber bahan-bahan makanan yang segar.
3. Kombinasi dari jenis sayur-sayuran yang berwarna-warni dan berbeza bentuk yang dimasukkan dalam hidangan pasti kelihatan menarik dan lebih menyihatkan.
4. Variasikan cara menyediakan masakan dengan kaedah, mengukus, merebus, memanggang dan menggoreng tanpa minyak. Hidangan yang bergoreng dan disaluti dengan tepung hendaklah dikurangkan.
Kesimpulan
Memasak di rumah juga akan dapat mengeratkan silaturahim di antara ahli keluarga. Jika ibu atau isteri sedang memasak di dapur, ayah dan anak boleh bersiap sedia untuk mengaji al-quran sementara menanti waktu azan maghrib dilaungkan. Dengan menyediakan masakan untuk berbuka puasa di rumah bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi menjimatkan masa, tenaga dan pengangkutan.
Jika anda ke bazar Ramadan, masa anda akan dibazirkan tanpa sedar untuk memilih juadah yang dijual. Bukan itu sahaja, perjalanan anda di jalan raya juga bakal menjadi lebih panjang. Wang anda juga akan dibelanjakan dengan lebih banyak apabila terpengaruh dengan lauk-pauk yang beraneka jenis dengan bau yang menyelerakan. Membeli lauk-pauk mungkin tidak cukup, lalu kuih-muih juga bakal dibeli dengan kuantiti yang banyak.
informasi yang bermanfaat la tuan..terima kasih.
mrhanafi recently posted…Mau Ambik Lenovo Tapi Minat Alcatel
Sama-sama, jom sama-sama amalkan.
in shaa Allah kita buat yang terbaik
mrhanafi recently posted…SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway
Lauk saya masak.Lagi pun masa panjang walaupun sibuk dengan order baju kurung. Tapi kuih confirm beli sebab tangan saya tak suka usik tepung hi hi.
rahimah recently posted…Bercuti Ke Turki ? Jangan Beli Aiskrim Mereka Jika Anda Jenis Panas Baran.
Betul, kuih-muih memang tak sempat nak buat, saya beli pun untuk makanan sampingan berbuka puasa.
Betul, tips ni dah banyak keluar di media massa.
aku makan aje apa yang ada.
roti cicah dengan kopi pun sedap gak apa. Hehe..
titan recently posted…Semak Status Penghantaran Pos Laju dan Skynet dengan ExpressTrack.net
Betul-betul makan gaya orang kampung hehehe.