Facebook

4 Tips Tulis Status Di Laman Sosial

4 tips tulis status di laman sosial

Status yang ditulis di laman sosial seperti Facebook perlukan pembaca yang boleh memberikan Like yang baik dan berkualiti. Senarai rakan mereka akan dapat melihat mereka yang Like pada sesuatu status. Secara tidak langsung mereka akan terpengaruh untuk Like seperti rakan mereka. Di sini saya sertakan 4 tips tulis status di laman sosial sebagai panduan penjenamaan di laman sosial.

 

4 tips tulis status di laman sosial
Gunakan status positif di laman sosial untuk meningkatkan kredibiliti anda.

 

1. Gunakan status pendek

Kebanyakan pembaca di laman sosial mempunyai banyak maklumat untuk dibaca. Jadi mereka perlukan maklumat yang ringkas dan padat. Jadi status pendek amat sesuai digunakan untuk berkongsi maklumat bersama rakan di laman sosial. Gunakan bahasa santai dan memberikan respon yang positif apabila ianya dibaca oleh rakan-rakan anda.

 

2. Terapkan maklumat yang berguna

Maklumat berbertuk fakta dan informasi bermanfaat amat disukai oleh rakan-rakan anda di laman sosial. Berita yang berkait rapat dengan bisnes anda pasti akan memberi manfaat kepada mereka. Sebab itu anda harus mempunyai niche dan Fans yang tersendiri. Mereka akan membantu anda berdasarkan reaksi dan maklum balas yang diberikan.

 

3. Panduan melakukan sesuatu

Maklumat melakukan sesuatu perkara amat popular di mana-mana tempat termasuklah media sosial. Sebahagian besar pengguna mahukan sesuatu panduan yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contoh, jika anda menjual nasi mandy, pasti pembaca perlukan Resepi Nasi Mandy Kambing Yaman untuk digunakan dalam masakan mereka. Panduan ini pasti memudahkan mereka memasak.

 

4. Status dengan visual

Kehadiran visual seperti gambar akan menambah lagi tarikan untuk pengguna membaca maklumat anda. Memang membosankan jika hanya tulisan semata-mata. Jadi dengan penggunaan visual akan dapat menarik minat rakan-rakan membacanya dengan lebih santai. Memang sikap semula jadi  manusia yang sukakan sesuatu yang cantik di mata mereka.

 

Semoga 4 tips tulis status di laman sosial ini akan dapat membantu anda menjalankan kerja-kerja pemasaran di laman sosial dengan lebih baik. Untuk lebih banyak tips-tips pemasaran di Facebook, anda boleh belajar dari Puan Ainon Mohd.

15 thoughts on “4 Tips Tulis Status Di Laman Sosial”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.