Bisnes

4 Tips Urus Masa Bisnes Dropship Shopee Part Time

4 tips urus masa bisnes dropship Shopee part time

Anda yang minat nak buat dropship di Shopee tapi tak tahu cara untuk membahagikan masa, lalu saya mengambil inisiatif untuk menulis 4 tips urus masa bisnes dropship Shopee part time. Pasti agak sukar untuk membahagikan masa bila bekerja sambil buat bisnes part time di Shopee.

Walau pun masih bekerja di pejabat, usah jadikan ia halangan untuk buat duit dengan bisnes di Shopee. Gaji kerja pejabat pun dapat, pendapatan bisnes Shopee juga masuk dengan lancar.

 

4 tips urus masa bisnes dropship shopee part time
Tak perlu berhenti kerja untuk buat bisnes, hanya perlu mulakan secara sambilan.

 

1. Waktu upload produk atau masukkan produk.

Dalam sehari, letakkan sasaran berapa banyak produk yang anda nak masukkan dalam Shopee. Sebagai contoh, anda nak masukkan 3 produk. Luangkan sedikit masa untuk anda berbuat demikian, 30 minit misalnya. Sehari anda masukkan 3 produk, sebulan sudah ada 90 produk. Ini lebih baik daripada anda letak 90 produk sehari sampai anda sendiri keliru sampai sakit kepala.

 

2. Boost produk 4 kali sehari

Setiap 4 jam, anda boleh boost 5 produk dalam Shopee. Tekan butang boost sekejap saja, tak sampai 3 minit. Ambil cara mudah, setiap kali selesai waktu solat, masa itulah anda boost produk.

 

3. Balas chat pelanggan

Jika ada pelanggan yang bertanya, respon dengan segera supaya mereka rasa dihargai dan membuat pembelian dengan segera. Setiap kali anda selesai boost produk, ambil masa sebentar untuk jawab pertanyaan pelanggan. Anda juga boleh buat pada waktu rehat kerja atau lepas balik kerja pejabat.

 

4. Hantar tempahan pada pelanggan

Setiap kali tempahan masuk, anda kena hantar pada pelanggan menggunakan servis kurier seperti Pos Malaysia. Untuk menjimatkan masa anda, cari 2 hari dalam seminggu untuk anda khaskan bagi menghantar tempahan. Jika ada tempahan masuk hari isnin dan selasa, anda bungkus dan pos pada hari rabu. Tak perlu anda pos barang setiap hari.

4 tips urus masa bisnes dropship Shopee part time ini perlukan kesungguhan untuk anda praktikkan. Biasakan untuk buat 4 tips ini sehingga konsisten jadi anda boleh buat dropship Shopee dengan mudah.

Untuk menjimatkan masa anda, kami ada menyediakan panduan untuk anda mula buat bisnes di Shopee dengan mudah. Ada lebih 200 produk yang anda boleh jual di Shopee. Tak perlu susah-susah buat research lagi. Terus dapatkan panduan bisnes Shopee ini sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *