Kesihatan

5 Cara Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa

5 cara kurangkan berat badan di bulan puasa

Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan, anda boleh mengambil peluang untuk mengurangkannya di bulan Ramadan. Ada banyak cara yang boleh anda gunakan, namun perkara yang terpenting ialah cara yang anda pilih itu tidak memberi kesan yang memudaratkan kesihatan.

 

5-cara-kurangkan-berat-badan-di-bulan-puasa
Mahu kekal sihat sepanjang masa termasuk bulan puasa? 5 cara kurangkan berat badan di bulan puasa ini boleh membantu anda.

 

Di sini saya kongsikan 5 cara untuk mengurangkan berat badan. Ianya boleh dilakukan menerusi cara pemakanan seperti berikut :

1. Kurangkan memakan makanan yang mempunyai kandungan gula, minyak dan lemak yang tinggi. Kadar kalori yang terkandung dalam makanan ini adalah sangat tinggi. Namun jika anda benar-benar teringin untuk merasainya, ambillah dalam kuantiti yang kecil atau sedikit.

2. Air minuman yang manis seperti kordial atau sirap dihadkan pengambilannya. Beri keutamaan kepada minuman seperti air mineral, air kosong, air osmosis songsang dan jus dari buah-buahan yang tidak dicampur dengan gula. Salah satu pilihan minuman yang baik dari segi kesihatan ialah susu rendah lemak.

3. Perhatikan pada saiz hidangan makanan anda. Biasanya anda akan makan dengan kuantiti yang sangat banyak apabila berada dalam keadaan lapar. Sentiasa ingatkan pada diri anda supaya mengekalkan saiz hidangan yang sederhana atau kecil, sekalipun semasa anda mengambil makanan yang rendah kandungan lemaknya.

4. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih sedikit. Ia bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi membantu untuk menambahkan pengambilan serat dalam menu harian anda.

5. Lakukan senaman ringkas. Jangan sampai berlebihan hingga anda mengalami keletihan yang amat sangat. Berpuasa bukanlah alasan untuk tidak melakukan aktiviti senaman. Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk memastikan anda memiliki kesihatan yang berpanjangan dan berterusan.

 

Kesimpulan

Bulan puasa adalah bulan ibadah. Bulan yang sinonim dengan ibadah puasa, solat terawih dan menunaikan zakat fitrah. Dalam bulan ini juga anda boleh mengambil kesempatan untuk menjaga kesihatan dengan mendapatkan berat badan yang ideal dengan badan anda. Ia bukan sekadar sebuah diet.

Lebih baik lagi amalan dan tips kesihatan yang anda lakukan di bulan Ramadan ini dapat diteruskan pada bulan-bulan yang biasa. Semoga anda berjaya beribadah dalam keadaan sihat dan diredai Allah. Tanpa kesihatan sukar untuk anda beribadah dengan selesa.

 

18 thoughts on “5 Cara Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.