5 cara tingkatkan pemakanan serat di bulan puasa

Buah-buahan, roti, sayur-sayuran, kekacang dan biskut merupakan makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi. Sayang sekali makanan dari jenis ini kurang dimakan semasa bulan puasa kerana perhatian anda terganggu oleh makanan-makanan yang terdapat di bazar Ramadan. 5 cara tingkatkan pemakanan serat di bulan puasa boleh membantu anda untuk terus sihat.

 

5-cara-tingkatkan-pemakanan-serat-di-bulan-puasa

Bulan puasa bukanlah alasan untuk tidak makan dengan sihat.

 

Masalah seperti sembelit kerap berlaku di bulan puasa kerana kurangnya pengambilan makanan yang mengandungi serat. Untuk mengawal kadar berat badan, hidangan seperti sayur dapat membantu anda berasa kenyang. Hidangan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diamalkan di bulan puasa. Di bulan puasa, ada 5 cara untuk anda menambah kadar pengambilan serat iaitu :

1. Makan buah kurma sekurang-kurangnya 3 biji, setengah cawan jus buah tidak bergula, 1 mangkuk sup sayur campur, sekeping roti yang mengandungi serat tinggi. Makan ketika anda berbuka puasa.

2. Makan sayur campur dan buah dengan makanan lain. Makan ketika waktu makan malam.

3. Jika anda makan pada waktu lewat malam, ambil buah-buahan sudah memadai.

4. Semasa sahur, ambil makanan seperti sup sayur, oat atau buah-buahan.

5. Dalam masakan, tambahkan kacang seperti kacang dhal, kacang soya, kacang pis atau kacang kuda.

 

Kesimpulan

Meskipun anda berpuasa di bulan Ramadan, itu bukanlah alasan untuk anda berasa penat dan lesu sepanjang hari. Jika badan anda lesu, ia akan membataskan aktiviti anda di bulan puasa termasuklah solat 5 waktu, solat terawih dan solat tahajud.