Uber

5 Cara Untuk Dapat Wang Tambahan Uber

5 cara untuk dapat wang tambahan Uber

Uber adalah sebuah aplikasi yang boleh membantu anda mendapatkan servis kereta peribadi. Uber digembar gemburkan sebagai pengganti teksi. Anda juga boleh jadi pemandu Uber yang dipanggil Uber Partner atau Uber Driver. Bagaimana nak buat duit memandu dengan Uber? Syarikat yang diwujudkan di internet ini merekrut pemandu untuk menyertai Uber.

Uber membenarkan pemandu untuk menggunakan kereta mereka sendiri dan memberikan kebebasan untuk memandu mengikut masa kerja sendiri. Penumpang tidak perlu menunggu di tepi jalan melambai tangan seperti mencari teksi. Hanya dengan menggunakan aplikasi Uber, pemandu yang mendapat notifikasi akan pergi ke arah mereka.

Selain dari tambang yang dibayar kepada Uber, anda boleh dapatkan wang tambahan dari penumpang. Biasanya ia dipanggil tips. Ada penumpang yang membayar tambang secara tunai. Baki bayaran mereka minta anda simpan. Itu semua bergantung kepada bagaimana anda melayan mereka. Ada 5 cara untuk dapat wang tambahan Uber yang boleh anda lakukan.

1. Jadi profesional. Semuanya bermula dengan pandangan pertama. Gunakan deria anda untuk jadi orang yang mudah berkawan, ucapkan salam dan berkelakuan baik. Tiada yang lebih baik dari berkelakuan sopan. Jangan bawa masalah peribadi anda semasa memandu.

2. Bawa wang tukar. Semasa memandu, bawa wang kecil untuk memulangkan baki tambang. Sediakan wang tunai RM5, RM10, RM20 dan RM50 untuk persediaan.

3. Jadi unik dan asli. Salah satu cara untuk mendapat tips ialah dan sentiasa diingati penumpang ialah membuat kajian di internet. Lihat bagaimana orang lain memikat pelanggan dengan cara yang tersendiri. Ada yang memasang lampu LED di kereta untuk menarik perhatian.

4. Berikan bahan percuma. Bukan semua barang anda boleh beri percuma. Oleh itu anda pinjamkan sahaja contohnya pengecas telefon. Barang lain yang boleh diberi terus adalah seperti air botol mineral, gula-gula dan biskut. Jika anda berharap dapat wang lebih, anggaplah perkara-perkara ini sebagai pelaburan. Ia tidaklah terlalu mahal untuk anda cuba.

5. Mudahkan cara pemberian wang. Jika penumpang mahu beri wang tambahan, berikan kepada mereka sedikit panduan. Letakkan tanda atau kotak yang tercatat bekas khas untuk mereka letakkan wang.

 

5 cara untuk dapat wang tambahan uber
Contoh notis untuk meminta penarafan bintang dari penumpang.

 

Mahu lebih banyak wang tambahan dengan Uber? Jadilah pemandu Uber dahulu.

5 thoughts on “5 Cara Untuk Dapat Wang Tambahan Uber”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.