5 contoh pendapatan pasif
Pendapatan pasif biasanya perlukan usaha yang seakan-akan pendapatan aktif. Lama-kelamaan pendapatan ini akan diperolehi secara konsisten. Ia ibarat mesin duit yang bakal memberikan pulangan kepada anda di hari kemudian. Ia membolehkan anda menjana pendapatan dari pelbagai jenis sumber yang mendatangkan wang.
Untuk mendapatkan wang, anda tidak semestinya bekerja secara berterusan. Anda harus belajar untuk mendapatkan pendapatan pasif ini. Tidak seperti kerja makan gaji, anda kerja baru dapat wang tetapi pendapatan pasif ini hanya perlukan komitmen di peringkat permulaan sahaja.
Ramai orang yang pencen tidak bekerja lagi, tetapi beberapa tahun kemudian mereka terpaksa bekerja semula kerana kewangan mereka sudah berkurangan. Pentingnya pendapatan pasif ini kerana ia boleh membantu anda mendapatkan wang walau pun sudah pencen.

Contoh-contoh pendapatan pasif
1. Rumah yang disewakan dengan aliran tunai yang positif. Lebihan tunai yang diperolehi melebihi ansuran bulanan yang dibayar kepada bank dan boleh digunakan untuk membayar cukai dan kos selenggara.
2. Jadi penulis buku/ebook atau blogger. Daftarkan hasil penulisan anda seperti buku atau ebook. Anda akan menerima bayaran saguhati selagi hasil tulisan anda dibeli oleh pembaca. Bagi seorang blogger, pendapatan pasif mereka datang dari Google Adsense dan program affiliate yang ditulis dalam blog mereka. Boleh baca kisah bagaimana saya pernah buat bisnes ebook dengan Tim Infokerjaya.
3. Cipta sistem pembayaran dan caj secara bulanan. Bekerjasama dengan seorang programmer untuk membantu anda membina sistem pembayaran yang boleh digunakan oleh usahawan untuk menguruskan pembelian dari pelanggan-pelanggan mereka. Caj pemilik laman tersebut secara bulanan contohnya Onpay dan Aztetic.
4. Jual simkad berkomisyen. Cari Telco yang menyediakan peluang untuk mendapat komisyen setiap kali pengguna menambah nilai kredit telefon mereka. Pastikan mereka berdaftar di bawah rangkaian anda. Contoh bisnes simkad ialah Tune Excel dan Onexox.
5. Affiliate. Hari ini ada banyak model bisnes di internet yang menawarkan peluang mendapat komisyen lumayan. Salah satunya ialah affiliate. Anda perlu promosikan produk untuk mendapat komisyen.
saya jadi perunding takaful tuan..supaya ada pendapatan pasif selama 6 tahun..
mrhanafi recently posted…Belajar Buat Blog Demi Minat
Unit trust pun ok kot. Tak perlu usik duit tu biar dia beranak pinak .
rahimah majid recently posted…7 Cara Elakkan Di Tipu Agensi Pakej Pelancongan Palsu
Ramai orang buat khidmat sewa barang sekarang kan… Baju winter pun ade orang sewakan huhuhu
ibu Zarith recently posted…Setelah 10 Tahun Menanti Akhirnya Isteri Hamil Anak Kedua
Ramai orang buat khidmat sewa barang sekarang kan… Baju winter pun ade orang sewakan huhu
ibu Zarith recently posted…Setelah 10 Tahun Menanti Akhirnya Isteri Hamil Anak Kedua
berusaha untuk dapatkan duit dari pendapatan pasif..memang berbaloi..
mrhanafi recently posted…5 Senarai Kereta Sedan Pilihan Hati
No 3 yang paling best.. sbb blh create dan explore mcm2 jenis system.. caj yang dikenakan pula blh ditetapkan pada sejauh mana kompleks atau tak system yang dicipta tu..
Mohd Aswad recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan Kerajaan Pulau Pinang
Setakat ni 2 & 5 je buat..
Mungkin boleh dipertimbangkan ebook tu.
Elih Japahar recently posted…Daftar Uber Driver Malaysia 2017
#5 selalu menjadi pilihan. Kalau kena gaya dan ada rezeki boleh buat pendapatan yang lumayan.
Hasrul recently posted…Tempat Menarik Di Tokyo: 10 Aktiviti Popular
jadi pilihan saya adalah dengan shaklee
raihanah ahmad recently posted…15 Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan