Bisnes

5 Contoh Pendapatan Pasif Untuk Tambah Pendapatan Anda

5 contoh pendapatan pasif untuk tambah pendapatan anda

Pendapatan pasif biasanya perlukan usaha yang seakan-akan pendapatan aktif. Lama-kelamaan pendapatan ini akan diperolehi secara konsisten. Ia ibarat mesin duit yang bakal memberikan pulangan kepada anda di hari kemudian. Ia membolehkan anda menjana pendapatan dari pelbagai jenis sumber yang mendatangkan wang.

Untuk mendapatkan wang, anda tidak semestinya bekerja secara berterusan. Anda harus belajar untuk mendapatkan pendapatan pasif ini. Tidak seperti kerja makan gaji, anda kerja baru dapat wang tetapi pendapatan pasif ini hanya perlukan komitmen di peringkat permulaan sahaja.

Ramai orang yang pencen tidak bekerja lagi, tetapi beberapa tahun kemudian mereka terpaksa bekerja semula kerana kewangan mereka sudah berkurangan. Pentingnya pendapatan pasif ini kerana ia boleh membantu anda mendapatkan wang walau pun sudah pencen.

 

5 contoh pendapatan pasif untuk tambah pendapatan anda
Pendapatan pasif atau sampingan boleh dijadikan simpanan kecemasan anda.

 

Contoh-contoh pendapatan pasif

1. Rumah yang disewakan dengan aliran tunai yang positif. Lebihan tunai yang diperolehi melebihi ansuran bulanan yang dibayar kepada bank dan boleh digunakan untuk membayar cukai dan kos selenggara.

2. Jadi penulis buku/ebook atau blogger. Daftarkan hasil penulisan anda seperti buku atau ebook. Anda akan menerima bayaran saguhati selagi hasil tulisan anda dibeli oleh pembaca.

Bagi seorang blogger, pendapatan pasif mereka datang dari Google Adsense dan program affiliate yang ditulis dalam blog mereka.

3. Cipta sistem pembayaran dan caj secara bulanan. Bekerjasama dengan seorang programmer untuk membantu anda membina sistem pembayaran yang boleh digunakan oleh usahawan untuk menguruskan pembelian dari pelanggan-pelanggan mereka. Caj pemilik laman tersebut secara bulanan contohnya Onpay dan Aztetic.

4. Jual simkad berkomisyen. Cari Telco yang menyediakan peluang untuk mendapat komisyen setiap kali pengguna menambah nilai kredit telefon mereka. Pastikan mereka berdaftar di bawah rangkaian anda. Contoh bisnes simkad ialah Tune Excel dan Onexox.

5. Bisnes affiliate. Hari ini ada banyak model bisnes di internet yang menawarkan peluang mendapat komisyen lumayan. Salah satunya ialah program bisnes affiliate. Anda perlu promosikan produk untuk peringkat yang pertama.

Kemudian anda ajarkan mereka yang membeli atau mendaftar dengan anda untuk melakukan perkara yang sama. Terus daftar program affiliate di sini secara percuma dan anda boleh terus membuat jualan serta-merta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *