Bisnes

5 Kerja Part Time Yang Dapat Pulangan Lumayan

5 kerja part time yang dapat pulangan lumayan

Semakin hari, kos sara hidup makin naik, ramai orang mula cari pendapatan sampingan seperti 5 kerja part time yang dapat pulangan lumayan. Nak harapkan gaji kerja pejabat saja belum tentu cukup untuk tampung keluarga. Dulu beli barang satu troli cuma belanja RM50 sahaja. Sekarang belanja RM50 belum tentu dapat separuh troli.

Mahu atau tak, anda kena buat duit sambilan dan kerja part time. Mula-mula boleh dapat tampung belanja keluarga, tak mustahil boleh guna untuk simpanan masa depan. Di bawah ini saya senaraikan contoh kerja sampingan yang boleh anda rujuk sebelum membuat keputusan.

 

5-kerja-part-time-yang-dapat-pulangan-lumayan
Kerja lumayan memerlukan ilmu pengetahuan untuk anda laksanakan.

 

1. Kerja menjual

Kerja sebagai perunding hartanah, ejen takaful, ejen unit amanah mendapat komisen dari setiap jualan yang terhasil. Sebagai contoh, setiap ejen hartanah akan mendapat komisen 2% untuk setiap hartanah yang dijual. Jika rumah yang dijual berharga RM500,000 maka komisen yang diterima ialah RM10,000. Belum kira lagi upah yang diperolehi dari komisen sewa, komisen peguam, komisen bank dan komisen kontraktor. Kuncinya kena rajin dan selalu positif.

 

2. Buat laman web

Nampak sukar tapi dengan ilmu yang betul, anda boleh belajar buat laman web. Nak hasilkan laman web ringkas ambil kos dari RM500 ke RM2,000. Tapi kerja bina laman web jadi mudah bila ada templat sedia ada. Kalau sebulan dapat 2 ke 3 tugasan, memang lumayan hasilnya.

Bagi mereka yang sudah pakar, kerja membina laman web takkan mengambil masa yang lama. Lebih rumit sesebuah laman web lebih tinggi bayaran yang dikenakan.

 

3. Baiki smartphone dan laptop

Anda perlu hadir kursus membaiki smartphone dan laptop dari mereka yang berpengalaman. 2 gajet ini sentiasa mendapat permintaan kebanyakan pengguna dari semua peringkat umur. Dari kanak-kanak sehingga warga emas, sebahagian besar mereka menggunakan smartphone.

Bayangkan, tukar skrin iPhone 5S boleh mencecah RM150. Harga kos skrin dalam RM30 sahaja. Bisnes servis ini perlukan kos masa dan tenaga, tetapi boleh menjana pendapatan sehingga RM8,000 sebulan secara sambilan.

Tukar skrin computer pun boleh mencecah RM350, walhal kos barang murah sahaja. Caj dikira mahal kerana upah kerjanya.

 

4. Kerja teknikal

Sebahagian besar kerja-kerja ini dikuasai oleh bangsa Indonesia dan Bangladesh. Tukar tombol pintu pun dibayar sehingga RM80, kos tombol pintu pula boleh dapat serendah RM10 sahaja. Belum kira upah pasang kipas dan penyaman udara, ianya boleh mencecah sehingga RM150.

 

5. Jual barang di internet

Ramai orang nak berjual beli di internet, ecommerce dan sebagainya, tapi yang nak bertindak tak ramai. Bagi yang bijak, mereka buat droship di Shopee dan Lazada, tak payah nak jual barang, jadi dropshipper lagi senang. Tak payah pegang stok.

Bagi yang sudah berpengalaman, mereka beli barang dari China dan jual semula dengan harga yang lebih tinggi. Produk sofa angin yang dibeli dengan harga kurang dari RM50 boleh dijual dengan harga pasaran sehingga RM200.

Kalau anda nak menjual di internet, boleh belajar buat dropship dahulu. Panduannya ada di sini :

 

->> klik sini untuk dapatkan panduan dropship USD <<-

5 thoughts on “5 Kerja Part Time Yang Dapat Pulangan Lumayan”

  1. JIka yang diberhentikan kerja, buat kerja part ni sangat-sangat bagus. Zaman sekarang, orang tak kisah, yang penting pendapatan tidak putus dan dapat rezeki halal untuk anak-anak dan isteri.

    Moga yang mencari kerja terus berusaha sebab rezeki tak pernah salah alamat. Janji usaha sahaja.
    Zaini recently posted…Teknik Untuk Naikkan Jualan Bisnes?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.