5 kesilapan utama pelaburan hartanah
Bila kita sudah ada sedikit duit, terutamanya hasil dari perniagaan, kita mula berminat untuk membuat sedikit pelaburan, terutamanya dalam bidang hartanah. Pelaburan hartanah dikatakan antara pelaburan yang paling mudah untuk diuruskan. Hanya dengan membeli satu rumah apartment kita mampu buat duit hasil dari sewaan. Betul?

Menurut Azizan Osman, ada 5 kesilapan utama pelaburan hartanah. Sebenarnya, tak semudah yang disangka. Ada beberapa kes di mana pelaburan hartanah memberikan banyak masalah kepada pelabur. Terutamanya yang tiada ilmu pelaburan hartanah yang secukupnya.
Antara 5 kesilapan utama yang dilakukan dalam pelaburan hartanah terutamanya oleh pelabur yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini ialah :
1. Beli ikut perasaan. Bila beli rumah untuk kita duduki, 90% orang membeli berdasarkan emosi. Tetapi, bila kita dapatkan hartanah yang kita mahu gunakan untuk tujuan pelaburan kita tak boleh beli hanya bergantung dengan faktor emosi. Banyak yang perlu kita kaji sebelum buat keputusan untuk membelinya. Antara yang perlu dititik beratkan ialah lokasi, kemudahan awam, gaya hidup, permintaan dan banyak lagi.
2. Gagal merancang pelaburan. Kadang-kadang, ada orang yang buat pelaburan hartanah kerana ianya trend. Ini menyebabkan mereka gagal untuk membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk hartanah mereka. Mereka tidak tahu nilai pasaran hartanah mereka, tak tahu apa nak buat dengan hartanah yang telah dibeli dan mereka tak dapat jangka permintaan pasaran.
3. Beli hartanah yang salah. Ini adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur-pelabur baru. Pelabur baru terlalu teruja dengan promosi-promosi dan pameran hartanah yang selalu digembar-gemburkan sebagai hebat dan menarik. Tanpa ilmu ramai yang beli hartanah yang salah, yang tidak ada permintaan atau bermasalah seperti projek lambat siap, tertangguh dan sebagainya.
4. Pengurusan kewangan yang teruk. Ramai orang yang ada hartanah yang disewakan teruja bila dapat duit sewa tanpa berfikir bahawa ada bayaran ansuran bank dan penyelenggaraan yang perlu dibuat. Akibatnya, duit sewa entah ke mana, hutang makin bertambah. Gagal melunaskan bayaran ansuran hartanah dengan bank menyukarkan untuk anda membeli hartanah lain di masa akan datang.
5. Tak cukup ilmu pelaburan hartanah. Memang seronok bunyinya bila kita ada hartanah untuk disewakan. Pada fikiran orang ramai kita akan mudah dapat untung hasil dari sewaan tanpa perlu kerja keras. Salah! Jika anda tak ada ilmu tentang pelaburan hartanah, anda akan menghadapi pelbagai masalah. Anda tak tahu bagaimana nak berurusan dengan penyewa, dengan isu strata tanah, cukai pintu, penyelenggaraan dan berbagai-bagai masalah lagi.
yang point 1st tu memang paling penting
Terima kasih atas perkongsian tuan.amat bermakna.
Introducer Maybank recently posted…Kelulusan akaun semasa syarikat-feedback positif daripada usahawan/peniaga
Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi ilmu dari dr.azizan.
Ilmu pasal pelaburan hartanah ni yang paling penting. Tak ada ilmu masih pelaburan ni memang boleh lingkup..
Saya adalah antara orang yang masih tak cukup ilmu..jadi tak berani nak cube pelaburan hartanah huhu..
thehaikal recently posted…Cara Aku Uruskan Pendapatan Blog..
Silap beli rumah, berdarah hidung tak henti-henti.
membeli mengikut emosi adalah perkara yang sukar untuk dielakkan..
bukan setakat rumah..
beli makanan juga boleh terpengaruh dengan emosi..
hahahaha..
kelemahan manusia kot
mrhanafi recently posted…Ulasan Buku : 2 Jiwa Satu Cinta
Silap kawal emosi, lagi banyak wang yang rugi.
yang terakhir mengena pada diri saya tak banyak ilmu mengenai pelaburan
jalan jalan recently posted…Jalangkote/Pastel
Ilmu pelaburan hartanah ada banyak dalam blog saya, pilih sahaja kategori hartanah untuk mulakan bacaan.
ilmu pelaburan hartanah ni penting sangat, kalau sempat pi kelas boleh juga nak attend
raihanah recently posted…Tahniah Supervisor Baru Shaklee!
Salah satu seminar yang saya cadangkan ialah kelolaan Dr Azizul Azli.
Perancangan itu penting bukan sahaja untuk membuat pelaburan tanah.. Pelaburan yang lain pun kena ada perancangan
Dedaun Comel recently posted…Cara Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam
Betul, tak boleh main redah sahaja.