5 produk yang laris di laman sosial
Sejak mula diperkenalkan, Facebook menjadi ruang untuk menjual barang dengan cara yang mudah. Pengguna di internet juga telah beralih ke Facebook untuk mendapatkan maklumat harian. Ini tidak terkecuali bagi golongan usahawan. Mereka mengambil peluang untuk mendapatkan pelanggan dengan membuat jualan produk-produk yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.
Ini merupakan satu peluang yang bagus untuk anda gunakan bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Terdapat 5 produk yang laris di laman sosial di mana setiap satunya mempunyai permintaan yang amat menggalakkan dari pengguna internet. Amat besar peluang untuk anda menjalankan perniagaan di Facebook. Namun begitu apakah produk yang dikatakan amat laris untuk dijual di Facebook?

Persoalan yang wujud ialah di mana nak mendapatkan produk tersebut dan bagaimana cara untuk menjualnya? Ia bukanlah sesuatu yang mahu anda jual tetapi sesuatu produk yang pengguna di internet mahu beli. Cara yang paling mudah untuk mengetahuinya ialah dengan melihat apa yang peniaga lain sedang promosikan dan jual di Facebook.
5 produk yang laris di laman sosial itu terdiri daripada yang berikut :
1. Pakaian wanita
2. Makanan dalam paket kering
3. Makanan tambahan kesihatan
4. Produk kecantikan wanita
5. Buku atau ebook berinformasi
Bagaimana nak dapatkan bekalan?
5 produk yang laris di laman sosial sudah pun didedahkan. Persoalan yang timbul ialah di mana nak dapatkan produk-produk tersebut dan menjualnya? Berikut ialah 3 tips ringkas yang boleh digunakan bagi mendapatkan bekalan produk-produk tersebut.
1. Buat bisnes dropship. Anda boleh berurusan dengan syarikat tersebut untuk mendapatkan persetujuan bagi menjadi agen dan menjual produk-produk yang diuruskan oleh mereka. Anda tak perlu beli dan simpan stok di rumah sampai penuh rumah anda dengan barang-barang jualan.
2. Jadi pembekal produk. Anda boleh bergerak sebagai pembekal dan membuat pembelian barang secara pukal. Gunakan teknologi internet untuk mencari senarai-senarai pembekal dan produk yang disediakan. Anda boleh lihat rekod prestasi mereka dengan bertanya pada rakan-rakan bisnes yang lain.
3. Bisnes affiliate. Bagi affiliate untuk produk digital, anda boleh mendapat komisyen sehingga 50% dari harga jualan. Bagi produk fizikal, kadar komisyen boleh mencecah dari 10% hingga 20%. Sebahagian besar usahawan memilih affiliate produk digital kerana jumlah komisyen yang diterima lebih tinggi.
Tips promosi di laman sosial Facebook
Untuk menjalankan promosi di laman sosial seperti Facebook, anda boleh jalankannya secara percuma dan berbayar. Namun ada perbandingan yang perlu anda perhatikan kerana ia akan mempengaruhi kadar keuntungan anda.
1. Promosi percuma. Ini boleh dilakukan menerusi profil peribadi Facebook anda. Anda perlu lakukannya secara manual iaitu tulis di status, muat naik gambar dan balas mesej di Facebook. Anda terpaksa luangkan masa yang panjang untuk menghadap telefon atau komputer untuk berurusan dengan pelanggan.
2. Promosi berbayar. Anda perlu melaburkan sebahagian wang untuk menjalankan iklan Facebook Ads. Kelebihannya ialah anda tidak perlu meluangkan masa yang terlalu lama untuk menghadap Facebook. Apa yang perlu anda lakukan ialah buat iklan dan biarkan ia berjalan. Apabila anda menerima tempahan barulah anda membuka Facebook. Kemudian belajarlah cara menghasilkan Facebook Ads yang berkesan.
Kalau kat page kelakar bila tengok beratus orang suruh pm harga padahal harga dah terang-terang di tulis.Ramai jenis malas membaca kat fb ni.
rahimah recently posted…Walaupun Pelat 9 Orang Student Korea Ini Tetap Mahu Belajar Membaca Quran. Saya Kagum !
Kita yang menjual pun rasa hairan, sebab dia orang ni nak beli atau sekadar nak main-main?
Bukak je instagram, macam-macam ada….sedia duit je
siti hazreen recently posted…Hormat Yang Muda
Betul, ada nombor penjual untuk di whatapps.
Memang betul, pakaian wanita terlalu banyak yang diiklankan dan dipromosikan di laman sosial
Noriza Rahman recently posted…Kekal Cergas Bertenaga Walaupun Berpuasa
Kuasa beli wanita juga lebih tinggi berbanding lelaki.
fashion merupakan produk paling banyak laris dii media sosial….. kalau istri sdh liat fashion di Fb, siap siap lah rogoh kantong … hehehe
Ahmad recently posted…Jasa Karikatur Murah