5 sebab jangan beli rumah kos rendah
Setiap pelaburan ada untung dan rugi. Tidak terkecuali pelaburan hartanah. Ukur dahulu kemampuan kewangan anda sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam mana-mana hartanah. Pelaburan hartanah kos rendah juga tidak semestinya untung. Faizul Ridzuan ada memberitahu 5 sebab jangan beli rumah kos rendah. Kenapa?
Di Lembah Klang, sebahagian besar hartanah kos rendah dijual dengan harga RM200,000 ke bawah. Di tempat lain seperti Ipoh dan Melaka, anda boleh dapat dapat rumah teres dengan harga yang sama. Jadi rumah kos rendah berbeza mengikut negeri dan lokasi.
1. Rumah kos rendah hak orang lain. Jika anda bergaji RM5,000 dan ke atas, rumah kos rendah bukanlah hak anda. Biarkan rumah kos rendah dimiliki oleh mereka yang berhak. Anda carilah rumah yang layak dengan gaji anda. Rumah RM200,000 ke bawah tidak layak untuk anda miliki.
2. Rugi jika beli rumah kos rendah dengan pembiayaan 90%. Anda patut gunakan pembiayaan 90% untuk beli rumah yang tinggi harganya dan selamat untuk dibeli.
3. Cara yang lebih mudah dan untung untuk anda lakukan. Faizul Ridzuan mencadangkan untuk anda membeli 4 rumah yang boleh memberikan pendapatan pasif RM30,000 sebulan daripada anda beli 12 ke 15 rumah untuk dapat hasil yang sama. Lebih mudah nak jaga 4 rumah dari banyak rumah.

4. Lebih mudah disewakan dengan kenaikan modal yang tinggi. Rumah dalam pasaran umum yang dibeli dengan strategi yang betul boleh memberi pulangan modal dan kadar sewa yang menguntungkan.
5. Beza keuntungan yang ketara. Untung bersih selepas 20 ke 30 tahun berbeza untuk rumah kos rendah berbanding rumah dalam pasaran umum. Kadar ansuran bulanan adalah RM2,700 tetapi boleh disewakan sehingga RM4,000 sebulan. Memang sukar untuk beli rumah yang bernilai RM300,000 ke RM600,000 dengan aliran tunai yang positif.
Tetapi tidak mustahil untuk anda beli. Memiliki berpuluh buah rumah tidak menjanjikan kesenangan. Sudah ada 4 ke 8 buah rumah yang betul sudah memadai kerana kualiti lebih penting dari kuantiti. Singa hanya memburu sekali untuk makan seminggu. Bukan setiap hari. Lembu pula perlu cari rumput setiap hari untuk makan.
BegituĀ juga dalam pelaburan hartanah. Contohilah sikap singa, jangan macam jadi lembu. Belajarlah melabur dalam hartanah sekarang juga.
yep, betul…belilah rumah yang layak dengan diri
siti hazreen recently posted…Hadiah Kepada Top Komentator 2016 – Emas Public Gold
InsyaAllah, ingin juga menambah pelaburan dalam bidang hartanah
MeqZa Abdul Rahman recently posted…Krim Malam untuk Wanita yang Ingin Kelihatan Lebih Muda Setiap Pagi
No 5 paling penting. utamakan hartanah yang premium untuk memudahkan urusan dan mendapatkan ROI yang berbaloi dengan wang ringgit, masa dan tenaga.
Hasrul recently posted…Percutian Bermasalah: 11 Perkara Yang Paling Ngeri Boleh Berlaku