Kehidupan

5 Sebab Penting Untuk Suami Isteri Berdating

5 sebab penting untuk suami isteri berdating

Bagi ibu bapa yang bekerja, kerja pejabat atau kerap keluar kawasan, mungkin tak punya waktu untuk menghabiskan waktu bersama keluarga. Ditambah pula dengan urusan anak-anak yang bersekolah, waktu untuk suami isteri dating seperti bujang dulu memang sukar dicari.

 

Kenapa suami isteri perlu dating?

Bukan untuk orang bujang yang sedang bercinta, tapi pasangan ibu bapa juga harus ada. Sudah halal, apa lagi yang nak dimalukan untuk keluar dating. Di sini saya sertakan 5 sebab untuk ibu bapa keluar dating bersama.

 

5 sebab penting untuk suami isteri berdating
Berdating untuk suami isteri boleh merapatkan kembali ruang yang sudah renggang.

 

1. Pantau emosi. Suami dan isteri harus tahu bagaimana emosi pasangan masing-masing, lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja di tempat yang berbeza. Inilah masanya untuk lihat apa yang berlaku semasa pasangan anda berada di pejabat. Dari sini akan timbul persefahaman di antara kedua-dua pasangan.

2. Waktu membawang bersama. Baik lelaki atau perempuan, ada yang jenis suka bercerita. Barang kali ada cerita panas di pejabat, biarlah pasangan anda beritahu anda dahulu. Itu lebih baik daripada beliau cerita di Group WhatApps atau Facebook. Kalau tular nanti sama-sama malu. Biarkan isteri anda bercerita, sambil itu peganglah tangannya. Suami perlu mainkan peranan, pandang mata dan tadah telinga untuk mendengar.

3. Elakkan kemurungan. Kemurungan boleh berlaku bila-bila masa. Biarkan isteri meluahkan tekanan atau kerungsingannya pada suami. Sekurang-kurangnya, tekanan yang disimpan dapat dikurangkan dengan bercerita. Sudah banyak kes isteri meroyan dan mencederakan anak-anak akibat tekanan yang melampau.

4. Nafkah batin. Tak perlu hurai panjang, cuma kalau anak sudah ramai, masa untuk bersama memang kurang. Carilah kesempatan untuk membakar kalori bersama-sama sebelum rumah tangga berantakan. Ini anda boleh faham sendiri kan?

5. Dua insan bercinta. Dulu-dulu mesti pernah ada kenangan manis yang anda hadapi bersama. Angkat barang nak pindah rumah, cuci kereta atau kemas rumah bersama. Kenangan manis ini bakal menjadi pelindung untuk suami dan isteri menghadapi hari-hari yang buruk nanti. Jika tiada kenangan manis, ciptalah satu bermula hari ini. Imbas balik, apa kesukaan pasangan yang anda paling ingat sampai hari ini?

Nak lagi tips untuk menjaga emosi pasangan anda? Rujuk pada artikel rahsia kebahagiaan rumah tangga.

1 thought on “5 Sebab Penting Untuk Suami Isteri Berdating”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.