5 sebab untuk anda memandu dengan Uber
Uber semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna. Selain dari memudahkan urusan penumpang, Uber turut membantu orang ramai menjana pendapatan dengan memandu. Ada 5 sebab untuk anda memandu dengan Uber yang tak diketahui oleh orang ramai.
1. Boleh memandu serta-merta. Dengan bermodalkan kereta sendiri, anda boleh mula memandu sebaik sahaja akaun Uber diaktifkan. Proses pendaftaran mengambil masa 24 ke 48 jam sahaja. Wang yang anda terima semasa minggu pertama boleh dilaburkan semula untuk kos petrol minggu seterusnya.
2. Caj Uber lebih rendah dari teksi. Ada sebahagian caj tambang Uber hanya RM12 berbanding teksi yang mengenakan bayaran sebanyak RM20.
3. Aplikasi Uber mudah dikendalikan. Penumpang hanya perlu cari pemandu Uber yang berhampiran tanpa perlu tunggu lama.
4. Pemandu Uber boleh memandu ikut masa sendiri. Jika anda bekerja waktu pejabat, anda boleh memandu di waktu malam. Anda juga boleh pandu pada hari Sabtu dan Ahad. Pandu ikut masa lapang anda.
5. Sebahagian besar pengguna tiada kenderaan. Ada golongan yang bekerja tidak mampu memiliki kenderaan untuk bergerak. Mereka perlukan kenderaan selain bas dan komuter. Namun ada juga yang sudah memiliki kereta tetapi lebih gemar menaiki Uber kerana tak mahu pening dengan soal parkir dan memandu dalam keadaan jalan yang sesak.
Perkara yang anda perlu pertimbangkan
1. Uber terhad di bandar tertentu. Sehingga artikel ini ditulis, servis Uber hanya berada di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Kuching, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Ipoh dan Melaka sahaja.
2. Pendapatan pemandu Uber RM1,500 hingga RM4,000 sebulan. Anda boleh dapat sehingga RM8,000 sebulan. Ini adalah pendapatan kasar sebelum ditolak kos selenggara, petrol dan tol. Pendapatan bersih sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sahaja. Jika anda beli kereta baru untuk memandu dengan Uber, pendapatan anda akan menjadi lebih kecil.
Oleh itu anda boleh memandu dengan Uber secara sambilan dahulu sebelum mengambil keputusan untuk memandu sepenuh masa. Anda boleh memandu di kawasan yang mendapat permintaan yang tinggi. Pada waktu puncak, caj Uber lebih tinggi dari caj waktu biasa.
3. Luangkan masa untuk memandu Uber. Anda perlu sentiasa keluar rumah untuk memandu. Anda tidak boleh duduk rumah sambil goyang kaki tunggu wang masuk. Pemandu Uber perlu memandu untuk menjana pendapatan. Sambil memandu, anda boleh gunakan aplikasi UberDOST untuk merekrut pemandu Uber yang baru. Selepas mereka memandu 39 ke 49 perjalanan, anda akan mendapat komisyen RM200 ke RM300 bergantung pada lokasi bandar.

Tips jana wang dengan Uber
Untuk menjana wang dengan Uber, anda boleh merancang beberapa strategi yang memudahkan perjalanan anda semasa memandu.
1. Tumpukan kawasan sibuk. Uber ada menyenaraikan kawasan yang mendapat permintaan tinggi di waktu puncak. Contoh paling mudah ialah kawasan Kuala Lumpur. Ada penumpang yang mahu pergi ke kawasan berhampiran tetapi masih dalam lingkungan Kuala Lumpur. Anda boleh buat banyak perjalanan dalam kawasan yang sama. Anda hanya perlu fokus di tempat yang berdekatan sahaja tanpa perlu bergerak jauh.
Selain kawasan dekat, anda boleh pilih untuk buat perjalanan jarak jauh. Contoh paling mudah ialah di lapangan terbang. Permintaan adalah rendah tetapi jarak yang jauh boleh membantu anda mendapat banyak bayaran. Rujuk pada aplikasi Uber Partner untuk mendapatkan gambaran penuh.
2. Jimatkan masa. Dengan aplikasi Uber, anda boleh dapat penumpang dengan lebih cepat. Bila anda menurunkan penumpang, anda boleh mengambil penumpang lain yang berdekatan.
3. Minta penilaian 5 bintang. Jadilah seorang pemandu yang peramah dan mesra dengan pelanggan. Wujudkan rasa selesa dengan mereka, kemudian anda minta penumpang beri penilaian 5 bintang. Anda akan menjadi pemantu yang mendapat keutamaan jika hendak dibandingkan dengan pemandu lain.
Selain itu, anda boleh mendapat 5 bintang tanpa meminta dari pelanggan dengan memastikan kereta anda bersih, berpakaian kemas, menyediakan minuman dan makanan ringan dan berpakaian kemas.
4. Caj Uber berganda. Di kawasan yang sibuk, Uber akan mengenakan caj sehingga 2.5 kali ganda. Caj ini tidak kekal dan akan menurun bila tamat tempoh. Harga tambang Uber di waktu puncak akan dimaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu.
Jana RM2,000 dengan Uber secara sambilan
Mulakan memandu dengan kereta seperti Proton Saga atau Perodua Myvi. Dengan jarak perjalanan 17 KM atau 30 minit, anda boleh dapat RM15 selepas caj Uber 25%. Anda boleh dapat sehari dalam RM60 untuk hari Isnin hingga Jumaat jika memandu pada waktu malam. Untuk hari Sabtu dan Ahad, anda boleh dapat RM150 jika memandu selama 5 jam.
Jika hari biasa anda memandu selama 20 hari dengan pendapatan RM60, anda boleh dapat RM1,200. Pada hujung minggu selama 8 hari anda boleh dapat RM1,200. Jumlahkan kedua-duanya dan anda akan dapat RM2,400.
Cara daftar pemandu Uber
1. Daftar di laman rasmi Uber di
[+] http://bit.ly/RegisterUberDriver
2. Muat naik dokumen seperti Mykad, lesen memandu dan polisi insurans kereta (Anda boleh guna kereta orang lain dengan syarat nama anda ada dalam insurans kereta tersebut)
3. Akaun Uber anda akan diaktifkan dalam masa 24 hingga 48 jam
4. Anda boleh mula memandu sebaik sahaja akaun Uber diaktifkan
Dengan memandu je boleh dapat duit kan. Tapi kena berkorban sikit la kan janji masyuk. hehe
Bahrain recently posted…Drama Korea Paling Best 2016
Sambil jadi pemandu UBER boleh kot promote kat penumpang untuk jadi driver jugak 😀
sabree hussin recently posted…Panduan menjalankan Bisnes Bakeri yang boleh beroperasi hanya dari rumah