5 sebab wajib buat pemasaran di Facebook
Meski pun kedengaran setiap hari laman sosial Facebook mula ditinggalkan oleh pengguna internet, pastinya akan ada pengguna yang baru mendaftar. Oleh itu anda ada 5 sebab wajib buat pemasaran di Facebook. Mari lihat 5 sebab ini secara teliti.

1. Pengguna Facebook yang ramai. Lihat sahaja statistik pengguna Facebook yang bertambah setiap hari. Negara Malaysia memiliki jumlah pengguna Facebook yang ramai. Dalam jumlah tersebut pasti ada sebahagian pengguna yang berpotensi untuk menjadi pelanggan anda. Dengan bertambahnya pengguna telefon pintar dan pakej data dari pihak penyedia internet, pengguna Facebook juga turut bertambah.
2. Facebook Ads. Ia adalah iklan berbayar yang boleh digunakan untuk mensasarkan iklan yang menumpukan kepada sasaran mengikut minat, lokasi, bahasa, jantina dan akademik. Tiada laman yang memberikan maklumat selengkap ini kecuali Facebook Ads.
3. Facebook untuk mobile. Sebahagian besar pengeluar telefon pintar menghasilkan aplikasi khas untuk media sosial dalam produk mereka. Sebahagian besar pengguna akan sentiasa online walau pun berada di tempat kerja atau rumah. Ini adalah kesempatan yang perlu diambil oleh usahawan untuk menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran.
4. Fungsi viral Facebook. Setiap aktiviti anda di Facebook akan diketahui oleh pengguna Facebook yang lain. Sama ada anda Like, komen atau Share pun akan dilihat oleh rakan anda. Ia ibarat promosi mulut ke mulut. Mereka yang melihat aktiviti anda pasti berminat untuk tahu. Sekiranya ianya bermanfaat, pastinya mereka akan Share maklumat tersebut bersama pengguna Facebook yang lain.
5. Pengguna Facebook mempercayai rakan mereka. Pelanggan yang baru hendak membuat pembelian akan bertanyakan pada sahabat mereka dahulu. Di sini mereka akan mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan mereka terlebih dahulu. Oleh itu penting bagi anda untuk meletakkan maklumat lengkap di profil atau Fanpage di Facebook supaya mereka mudah mempercayai anda.
Sebahagian pengguna internet akan melayari Facebook sebelum memulakan kerja. Kebanyakan pengguna internet kurang berminat untuk melayari laman-laman yang lain. Kekerapan melayari Facebook lebih tinggi daripada laman-laman yang lain.
Setuju, dan fb ni adalah tempat untuk menarik trafik kepada kita.
Shaima recently posted…Tips Untuk Elak Rasa Nak Muntah Kemas Rumah. Hari-Hari
Betul, orang ramai suka baca maklumat di Facebook berbanding baca surat khabar.
setuju jika berbisness online, fb adalah pemasaran yg mesti dikuasai.
rika recently posted…6 Cara Selamat Anak Nikmati Hidangan Syawal
Betul, di Facebook lebih mudah diviralkan.
Kerajaan cakap nak sekat, tapi masa dekat pilihanraya dia orang yang banyak pakai FB Ads.
Susah saya nak suka facebook. Malah kalau fb di sekat pun saya salah seorang rakyat yang bersetuju sebab secara peribadi saya lihat fitnah sangat berleluasa .
rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
Betul, rasa letih sebab tengok pengguna laman sosial kongsikan benda-benda yang buruk setiap hari.
facebook respon cepat
ena recently posted…Menang Giveaway lagi! Alhamdulillah;) Terima Kasih Blogger Iola
Betul, kalau lambat nanti orang pergi pada seller lain.
Facebook ads ni banyak perkara teknikal yang kita kena pelajari dan praktiskan barulah hasilnya berbaloi.
Sani recently posted…Tips Balik Kampung Di Musim Perayaan
Ya, kena buat split test mana iklan yang terbaik.
guna bila nak allout aje.
kalau tak, main blog je. hehe
titan recently posted…Komisen ke 50 dari Ashadee.com
Bro punya blog pun dah 300, kalau market FB mesti banyak boleh masuk 🙂
Ramai suka viralkan apa post yang mereka nak baca..kiranya masih relevan lagi buat bisnes di Fb di sebagai medium pemasaran
Noriza Rahman recently posted…Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
FB masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Selain fb pemasaran apa lagi yang masih relevan ye?
Pemasaran emel juga kekal relevan 🙂
tak diragukan lagi kalau Fb merupakan tempat yang memiliki peluang besar untuk memasarkan produk kita
Ahmad recently posted…Jasa Karikatur Murah
Kalau dulu orang pilih pemasaran fb sebab murah, sekarang dah jadi mahal. Tapi kalau orang pandai pakai dan kira untung rugi masih boleh timbang berbaloi atau tak
Ibu Zaid recently posted…Tempat Menarik Di Cameron Highland Pahang? Wah Cantiknya!
Facebook masih relevan hari ini dalam pemasaran produk
Azmi Abdul Rahman recently posted…Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2018
Pernah cuba pakai fb dulu untuk promosikan produk. Mungkin kurang ilmu tak menjadi sangat
Mama Hakim recently posted…Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang Mana
Di mana orang berkumpul di situ kita boleh buat wang. Asalkan ada ilmu
Mazni Azmi recently posted…Skincare Routine Malaysia? Ini Cara Untuk Kulit Cantik Putih Gebu Seperti Wanita Korea!