Bisnes

5 Sebab Wajib Buat Pemasaran Di Facebook

5 sebab wajib buat pemasaran di Facebook

Meski pun kedengaran setiap hari laman sosial Facebook mula ditinggalkan oleh pengguna internet, pastinya akan ada pengguna yang baru mendaftar. Oleh itu anda ada 5 sebab wajib buat pemasaran di Facebook. Mari lihat 5 sebab ini secara teliti.

 

5 sebab wajib buat pemasaran di facebook
Facebook masih relevan untuk bisnes kerana sebahagian penggunanya adalah orang yang matang.

 

1. Pengguna Facebook yang ramai. Lihat sahaja statistik pengguna Facebook yang bertambah setiap hari. Negara Malaysia memiliki jumlah pengguna Facebook yang ramai. Dalam jumlah tersebut pasti ada sebahagian pengguna yang berpotensi untuk menjadi pelanggan anda. Dengan bertambahnya pengguna telefon pintar dan pakej data dari pihak penyedia internet, pengguna Facebook juga turut bertambah.

2. Facebook Ads. Ia adalah iklan berbayar yang boleh digunakan untuk mensasarkan iklan yang menumpukan kepada sasaran mengikut minat, lokasi, bahasa, jantina dan akademik. Tiada laman yang memberikan maklumat selengkap ini kecuali Facebook Ads. Dengan adanya panduan seperti Asas Power Editor Facebook Ads, anda boleh mengurangkan risiko gagal beriklan di Facebook.

3. Facebook untuk mobile. Sebahagian besar pengeluar telefon pintar menghasilkan aplikasi khas untuk media sosial dalam produk mereka. Sebahagian besar pengguna akan sentiasa online walau pun berada di tempat kerja atau rumah. Ini adalah kesempatan yang perlu diambil oleh usahawan untuk menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran.

4. Fungsi viral Facebook. Setiap aktiviti anda di Facebook akan diketahui oleh pengguna Facebook yang lain. Sama ada anda Like, komen atau Share pun akan dilihat oleh rakan anda. Ia ibarat promosi mulut ke mulut. Mereka yang melihat aktiviti anda pasti berminat untuk tahu. Sekiranya ianya bermanfaat, pastinya mereka akan Share maklumat tersebut bersama pengguna Facebook yang lain.

5. Pengguna Facebook mempercayai rakan mereka. Pelanggan yang baru hendak membuat pembelian akan bertanyakan pada sahabat mereka dahulu. Di sini mereka akan mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan mereka terlebih dahulu. Oleh itu penting bagi anda untuk meletakkan maklumat lengkap di profil atau Fanpage di Facebook supaya mereka mudah mempercayai anda.

Sebahagian pengguna internet akan melayari Facebook sebelum memulakan kerja. Kebanyakan pengguna internet kurang berminat untuk melayari laman-laman yang lain. Kekerapan melayari Facebook lebih tinggi daripada laman-laman yang lain. Kalau ada pun mereka akan buka laman e-dagang seperti Shopee untuk buat bisnes atau membeli belah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *